Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 5, 2009

Seruan Untuk Sekelian Hamba Allah Rakyat Negeri Perak Dan Yang Di luar Sana

Ini adalah luahan hati saya yang tidak memihak.

Kepada UMNO (bukan BN kerana di dalam BN bukan semuanya Islam) dan kepada PAS (bukan PKR kerana di dalam PKR bukan semuanya Islam) ingatlah kepada Allah yang Maha Kuasa. Sesugguhnya Dialah yang berkuasa memberikan kuasa dan kemuliaan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pilihannya dan Dialah juga yang berkuasa menariknya kembali kekuasaan itu.

Kepada yang Allah berikan kuasa, gunakanlah kekuasaan dengan ihklas kerana Allah dan bersyukurlah. Janganlah kuasa kurniaan Allah digunakan untuk maksiat dan membela Hantu Raya dan Pelesit penghisap darah rakyat. Dan kepada yang hilang kuasa pula redho'lah dengan takdir Allah. Muhasabah diri dan tawakkallah. Allah maha mengetahui. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kepada Rakyat Perak, sama ada suka atau tidak, semuanya mesti diterima. Ini adalah hakikat. Janganlah kerana kerenah dan perangai orang politik kita merosakkan kesejahteraan hidup kita yang harmoni selama ini. Bersabar dan akurlah dengan takdir Allah.

38 comments:

  1. Sungguh benarlah kata Tuan. Kita wajib ingat bahawa kekuasaan itu adalah pinjaman.

    ReplyDelete
  2. Sdr. Tok Rimau.

    Sekira semua orang Islam ingatkan Allah dan taqdirnya, pasti dunia aman dan hidup kita tidak akan ada rasa kecewa.

    ReplyDelete
  3. salam tuan

    semuga apa yg berlaku memberi kita banyak cerita untuk kita jadikan pengajaran.
    kita melihat kepada kesan perubahan kerajaan negeri selepas ini.
    budaya dendam - akan menzahirkan terus jurang demi jurang diantara kita...

    semuga kita diberkatiNya

    ReplyDelete
  4. Sdr. Jinggo,

    Diharapkan dendam tidak akan melarat, tindakan susulan tidak akan membawa mudarat.

    Harapkan semuanya kembalilah ke tali Allah.

    ReplyDelete
  5. pada hemat saya, yang paling penting dalam hidup adalah prinsip. tanpa prinsip hidup yang kukuh, maka musnah kehidupan dan teras kepercayaan orang. dan prinsip itu lahir daripada iman.

    tak perlu kita memaki menghina lagi, be a gentleman. masuk dulu buku 555, datang pru nanti kita langsaikan hutang2 semua. yang berhutang, dan yang memberi hutang.

    daripada apa yang berlaku, ada pengajaran yang amat penting. orang yang melihat dengan mata zahir tidak akan nampak, akan tetapi utk yang melihat dengan mata hati, akan terserlah hikmah yang boleh diambil iktibar.

    salam.

    ReplyDelete
  6. Sdr. Garden,

    Betul, pokok pangkalnya iman. Iman adalah penentu maruah dan harga diri. Bagi yang tidak beriman, mereka sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat. Dan iman jugalah yang menentukan kita akur atau tidak dengan takdir.

    Hutang boleh dibayar bila-bila masa pun jika ada peluang juga dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  7. DAN ANAK PERAK DI LUAR PERAK (TAMBAH KAT TAJUK)

    ReplyDelete
  8. betul tuh uncle...sumer ada hikmahnya...setidak2nya pkr boleh belajar dari kelemahan diri...jgn sampai ilang negeri lain pulak...maklum sekarang ni trend lompat2 !

    ReplyDelete
  9. Salam iam_khufu,

    Betul juga tuh, ok saya akan tambah.

    ReplyDelete
  10. Salam erisya,

    Politik lompat ni sebenarnya tidak bermaruah. Tapi orang sekarang yang kelabu mata mempersetankan maruah.

    Pada pihak yang kalah, terimalah dan sabarlah. Fikir dan perbaiki kesilapan. Mungkin alpa atau salah strategi. tau terlampau naive

    ReplyDelete
  11. salam uncle,
    pasti ada hikmah disebalik semua ini. teman ni tak reti pasal politik ni, tp teman rasa cara ambilalih kerajaan perak ni.. tak 'molek'. apa pun hidup harus diteruskan.

    ReplyDelete
  12. Tetiba IndukYati teringat Lagu Negeri Perak,yang dinyanyikan masa dari Tingkatan 1-5 tahun 1988-1993..
    masa sekolah kat Ipoh dulu,
    Tapi IndukYati faham..kemenangan dibelakang hari adalah lebih manis untuk dikecapi setelah kalah dahulu,adat perwira menyusun strategi,berundur bukan kerana kalah.Merenung kembali kesilapan kita semasa berkuasa,menjadikan ianya sebagai iktibar dan panduan didalam serangan yang akan datang kelak..sudahkah kita(anak-anak Perak)mengasah kembali semangat dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan yang Hak...
    -Rasanya hari ini darah IndukYati menggelegak....dendam yang semakin lama semakin panas...ayuh persiapkan pembalasan dendam kita pada PRU-13 kelak...Istiqamah yer...seperi Istiqamahnya Bilal b Rabah,walaupun leher dihiris ketajaman pedang,tetap pendiriannya didalam menegakkan Yang Satu.!!

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Sejuk hati bila perkara masalah politik ini di kaitkan dengan Tuhan itulah yang di katakan bahawa yang baharu ini di bawah maqam la haula wala quwwata illa billah

    ReplyDelete
  14. W'salam NIZAM MAT SAARI.

    Dalam bab Sultan saya tidak mahu komen. Saya pun sebenarnya banyak perkara yang tidak berkenan dengan mereka.

    Dengan PKR dan PAS saya tidak ada masalah dan amat bersimpati dengan apa yang mereka hadapi. Cuma saya cukup meluat dengan DAP dan dua situa gayut dalam DAP iaitu Lim dan Karpal. Mulut terlampau celupar. Dengan UMNO pula saya sudah agak masak dengan perangai dan tindak tanduk mereka. Kalau mengikut hukum tidak boleh disokong untuk diangkat menjadi pemerintah.

    Cara pengambilan alih kerajaan Perak pun amat jijik dan menjijikan. Rakyat undi mereka bukan untuk menyembah BN tetapi untuk membawa perubahan. Tapi PKR ni sebagaiman saudara kata, kalau dia buat tak apa tapi kalau orang buat riuh sekampung.

    ReplyDelete
  15. kakyong

    Bukan setakat tidak molek tetapi tidak bermoral sebenarnya. Walau pun saya tidak sokong mana-mana pihak tetapi sebagai orang Melayu dan Islam saya pun turut rasa malu.

    ReplyDelete
  16. IndukYati,

    Perjuangan mereka sepatutnya tidak terencat. Dengan apa sekali cara dan apa gaya pun istiqamah diperlukan sebagaimana kata saudara.

    Bukan kekalahan ini bukannya hilang semua dan yang menang pun bukan dapat semua. Yang kalah mestilah bersabar dengan dugaan Allah sekiranya mereka benar-benar lillahi Taala. carilah kesilapan dan kealpaan jika ada mohon ampunlah kepada Allah.

    ReplyDelete
  17. W'salam Pak Karamu.

    Begitulah sepatutnya pendirian setiap insan yang mengaku dirinya Islam dan beriman.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Saudara,

    Semuga Perak tenang semula. Sama samalah kita doakan.

    ReplyDelete
  19. salam ayahanda,

    andainya semua pemimpin Islam mengikut landas Islam yang sebenar2nya, pasti segala bentuk kemungkaran dapat di bendung.. pasti tiada lagi politik wang, rasuah dan jenayah2 politik yang lainnya.. tapi, manusia ni mudah lupa.. bila diangkat sedikit darjat mereka, pasti mereka lupa.. mereka lupa ada yang lebih berkuasa dan lebih kaya dari mereka.. mereka lupa kuasa dan darjat yang ada pada mereka hanya pinjaman semata2.. bila Allah dah tarik semula, barulah menggelupur..

    p/s: buat erisya, jangan la jeles akak panggil ayahanda.. cuma nak menumpang kasih.. dah lama tak rasa kasih sayang seorang ayah..

    ReplyDelete
  20. Salam Ayahanda,

    Nampaknya kita sependapat, seperti yang saya zahirkan dalam blog saya.

    Bilamana nafsu menguasai akal, segala tindak tanduk serba tak kena.

    Saya amat bersetuju sekali dengan luahan hati ayahanda ini. Saya pun begitu.

    ReplyDelete
  21. Salam Tuan,

    Betula apa yang tuan perkatakan serahkan pada yang Maha Esa menentukan. Kalau kita punya kita akan dapat jua apa pun alasannya begitu juga sebaliknya.

    senang tuan lawat la blog saya di www.mannsgor.blogspot.com
    blog baru belajar

    wassalam

    ReplyDelete
  22. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Begitulah hendaknya, kita sama-sama berdoa.

    ReplyDelete
  23. W'salam nurdaniella.

    Memenag selalu ayahanda ingatkan diri dan keluarga itulah hakikatnya kita sebagai makhluk yang dijadikan. "Tidak akan bergerak walau sebesar zarah sekali pun tanpa izin aku"

    Itulah sepatutnya semua kita ingat dan tanamkan di sanubari.

    Kekuasaan, kekayaan, kemuliaan dan kuasa adalah tertakluk di atas pemberianNya.

    ReplyDelete
  24. W'salam anakanda Isa.

    Memang semua orang yang bergelar Muslim patut mengisafinya.

    ReplyDelete
  25. W'salam sdr. manns'gor.

    Insya Allah saya lawat blog sdr dan akan saya buat pautan.

    Betul saudara taqdir yang menentukan segala.

    ReplyDelete
  26. Sebenarnya saya tidak ambil pusing sangat pasal politik tanahair ini. Tetapi baru ini apabila berlaku krisis di Perak kebetulan pula ia adalah negeri saya yang mana saya baru sahaja layak mengundi pada PRU12, saya benar2 marah. Marah saya bukanlah disebabkan persaingan antara PR dan BN yang sebelum ini kebanyakannya hanya melibatkan persaingan politik tetapi marah saya lebih kepada perlanggaran etika akhlak islam yang amat jelas ketika krisis ini berlaku sehingga menimbulkan permusuhan kepada dua golongan yang bersaudara. Pada mulanya saya tidak berapa kisah sangat siapa yang dipilih menjadi pemimpin asalkan islam dan rakyat akan terbela dan saya sentiasa bersangka baik dengan mereka. Tetapi kali ini nyata saya dah tersilap. Pemimpin islam yang berada di dalam UMNO benar2 membuat saya kecil hati. Maaf kepada penyokong UMNO jika tulisan saya menyakiti hati kamu sedangkan saya juga salah seorang yang menyokong kamu. Sekarang kamu sudah hilang seorang penyokong. Saya betul2 hilang kepercayaan kepada kamu.

    ReplyDelete
  27. Salam abe MIE 'TERJAH'

    Segala perasaan, segala tingkah laku yang abe MIE sebut itu adalah kerana kemaruk dan takut kehilangan kuasa.

    Golongan ini adalah golongan lupa kekuasaan Allah serta kadho' dan kadar Allah. Kalau tidak, suasana dan perasaan tidak akan kalut.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  28. Salam iam_khufu.

    Kita sebagai manusia yang bebas berfikir dan bebas membuat pilihan adalah bebas juga untuk meluahkan perasaan. Marah, gembira dan kecewa adalah bergantung pada suasana dan persepsi masing-masing.

    Oleh yang demikian segala luahan perasaan saudara adalah betul pada persepsi saudara.

    ReplyDelete
  29. wah kamu bijaksana bangat yah.......


    salam knal kembali yah dari aq.....
    semua memang hanya allah yang bisa memberikan keadilan seadil2nya...

    ReplyDelete
  30. W'salam katobengke.

    Terima kasih di atas kunjungan saudara ke sini.

    Memang sepatutnya itulah pendirian semua Muslim. Kuasa yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata.

    ReplyDelete
  31. Pakdin, yang sudah tu.. biole berlalu. Kata orang tua kampung teman, usah dipikiokan yang udah lepeh.

    Kalau nak ingat, buat sakit hati. Baik kita simpan sebagai panduan hidup.

    Yang penting, semua keadaan yang tak menentu di Perak sebelum ni stabil semula.

    Tautkan kembali hubungan sesama kita.

    Cuma teman tak nak pegang pepatah ni: "Ada duit, semua boleh jadi..."

    ReplyDelete
  32. Brahimnyior.

    Betul sdr., duit adalah segala bagi yang kurang Iman. Beringatlah kita. Pak Din juga mengingatkan diri semoga kita semua selamat.

    Pak Din pun dah lama tidak balik Manjoi. Hari tu pegi juga Lumut dan makan di Sitiawan.

    ReplyDelete
  33. sedih bila mana melihat kjadian td... moga segalanya dpt diselesaikan dgn sewajarnya... :(

    ReplyDelete
  34. Salam @LiYaNNuaR

    Begitulah yang kita sama-sama harapkan. Yang menang biarlah berpada yang kalah, hisablah diri.

    ReplyDelete
  35. UMNO juga x semua nya ISLAM tuan,,,,ada juga ahli UMNO yg x ada agama,,,, contuh nya org ASLI DALAM HUTAN dan luar hutan,,,, SANUN TU,,,,,,

    ReplyDelete
  36. Salam Pak Oncu

    Betul juga kata tuan, saya terlupa yang dalam hutan serta Sabah.

    ReplyDelete
  37. Salam Saudaraku Fakhruddin,

    Semoga melimpah rahmat dan kasih ALLAH SWT buat saudara dan keluarga.

    Terima kasih atas pesanan dan ingatan.

    ReplyDelete
  38. W'salam sdrku Kerajaan Rakyat

    Terima kasih di atas doa saudara dan begitulah juga saya buat saudara. Mohon limpah kurnia keberkatan dan keteguhan iman serta jauakan dari perasaan resah dan gelisah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa