Saya masih meletakkan diri tidak berpihak. Tetapi bila saya baca kenyataan dari malaysiakini, saya rasa nak tergelak pun ada, mual pun ada, diperbodohkan pun ada. Inikah kenyataan seorang menteri yang dikatakan taraf PHD. Atau Zahid juga jenis Melayu yang mudah lupa...
Kes tendang kereta memanglah biadap dan amat salah bila menendang dan cuba merosakkan harta orang lain tetapi di dalam situasi itu memang tidak terkawal. Saya minta Zahid ingatkan kembali tentang dakwaan Zahid telah memukul, menendang dan membelasah kalau tidak silap saya mangsanya bernama Bazli seorang duda yang merupakan kekasih anaknya yang juga seorang janda (kalau silap sesiapa yang tahu tolong perbetulkan) sehingga mukanya kemek (bukan kereta) adakah semasa itu juga keadaan tidak terkawal? Zahid adalah seorang berpendidikan agama dan dia juga menteri yang menjaga hal-ehwah agama Islam. Adakah dia beriman ketika itu atau dia juga dirasuk ketika itu sebagaimana demonstran di K. Kangsar hari ini 6 Feb. 2009.
Tentang menghina Raja sebenarnya tidak perlu ditimbukan oleh Zahid. Siapakah yang memulakan perlakuan menghina Raja? Bukankah orang-orang dari kumpulan politik Zahid yang memulakannya semasa krisis perlembagaan pada satu masa dulu? Lupakah Zahid?. Kenapa pula sekarang tiba-tiba dia terasa bila rakyat yang tidak puas hati dan tanpa kawalan menghina dan mencaci Raja. Manusia dari kalangan manakah membuat dan membawa sepanduk "Kami nak Deris 'natang" yang juga ditujukan kepada Raja disebuah negeri?
"Mereka diimport dari negeri lain". Adakah banner atau tulisan di baju atau di dahi orang-orang di situ yang menunjukkan mereka datang dari mana? Kalau tidak ada makna Zahid membuat andaian atau menidakkan yang benar atau sengaja membuat fitnah. Atau Zahid sudah mendapat taraf "kasyaf" atau Wali kalau tidak Malaikat pun!
Saya luahkan kemarahan ini bukan di atas sebab politik tetapi di atas sebab-sebab awam dan masyarakat. Jangan di alihkan kesilapan kita kepada orang lain. Pada hemat saya semua pihak melakukan kesilapan. PAS, DAP, PKR, UMNO silap. Sultan juga khilaf (mohon ampun!)
Apa yang saya komen di atas adalah berdasarkan petikan di bawah dari Malaysiakini. (izinkan saya)
Zahid: Kereta saya direjam, ditendang Feb 6, 09 5:36pm Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi percaya orang ramai yang berhimpun membantah pelantikan menteri besar baru, bukan daripada negeri Perak.
Sebaliknya, beliau yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, percaya mereka diimport dari negeri-negeri lain.
Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.
Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah - tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.
"Kereta saya di baling batu, ditendang. Mereka berbaring di jalan seolah-olah di Timur Tengah dan Pakistan," katanya ketika ditemubual RTM.
"Adakah itu cara Islam dan orang beriman?" soalnya lagi
Menurutnya, mereka yang terbabit telah memberi gambaran yang buruk terhadap agama Islam.
'Raja saya dihina'
"Perkara itu amat memalukan dan tidak pernah berlaku di negeri Perak," katanya
"Saya percaya mereka bukan dari negeri Perak, tetapi diimport dari negeri-negeri lain.
"Saya sedih Raja saya dihina begitu.
"Kalau itu rakyat negeri Perak, itu adalah rakyat yang derhaka kepada Sultannya," tambahnya.
Mengulas mengenai pelantikan Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru, Zahid berkata ianya sah mengikut undang-undang tubuh negeri Perak
"Ia telah diperkenankan oleh Tuanku dan ada sokongan majoriti daripada ahli dewan undangan negeri," katanya.
Perak dilanda krisis politik apabila empat ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas.
Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional.
Keempat-empat Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN.
Tindakan itu sekaligus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sepertimana yang dititahkan oleh Sultan Perak.
Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry petang tadi.
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteBoleh saya tumpang ketawa bersama... ha..ha..ha.., sengaja saya tidak sentuh perkara tersebut kerana isu lama, dan juga isu video anak dia mandi bogel di hotel dalam keadaan gedik...
Maaf, tak nak cakap lebih-lebih..., semoga kita semua terlindung dari sifat2 yang ada pada mereka.
W'salam anakanda Isa.
ReplyDeleteKetawalah kalau boleh membuat kita puas dan gembira.
Betul tu Isa, kita juga manusia yang tidak lekang dari kesilapan tetapi janganlah kesilapan kita dipalitkan kepada orang lain.
Salam tuan,
ReplyDeleteIsa, video anak dia mandi bogel pernah tgk ke? Tak tau cerita pun. Boleh kasi tunjuk bukti? ;)
W'salam Paneh.
ReplyDeleteSaya memang tak tengok kalau ada pun. Yang pasti masa kecil dulu saya pun mandi bogel di Sungai Kelantan, he..hee...
Salam....
ReplyDeleteha ha ha .... derhaka pada Sultannya...ha ha ha, derhaka pada Sultan/Raja x boleh...tapi derhaka pada Allah tak ada masalah...
itulah dia manusia yang sesat dan menyesatkan,
siapa raja yg sebenarnya....raja kat malaysia ni boleh bagi Syafaat pada rakyatnya kat Mahsyar nanti ke?
pada aku raja/sultan yg ada skrg ni kebanyakkanya ahli ahli Neraka Jahim...kaki tonggang arak dan pemain betina, dah tua nak mampus pun tak sedor sedor lagi, masih dok tunggang arak....bila mampus nanti ada hati nak dikambus kawasan kuburan Islam, tapi cara hidup tak ada pun mengikut Islam
ha ha ha ha .... raja, sekor pun raja yg ada kat malaysia ni aku tak respect, semuanya berabiskan harta rakyat aja....apa sumbangan dia pada rakyat tak tau lah, kejap kejap ada pesta harijadi, pesta pertabalan, pesta ulangtahun pemerintahan....tapi rakyat kat bawah ni tak ada dipandangnya, pegi mampus lah dengan raja & sultan kat malaysia ni, ada ke tak de bagi aku sama aja....
Huh, orang politik macam Zahid hanya pandai dan nampak silap orang lain.
ReplyDeleteDia juga beri arahan semua ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dilarang mengadakan hubungan langsung dengan kerajaan negeri pimpinan PR.
Apa pula arahannya kali ini?
Salam Abe Din
ReplyDeleteKenyataan Zahid tu..menggambarkan beliu sudah lupa,parti apa yang memulakan "penderhakaan" kepada Raja-raja Melayu.
Sifat gedebe beliau dalam kes Bazli tu,adalah isyarat beliau bukannya maksum...hehehe..baru jaga hal ehwal agama bukannya maksum dalam agama...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteini berkenaan tindakan sesetengah penyokong pr yg agak keterlaluan terhadap Sultan Azlan. teman lagi suka kita ambil tindakan yg lembut.
teman percaya tindakan Sultan Azlan ada hikmahnya. kenape kita tidak ambil sesuatu yg positif dari keputusan itu.
teman percaya tindakan najib mengumumkan secara terbuka pada 4hb telah memberi tekanan kepada baginda. ini satu tindakan yg jahat kepada baginda. ingin mengheret pihak istana supaya amno nampak baik saje.
baginda tiada pilihan melainkan memberi kuasa kepada amno. tetapi dlm masa yg sama baginda telah meletakkan beban yg besar pada amno. ramai yg tak nampak benda ini.
beban yg besar teman maksudkan adalah 2 biawak hidup dari pkr dan mahkamah. apakah amno mampu menepis persepsi rakyat yg matang dan waras?
semua org sudah tahu apa keputusan mahkamah nanti. seperti juga rakyat telah tahu keputusan mahkamah bila anwar dibicara dulu.
apakah dua adun itu akan disabit bersalah? tentu tidak. runtuhlah kerajaan amno perak jika mereka bersalah. budak tadika pun tahu ini.
jadi gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kebobrokan amno. inilah hadiah yg Sultan Azlan beri kepada rakyat malaysia dan perak khususnya untuk terus meluat kepada amno dan mencampak mereka pada pru 13 nanti.
kita perlu ingat raja2 melayu pernah dihina oleh amno suatu ketika dulu. jadi inilah balasan yg Sultan Azlan mahu amno terima.
jadi kita sebagai penyokong PR jangan lepaskan peluang perang psikologi ini untuk menghentam amno dan mencelikkan pengundi atas pagar. teruskan perjuangan.
p/s: dari blog radenjawa bgtau aljazeera telah pun menembak najib dgn peluru yg Sultan Azlan berikan.
tuan
ReplyDeleteitulah pernah dikatakan oleh Winston Churchill - pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mampu keluar dari kemelut emosi dalam keadan yg stabil.
beda antara IQ dan EQ mula dijadikan perbandingan.dan saya menjadi Nik Aziz sebagai rujukan - kritikan dalam bentuk sendaan yang tidak menyinggung mana perasan...
saya tidak mengizinkan diri saya berpihak tapi : atas kapasiti apa kita mahu menyokong orang yg terang memperkudakan kepercayaan ita.....
jangan kita disirami dengan kemarahan Allah dalam bentuk Bala....
Setiap yang berlaku ada hikmahnya..inilah dinamakan takdir Allah swt..aku sedih melihat penyokong PAS dan PKR dok protes depan Istana Perak..dan aku tak lihat sekor pun puak Cina yang pertahankan PR padahal dalam kerajaan PR ada 18 ADUN bukan Melayu...kerana apa puak-puak ini tidak turun protes,kerana bagi mereka meningkatkan ekonomi keluarga lebih penting daripada turun di jalanan....terimalah dengan hati yang terbuka wahai penyokong PR..jika Allah disisi anda semua,suatu hari kemenangan yang lebih besar bakal mengiringi anda semua...cuba anda semua fikirkan kenapa Allah swt tidak memenangkan gerakan Islam di Malaysia sejak merdeka lagi...semua ketentuan adalah milik Allah ..Dia yang menentukan apa yang bakal dan telah berlaku. muhasabah lah pemimpin2 PAS,apakah yang membuatkan Allah menangguhkan Daulah Islamiyyah di bumi Malaysia...adakah kerana mereka bersekongkol dengan puak yang berniat jahat menghancurkan Islam dengan lebih dahsyat lagi di Malaysia,sedangkan kita melihat sekaarang keruntuhan moral orang Islam Melayu amat teruk sekarang..aku yakin komen aku ini akan dikutuk dan penyokong2 PR akan mengatakan aku penjilat BN.. Ya AllahYa Rabbul Alamin..Bukakanlah pintu hati umat 2 Islam di malaysia tidak kira penyokong BN atau PR agar tidak tergolong di dalam golongan yang sentiasa kerugian..Amiin..
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteTerima kasih atas lawatan tuan, saya sebenarnya juga sudah naik meluat dengan apa yang berlaku sekarang..mereka fikir kita ni macam tak tau apa-apa...
W'salam Sedeey.
ReplyDeleteAda benarnya kata-kata saudara tetapi kita masih tertakluk di bawah Perlembagaan. Kita rakyat bawahan, hanya kepada Allah kita berserah.
Salam sdr. Brahimnyior.
ReplyDeleteItulah kotornya politik yang diamalkan kini. Ajaran agama dicampak ke tepi semata-mata untuk mencapai matlamat politik.
W'salam IndukYati.
ReplyDeleteGedebelah kamu di dunia, di akhirat tiada siapa yang tahu tetapi janji Allah tetap begitu.
Mungkin dia juga lupa, selain Rasul tiada siapa yang maksum. Mungkin maksum dari undang-undang dunia.
Wa alaikumussalam paloi bin mulau.
ReplyDeletePandangan anda tentang tindakan Sultan itu ada logiknya. Itu hanyalah persepsi kita. Apa yang sebenarnya hanya Allah yang tahu.
Kalau sebut buat kacau bilau itu memanglah dikira keterlaluan. Kalau penyokong PAS dan PKR yang buat kecuh tanpa dihalang oleh Pemimpin masing-masing, amatlah malang. Agama Islam tidak sukakan kekerasan dan kekacauan.
Fikir-fikirlah.
Sdr.- jinggo.
ReplyDeleteDalam erti kata lain kita amat benci kepada pengkhianat yang mengkhianati amanah rakyat.
Betul saudara manusia yang hebat adalah manusia yang berjaya mengawal emosinya. Selalunya emosilah yang merusakkan segala.
Salam sdr. bujarman
ReplyDeleteSaya sokong 100% pandangan saudara. Keluarlah dari kemelut dengan fikiran yang waras.
W'salam manns'gor.
ReplyDeleteSama-sama. Blog sdr menarik dan sudah pun buat link.
Perkara memperbodohkan inilah yang membuatkan saya rasa terhina dan menimbulkan kemarahan.
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteSemoga kita semua dikurnai Illahi ketenangan di dunia mahu pun di akhirat.
Wa alaikumussalam Puan.
ReplyDeleteBersama-samalah kita berdoa semoga Allah kurniakan kita sentiasa di dalam keadaan yang waras dan beriman.
salam ayahanda, sedih tengok melayu sekarang ni.. berpecah belah hanya kerana sedikit kuasa.. tak pasal2 sultan perak pun terheret sama dalam kemelut politik ni..
ReplyDeleteuncle...politik boleh buat orang tua kembali ke zaman kanak2 :)
ReplyDeleteSalam ayahanda,
ReplyDeleteAnakanda melihat tragedi di Perak dari pelbagai perspektif..mustahil seorang bekas Ketua Hakim Negara yang mana setiap keputusan yang dibuat Baginda terus dikagumi membuat keputusan yang terburu-buru. Mungkin sesetengah melihat Baginda menyokong mana-mana pihak tapi bagi anakanda, kita patut melihat dari perspektif seorang Ketua Negeri yang mana mahu melihat negerinya didalam keadaan yang aman dan sentosa. PR sepanjang beberapa bulan pemerintahan mereka menimbulkan beberapa kontroversi yang pada hemat anakanda amat tidak molek, terutamanya hal berkaitan tanah. Bagaimana pemikiran seorang Ketua Negeri yang mana beginda juga Ketua bagi Umat Islam dan Melayu di Perak?..selain itu, komposisi didalam PR yang amat tidak stabil dan tidak menguntungkan orang Islam dan Melayu juga mungkin diambil kira oleh Baginda Tuanku.Selain itu, kestabilan didalam negeri perlu diambil kira oleh Baginda. PR pada hemat anakanda tidak stabil dan rapuh. Nizar amat bergantung kepada DAP didalam membuat keputusan.
Selain itu, pilihanraya yang baru seperti mana yang dicanangkan oleh PR mungkin tidak membawa keuntungan kepada ra'yat Perak. Selain membazir duit ra'yat, ia juga memungkinkan ketidakstabilan politik di Perak.Baginda perlu melihat semua aspek didalam membuat keputusan dan bukannya terikut-ikut sentimen yang dimainkan oleh mana-mana parti.
Bagi anakanda, sungguhpun menghormati keputusan yang dibuat Baginda Tuanku, pilihanraya baru patut dibuat. Biarkan ra'yat negeri Perak yang menentukan segalanya. Tapi mungkin Tuanku Baginda mempunyai cara yang lain bagi memastikan keamanan Perak terus berkekalan.
Berkenaan derhaka, terus terang anakanda tidak berkenan dengan cara saman yang hendak dikemukakan oleh PR. Sungguhpun begitu, orang UMNO tidak layak mengatakan orang lain derhaka kerana mereka sendiri yang memberi 'lesen' untuk menyamana mana-mana Raja Melayu.
Bersetuju dengan pandangan paloi bin mulau,
Bersetuju SEKALI dengan pandangan Bujarman
AMAT TIDAK BERSETUJU dengan sedeey ; Raja masih diperlukan oleh Malaysia. Khususnya didalam kemelut politik seperti di Perak, Perlis dan Terengganu. Setiap manusia tak lari dari kesilapan dan membuat kemungkaran. Bukan setakat Raja, malah ramai lagi sang penguasa yang lagaknya seperti Raja..apa yang kita boleh harapkan ialah berdoa memohon dari Allah Azzawajalla agar lahir dari keturunan Raja-Raja ini seorang Raja yang soleh dan berhati rakyat..Wallahualam..
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteMungkin ramai orang menyangka orang yang berdemonstrasi itu ialah mereka yang ingin mempertahankan kerajaan pakatan rakyat, tapi kita juga harus sedar ramai lagi yang di sana itu berdemonstrasi hanya untuk melihat keadilan dan perlembagaan dihormati oleh semua orang dan tiap2 institusi bertindak mengikut kuasa yang diberi. Samada orang lain ikut serta atau tidak itu bukan urusan pencinta keadilan.
setiap manusia ada kekurangan masing2 :-)
ReplyDeletep/s: Hormatlah Sikit Keputusan Sultan
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu
W'salam anakanda nurdaniella.
ReplyDeleteItulah sebabnya yang ayahanda berkata yang tidak akan menyokong mana-mana parti selagi pemimpin melayu gagal menyatukan melayu berteraskan Islam. Tidak kira kumpulan atau parti apa saja yang diberikan nama.
Salam erisya.
ReplyDeleteBukan setakat menjadi budak tetapi kekadang tu menampakkan kebodohan melebihi kanak-kanak.
saya tak leh nak komen2 sangat...
ReplyDeletenanti saya carutkan jer...
biarlah saya pendam kemarahan saya ni...harap2 saya tak jadi gila...
W'salam anakanda SilumanSakti.
ReplyDeleteSetiap orang ada pendirian dan pandangan masing-masing. Kita juga ada hak untuk bersetuju atau tidak dengan pandangan orag lain. Setiap orang juga ada persepsi yang berbeza. Jadi tidak semestinya betul pada kita maka betul juga bagi orang lain dan begitulah juga sebaliknya.
Memang sepatutnya kalau diadakan pilihanraya negeri semula. Serahkan balik kuasa memilih kepada rakyat.
Ayahanda terfikir kepada dua perkara yang rasionalnya tidak diadakan pilihanraya baru. Pertama keputusan pilihanraya itu nanti adalah amat cenderung ke arah merugikan Melayu. Kedua macam anakanda katalah, keadaan ekonomi semasa. Berapa banyak nanti kerajaan akan hangus semata-mata untuk mengadakan pilihanraya yang hasilnya belum tentu menguntungkan bangsa kita dan boleh menghasilkan kerajaan baru yang kukuh dan stabil.
Wa alaikumussalam kamaludin.
ReplyDeleteBetul sdr., bukan 100% terdiri dari penyokong PR. Tapi tentu ramai juga yang berpendirian sebagaimana kata saudara.
Tapi itulah kat Malysia ni kalau ada demo adalah kekacauan. Provokasi ada di mana-mana.
Salam Faizal Zakaria.
ReplyDeleteYa betul, kita sebagai makhluk ada cacat dan celanya. Tetapi segala tindak tanduk dan tutur kata kita janganlah terlalu menampakkan kita manusia pelupa dan kadangkalan yang ketara.
Jagalah kedudukan kita, jangan terlalu ikut emosi. Emosilah yang menjadikan kita bodoh dan menjahannamkan maruah kita. Kalau dirasakan kita benar maka janganlah kita turunkan taraf pemikiran kita sama dengan yang menendang dan berdemo itu.
Salam tekong darat.
ReplyDeleteItu adalah tindakan yang betul. Semasa kita marah, semasa kita beremosi adalah lebih baik kita diam. Itulah juga yang saya amalkan.
Di dalam kumpulan, biasanya bila saya marah saya akan lari dari kumpulan itu dulu. Kalau berhujjah pun tidak ada gunanya sebab hujah kita akan jadi tidak tentu hala.
uncle,kereta yg kena tendang tu kereta buatan negara mana ye?
ReplyDeletesempt pula kerakyatan negeri para pen-demo tu diperiksa..sungguh sofistikated sistem diorng kan...
Leiah,
ReplyDeleteSudah tentu bukan buatan Malaysia, kan dia tu menteri penuh.
Uncle rasa ada cop di dahi kot, macam ahli neraka selepas dibebaskan untuk ke syurga! Atau memang dia tahap Dewa yang tahu segala.
salam uncle...entahlah..sya sememangnya tidak berani nak komen apa2..selemah2 iman...hanya didalam hati sahajalah...apa2 pon kami rakyat di perak ni,mengharapkan miracles dari Allah..terdapat hikmah disebalik kejadian ini...
ReplyDeleteW'salam Jue,
ReplyDeleteMemang apa yang berlaku adalah takdir dan biasa takdir akan beriringan dengan hikmah.
silumansakti,
ReplyDeletejgn le mike cakap pasal pajakan 999 tahun di perak itu. pajakan maksudnya kerajaan boleh ambil bila2 masa pun untuk pembangunan. akta/kanun tanah negara membenarkan ini.
jgan saudara lupa sebaik kanun tanah negara diluluskan tanah pesawah kerpan dirampas dgn pampasan tak seberapa. mereka bawa kes ke mahkamah tapi kalah.
mereka kalah kerana kanun tanah negara ini berat kepada kerajaan.
kerajaan mana berkuasa di kerpan ketika itu? ape ke hei nya tanah melayu pun nak diambik.
salam uncle..
ReplyDeletelama nya azza tak jengah ke sini. uncle sehat ke..moga2 segalanya baik2 saja wl di Perak seolah macam api marak membakar. kita doakan yg baik2 utk mereka.
paloi bin mulau
ReplyDeleteItulah masalahnya orang kita mudah lups. Yang melakukan lupa dan yang kena pun lupa.
Satu lagi perangai orang kita, yang salah dia tak nampak yang salah orang cepat sangat nampaknya. Macam Zahid Hamidi tulah!
W'salam azza_irah.
ReplyDeleteAlhamdulillah uncle sihat. Terima kasih kerana kembali. Uncle doakan agar azza sihat dan hidup sentiasa bahagia.
tak suka dgn insiden2 yang berlaku. ada perebutan, ada ketamakan, ada haloba di sana sini
ReplyDeletesalam uncle,
ReplyDeleteade hadiah utk uncle.. nanti ambil di blog Menyibuk ajer
http://ibualiya.blogspot.com
scroll hingga ke bawah
Mak Su
ReplyDeleteSegala-galanya adalah kerana nafsu. Yang satu tak nak lepaskan kuasa dan yang satu lagi tamakkan kuasa.
Sultan pula bertindak seolah memihak.
W'salam kakyong.
ReplyDeleteTerima kasih, satu penghargaan bagi uncle.
salam silaturrahmi, perkenankan waya mau titip tertawaku sebagai komentar atas sikap dan perilaku "sang menteri"...HA..HA.......HA..........HA
ReplyDeleteW'salam sdr. ACTUALIZATION OF FITRAH.
ReplyDeleteLucu, memang lucu tetapi kadang-kadang kita rasa diperbodohkan. Kalau yang empunya badan tidak berapa cerdik, janganlah memperbodohkan orang lain pula.
Terima kasih di atas kunjungan saudara. Salam bersambut.