Wednesday, February 11, 2009

TAG PEJUANG

Terimalah TAG PERJUANGAN dari Uncle buat Rasid, Jinggo, Isa dan UXOP. Kalian semua tidak melayakkan diri untuk menerima hadiah bunga he..he... jangan mare! Terima kasih semua. Insya Allah perjuangan kita di berkati walau di dalam bidang apa sekali pun demi negara tercinta. Kepada sesiapa yang suka juga saya izinkan. Hadiah ini juga saya hulurkan untuk sdr. mogen ali yang di luar negara supaya hatinya tidak akan lupa kepada harta datuk neneknya yang sudah terlepas ke tangan pendatang!

18 comments:

ronaldo franco ( RF) said...

Friend Cakaplah:

Thanks for the visit.

Visit your blog.

Google is not translation your of lnguage to our
language greetings from Brasil.

Congratulaciones.

Ronaldo Franco.

Isa said...

Salam Ayahanda,

Terima kasih atas penghargaan tersebut, insyallah kita akan sama2 berjuang...

Pertama, ungkapan yang berlatarkan Pulau Batu Putih, DALAM maksudnya tu...

Kedua, baru2 ni saya ada berbual dengan seorang Retired MI yang bertanggong-jawap dalam kes Pulau ni. Dan benar seperti apa yang disiarkan dalam blog KR.

Dan hari ini, ayahanda macam faham2 pula anugerahkan TAG PEJUANG berlatarkan (Pulau Batu Putih), kebetulan atau ada deria ke 6.. mungkin Pak Karamu boleh jawap... ha..ha..ha.. (gurau..)

Terima kasih sekali lagi...

- jinggo - said...

terima kasih Tuan : kerana saya dan kami memang tak layak terima bunga......

salam perjuangan yg tidak ( mungkin ) selesai...

mountdweller said...

Ronaldo F,

You are welcome and very sorry about the language.

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa.

Setiap kali ayahanda tengokkan gelagat pemimpin kita sekarang yang pentingkan politik peribadi dari pada mempertahankan kedaulatan tanah air, ayahanda teringatkan tentang Pulau Batu Puteh yang terlepas dari genggaman kita, hati ayahanda akan terbakar dan bulu roma akan meremang.

Yang berupaya membela apa yang ada hanyanyalah golongan muda berjiwa kental seperti Isa dan teman-teman. Angkatan kami sudah pun melangkaui zaman.

Apa agaknya perasaan mereka ya? Pemimpin harapan sudah menjadi pemimpin keparat!

mountdweller said...

Sdr. Jinggo.

Selesaikan perjuangan di dalam bidang anda sehingga ke hujung nyawa. Orang seperti saudaralah harapan golongan kami untuk membela negara dan bangsa di masa hadapan.

singamaraja said...

Saya mahu balik Batu Putih tu supaya tidak berputih mata

Siapa yang sebenarnya yang menggadainya dengan Singapura ?

Bukankah ini kerja pengkhianat besar !

Fikirkanlah dengan sikap terbuka

Bunga yang kat bawah tupun nak jugak

Mak Su said...

tq kat mountdweller byk memberi kata2 semangat dan komen +ve kat blog saya masa saya serabut :)

mountdweller said...

Salam singamaraja.

Kedua-dua kad itu saudara boleh ambil sebagai pembangkit semangat.

Pulau Batu Puteh, kalau zaman dulu-dulu sudah lama bertempur. Tapi zaman ini jarang nak jumpa pemimpin yang ada telur. Setakat ini tidak kedengaran lagi apa-apa ikhtiar untuk dapatkan balik hak Datuk Nenek kita itu. Sudah pastinya manusia yang menyerahkan pulau itu adalah sebenarnya petualang dan penderka kepada Nusa dan bangsa.

Apakah kita hanya berpuas hati dengan berputih mata? Tepuk dada tanya jiwa perwira!

Maafkan uncle terlupa untuk dihadiahkan juga untuk singamaraja gambar pulau itu. Uncle memang khaskan untuk anak muda.

mountdweller said...

Salam Mak Su.

Saya rasa saya cukup memahami perasaan betapa resah dan gelisahnya ketika itu. Saya juga ada mempunyai 2 orang anak perempuan yang sejak dari bayi lagi terlalu rapat dengan saya sehinggalah sekarang.

Ada masanya bila keadaan memerlukan berkejar ke HUSM pada jam 2, 3 pagi untuk dapatkan rawatan kecemasan. Tetapi alhamdulillah setakat ini kakitangan HUSM Kubang Kerian cukup dedikasi dengan tugas mereka. Terima kasih dan tahniah untuk mereka.

Cuma ada juga 2 kali pengalaman yang tidak menyenangkan di GH dan Hospital Daerah yang melibatkan arwah ayah saya. Mungkin agaknya sudah budaya kakitangan kerajaan tidak berapa berkomitmen dengan kerja yang diamanahkan turun temurun kot? Apa pun saya tidak mahu ungkit lagi perkara itu.

Harap anak Mak Su sudah ok dan sihat sekarang.

Rashid said...

Salam uncle,
Terima kasih atas anugerah TAG PEJUANG ni. Terharu sungguh..

Bila tengok je pic ini - terus terlintas akan kesilapan terbesar yang pernah dan telah pemimpin negara kita lakukan. Terlalu lembut dan bersifat 'takper' sebelum ini sehinggalah kita sekadar memandang lesu apabila hak dah menjadi milik orang..

InsyaAllah uncle.. saya dan teman-teman akan teruskan perjuangan ini .. dengan 'cara dan gaya tersendiri'.

Sebenarnya masih sedih dan tak puas hati...

ACTUALIZATION OF FITRAH said...

nyawa pejuang tidak mati walau jazad terkubur di liang lahat

mountdweller said...

W'salam Rashid.

Sedih, geram dan kecewa. Itulah gambarannya perasaan ini bila diistiharkan pulau milik kita terlepas ke tangan orang lain. Uncle tidak akan lupa untuk berpesan kepada cucu cicit sekiranya panjang umur.

Datuk Nenek kita bermandi peluh dan darah mempertahankan Ibu Pertiwi tetapi pemimpin kini melepaskan dengan selamba rock dan acuh tak acuh. Tiada kesungguhan langsung.

mountdweller said...

Assalamu alaikum ACTUALIZATION OF FITRAH.

Memang begitulah fitrahnya perjuangan suci. Mempertahankan tanah air adalah jihad, memperjuangkan harta benda adalah jihat selain dari jihad utama mempertahankan Agama Allah.

Saya cukup sedih dan kesal.

hanis said...

uhuk3...
anakanda takde??
thihihi

mountdweller said...

Anakanda Hanis dan Qaseh tertinggal lagi. Sebelum ini miss jaz. Maafkan uncle, biasalah orang lama eh tua menaip dan mengingati sesuatu banyak yang ralatnya.

Anakanda Hanis dan juga Qaseh terimalah buah tangan ucle ni. Janganlah merajuk.

Sebelum ini Mogen juga uncle terlupa tetapi uncle sempat latak namanya sebelum dia tahu, mungkin.

hanis said...

tak merajuk la
thks....

mountdweller said...

Hanis,

Uncle pun berterima kasih kerana Hanis sudi mengambilnya. Uncle ni memang pelupa atau kurang cermat, Along anak uncle tu selalu menegur.