Setalah dua n3 berat sebelumnya, kita bersantai sekejap.
Iblis memang bodoh..... ikutilah pengalaman saya di bawah.
Pada suatu petang ketika berehat selepas sembahyang zohor, tiba-tiba saya terima panggilan dari guru saya mengajak saya ke rumah seorang teman seperguruan. Mengikut kata guru, isteri muridnya itu kerasukan. Menangis, meraung tidak sedar diri.
Saya bergegas ke rumah guru menjemputnya dan terus ke rumah teman saya itu. Sesampai ke rumahnya, dia bawa guru dan saya masuk bilik. Di dalam bilik kami dapati isterinya seolah sedang tidur dan tidak sedar apa-apa. Tapi bila kami melepasi pintu biliknya, dia bingkas dengan mata yang tajam menghalau kami. Dia kata dia tidak suka kami ke mari, dia akan panas sambil mengaduh dan meraung kepansan. Kami mulakan membaca Ayat Alkursi wakaf 9 dan hembus. Lagilah dia meraung, menggeliat dan menghempaskan badan ke katil.
Kami suruh benda tu pulang tapi dia tidak mahu takut maknya (tuannya) marah. Dia kata dia datang dengan penjaganyaa sekali. Bila didesak mana penjaganya dia tidak mahu jawab dan tidak juga mahu pulang. Cukup degil. Akhirnya guru ambil keputusan kami sembahyang hajat dan selepas sembahyang hajat sama-sama membaca Ayat Alkursi 313 kali seorang sambil buatkan air penawar.
Di luar bilik, teman saya itu mengatakan tadi sebelum kami sampai, dia ajak isterinya ke rumah saya. Tapi isterinya tidak mahu sebab rumah saya dipagari dengan api. Kalau dia masuk dia akan terbakar. Hah... jadi saya dah dapat idea macam mana nak kelentung Iblis itu. Tapi saya akan ikut guru buat apa yang sepatutnya dulu.
Semasa kami sembahyang hajat dan membaca ayat alkursi, saya dapat dengar dia meraung dan menghempaskan badan ke katil. Rasa kesian benar kepada isteri teman saya itu, tapi cukup marah kepada manusia yang menghantar Iblis untuk mengganggu dan merasuk semata-mata kerana dengki.
Selesai sembahyang dan buat apa yang patut, kami masuk semula ke bilik teman saya dan menghembuskan lagi ayat kursi sambil merenjiskan air sembahyang hajat tadi. Lagilah meraung kepanasan dan amat sakit katanya. Kami suruh balik, iblis tu tak mahu balik. Kami tanya di mana pengawal dia tidak juga mahu jawab. Setelah puas di desak dan ugut barulah dia beritahu yang pengawalnya ada ditanam di tengah-tengah pintu pagar di dalam bungkusan kain kuning.
Saya keluar dan gali di pintu pagar. Jumpa bungkusan itu dan saya bawa masuk ke rumah. Saya ambil semangkuk air sembahyang hajat dan bacaan ayat akursi tadi dan rendam bungkusan yang saya temui. Bila masuk saja bungkusan ke dalam air, terus berasap dan seolah olah mendidih. Seketika asap hilang dan air di dalam mangkuk tenang semula. Saya cadang nak buang ke sungai pada petang nanti. Dah mampus Iblis tu kot.
Sekarang saya akan pakai helah pula untuk memaksa Iblis tu keluar. Saya kata sekarang aku nak bawa kamu (sisakit) ke rumah aku dan kamu akan aku bakar dengan api di rumah aku. Mulalah dia termakan tipu. Dia meraung dan dia kata kalau saya bawa dia ke rumah saya dia akan mati, ibunya juga akan mati. Dahlah saya sudah bunuh penjaganya. Barulah saya tahu yang penjaganya yang di dalam bungkusan itu memang sudah gol dek penangan air sembahyang hajat dan ayat alkursi. Saya senyum dia dah makan umpan dan masuk jerat.
Ok, kalau kamu tidak mahu mati, kamu pulang. Sekarang juga aku nak bawa kamu ke rumah aku. Sambil tu teman saya tadi berpura-puralah siapkan pakaian dan mekap isterinya kononnya akan bermalam di rumah saya. Tak semena-mena iblis itu mengalah dan bersetuju pulang sebab dia kata dia tidak mahu Ibunya mati. Dia kata dia balik ke tempat asal dia sekarang juga.
Tiba-tiba isteri teman saya tadi sedar dalam keletihan dan bersyahadah serta beristighfar. Alhamdulillah dia dah sedar. Isteri teman saya kembali pulih dan cergas selepas diberi minum dan dilapkan dengan air sembahyang hajat. Lantas meminta air, terlalu dahaga katanya. Alhamdulillah!
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteSaya pun berdoa dan mengharap doa saya dikabulkan Allah swt - agar apa ke benda yang menempel ditepi kiri kepala saya ini akan "Pulang" ke Tuannya...
Yang buat tak sedap tu, saya dapat merasa ia menempel...terutama bila maghrib.
Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.
ReplyDeleteSaya sarankan puan baca secara istikamah Ayat Kursi wakaf 9 sembilan kali selepas solat magharib dan subuh. Sambil itu berdoalah mohon perlindungan dan rahmat Allah.
Salam uncle,
ReplyDeletenak bertanya, Ayat Kursi wakaf 9 tu bacaannya spt ayat kursi yang biasa di baca yer.. maaf, istilahnya buat saya agak keliru..
W'salam kakyong.
ReplyDeleteAyat kursi yang biasa dibaca juga cuma semasa baca jangan diwasalkan. Kena di baca dengan 9 kali berhenti (wakaf) pada patah-patah tertentu.
Oklah, kalau sempat uncle akan buat n3 untuk itu. Atau kakyong boleh tanya mana-mana ustaz atau uztazah.
bro.. kalau camtu mcm tak settle jer. Mesti mak dia suh datang rasuk lagi..
ReplyDeleteTuan
ReplyDeletekenapalah kepandaian menghantukan orang tu tak dihantar kepada Bush dan konco2nya.
salam ayahanda, saya pun minat jugak nak belajar ayat kursi wakaf 9 tu.. bolehlah ayahanda buat n3 pasal tu, yer..
ReplyDeleteSdr. AdukaTaruna.
ReplyDeleteSelepas itu ada guru buatkan pemagar rumah dia dan tidak ada gangguan lagi.
Sdr. fital.
ReplyDeleteItulah sebabnya saya juga heran. Katalah di Tanah Melayu dulu, kata orang Melayu handal buat santau dan sebagainya tapi orang puteh jajah kita juga. Kenapa tak kenakan orang puteh? Begitu juga Indonesia, orang Indonesia juga terkenal dengan benda-benda ni tapi kena juga jajah kat Belanda.
Nampaknya orang kita handal hanya sama sendri aja. Dengan Karpal singh pun tak boleh nak buat apa.
W'salam nurdaniella.
ReplyDeleteInsya Allah akan ayahanda buatkan.
menarik kan dapat pengalaman mengubati org seperti ini.. bukan semua org dapat..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteDemikianlah ujian Tuhan kepada orang yang beriman, ujian sebagai membantu manusia supaya jangan lalai dengan Tuhan
Jika Tuhan tidak uji manusia maka manusia terlupa yang mereka itu ada tanggungjawab kepadaNya
hanis.
ReplyDeleteUncle bukannya tahu sangat. Tapi bila guru yang mengajak, pergi jugalah. Lagi pun sisakit itu ada isteri kawan sendiri.
W'salam ~PakKaramu~.
ReplyDeleteMemang Pak Karamu. Ujian Allah di datangkan dengan berbagai cara. Dan kita kenalah tunaikan tanggung jawab dan amanah.
Nak kata pandai, bukanlah pandai sekadar membantu guru.
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteCukuplah dengan komen2 diatas, ada yang nakal...
Cuma saya terfikir rumah najib ada pagar tak.. kalau tak ada nak juga hantar pi lawan dengan hantu kopek... hahaha...
Ha..ha... Isa, Isa. Tak habis-habis dengan hantu kopek!
ReplyDeleteuncle...pengalaman uncle amat menarik...boleh membantu sesama insan...suatu tugas yang amat payah dan amat murni!...maklum melawan makhluk asing ni...macam2 boleh berlaku...malah boleh menggadai nyawa!
ReplyDeleteSalam erisya.
ReplyDeleteUncle hanya bantu dan tolong sekadar yang mampu dengan keizinan Allah.
Uncle.. menarik sekali. saya juga pernah beberapa kali melihat kes kerasukan ni.. jiran kerasukan, pelajar kerasukan, kawan kerasukan..
ReplyDeleteMoga kita semua dalam lindunganNya..
Salam Rashid.
ReplyDeleteMemang selalunya pelajar perempuan yang dirasuk. Uncle pernah pulihkan 8 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar sekali kena semasa uncle di tingkatan 6 dengan izin Allah.