Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 13, 2009

Catatan/Log Abdullah Munsyi Di Kelantan

Saya cuba bayangkan kehidupan orang Melayu pada zaman awal abad ke 19 berbanding kini berlatar belakangkan kehidupan di Kelantan. Kerana ada zaman silam, adanya zaman sekarang. Zaman sekarang adalah warisan zaman silam. Di bawah, saya perturunkan secebis dari catatan/log kisah pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan pada tahun 1837/38. Beliau mencatat dan mengkritik Pemerintah dan Rakyat marhaen dari kacamata beliau sendiri.

Walau pun ada sesetengah suara pengkritik sejarah yang menyatakan Abdullah mencatat dan melihat dengan kaca mata Inggeris dan memperbesarkan isu, namun bagi saya asasnya memang ada. Sama ada beliau iklas atau tidak bukanlah menjadi persoalan. Kalau tidak tumbuh, tidak akan melata. Catatan ini diceritakan oleh Abdullah tentang isi bualannya dengan orang kampung di Kelantan ketika itu. Nilailah sendiri catatan di bawah:

Maka sahaya khabarkanlah bagaimana bebas dan senangnya orang-orang yang diam di bawah bendera Inggeris itu. Maka berkata mereka itu, "Tuan, bawalah sahaya bersama-sama. Maka biarlah sahaya sekelian menjadi hamba tuan, kerana tiada sahaya sekelian boleh tahan diam di bawah Pemerintah Raja Melayu ini, kerana terlalu besar aniayanya" Maka kata sahaya "Apa aniayanya itu" Maka kata mereka itu " Tidaklah dapat sahaya khabarkan tuan, kerana takut tuan khabarkan kepada Raja, nescaya dibunuhnya sahaya" Maka jawab sahaya "Jangan takut"

Maka katanya "Sehari-hari mengerjakan pekerjaan Raja, dan makan minum sahaya dan anak bini sahaya tiada diberinya, di atas sahaya sendiri juga. Dan lagi, baik perahu atau tanam-tanaman dan hidup-hidupan sahaya sekelian, jika dikehendaki Raja diambilnya sahaja dengan tiada harga. Dan lagi kalau ada harta dan anak perempuan yang baik-baik jikalau berkenan Raja, diambilnya juga. Tiada boleh ditahan kehendak Raja. Dan kalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja"

"Demikianlah halnya sahaya semua duduk di dalam negeri Melayu, seperti duduk di dalam neraka".

37 comments:

  1. salam ayahanda, kejamnya raja melayu dulu2.. mungkin sebab tu la jebat menderhaka.. ataupun mungkin sebab rakyat dulu2 setia membabi buta..

    ReplyDelete
  2. uncle...begitulah jika dah pegang kuasa...buat sesuatu berlandaskan nafsu!

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahanda,

    Tersedak saya bila membaca artikel ini, nak komen lebih2 pasal raja ni nanti dikatakan derhaka pula, kurang ajar tak tau hormat pada Raja/Pemerintah. Sekadar budaya yang tidak boleh diikut lagi.

    Ringkasannya.... apakah pengertian "Raja" yang sebenar? Saya memang tak bersetuju lansung dengan institusi ke"RAJA"an dan tidak relevan lagi dalam dunia moden ini.

    ReplyDelete
  4. W'salam nurdaniella.

    Agaknya sesuai di zaman itu, siapa gagah dan sedikit cerdik dari orang lain, dialah Raja.

    Pada hemat uncle, bukannya taat membabi buta tetap rakyat tidak ada pilihan. Terpaksa taat dan patuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  5. Betul erisya,

    Kuasa menentukan segala. Kalau Raja bertuankan nafsu, nafsulah yang menjadi segala Raja tapi kalau Iman dijadikan panduan, maka akan baiklah segalanya.

    ReplyDelete
  6. Anakanda Isa.

    Durhaka membawa persepsi yang berbezaa-beza. Adakah durhaka kalau cuba memperbetulkan yang salah dan mencegah kemungkaran yang ada pada institusi itu?

    Uncle masih bersetuju dengan sistem ini, cuma kalau dikatakan Raja Berpelembagaan maka kena ikutlah Perlembagaan itu sepenuhnya. Tetapi sesuatu yang ganjil ialah bila Malaysia yang sebesar butir beras di peta dunia mempunyai 9 Raja dan 4 Yang Yang Dipertua Negeri.

    ReplyDelete
  7. Salam ayahanda,

    Pada hemat saya tiada guna tunduk pada Raja. Kuasa Raja tiada ke mana. Derhaka kepada Raja tiada bawa ke Neraka. Lebih baik saya patuh pada Ibu Bapa, Allah s.w.t. dan agama yang akan menjamin dunia akhirat.

    ReplyDelete
  8. itulah kuasa.
    ada yang nak kan kuasa untuk berkuasa
    ada yang nak kan kuasa untuk bersosial.

    pastinya raja juga adalah manusia yg akan mati dan ceritanya sama - dengan kita...

    ReplyDelete
  9. Tuan,

    Ada beberapa perkara yang orang bukan asalnya Kelantan mungkin tidak paham akan sejarah negeri Kelantan itu sendiri.

    Cerita tuan yang dipetik daripada Abdullah Munsyi mungkin tidak berapa tepat. Apa yang saya kata tidak tepat adalah kerana di Kelantan dahulu, sebelum tahun 1880an, Kelantan diperintah oleh ramai Raja. Daerah kuasa mereka juga disegenap ceruk. Maka dengan itu, saya tidak akan membuat andaian bahawa semua Raja itu jahat. Orang yang membacanya juga perlu paham akan sejarah Kelantan itu sendiri.

    Bagi saya log Abdullah Munsyi ini mungkin kurang tepat dalam memaklumkan siapakah Raja yang tersebut. Kita tidak nafikan, memang ada Raja yang zalim, kalau tidak mana mungkin Sultan Mahmud mangkat dijulang.

    Untuk mengetahui Kelantan dengan lebih lanjut, sila layari web berikut. Satu web yang cukup saya sukai kerana ia menggambarkan perihal Kelantan seharian dan juga daripada segi sejarahnya.

    http://raykinzoku.fotopages.com/

    Salam.

    ReplyDelete
  10. biarlah saya pendamkan sendiri apa yang saya pendamkan, tiadalah sahaya ingin untuk berbicara tentangnya di ruangan terbuka, takut kelak akan melukai jiwa sesiapa pula di luar sana, sahaya akan mengomel mengenainya dengan suami sahaya di rumah sahaja, kala malam bulan mengambang penuh.

    ReplyDelete
  11. Tuan,

    Pada hemat saya, institusi ini ada gunanya kepada orang-orang Melayu. Jika mereka pandai "memanfaatkannya" untuk kebaikan.

    Islam telahpun mengatakan iaitu tanggungjawab adalah berat ke atas seseorang pemerintah. Maka seorang Raja adalah mempunyai tanggungjawab yang telah diamanahkan sebegitu rupa, maka dengan itu tidaklah boleh dia melanggar amanah itu. Selagimana Raja itu sendiri tidak menyuruh kita melakukan perkara mudharat dan terang salah disisi agama, maka tidak ada salahnya kita kekalkan institusi Raja.

    Saya rasa timbul topik ini adalah punca daripada pergolakan di Perak. Sememangnya telah wujud dahulu kala Raja-raja yang zalim, tetapi yang sebenarnya zalim yang telah dilakukan di Perak adalah daripada UMNO itu sendiri. Walaupun saya tidak suka kepada perlakuan UMNO, akan tetapi saya memang berharap agar orang yang telah dizalimi itu sabar, dan bangkit semula di PRU13. Sabar maksud saya di sini, agar untuk mereka itu undur dahulu, restrategize, then attack semula nanti. Demi kebaikan semua. Apa yang terang lagi zahir, memang zahir. Maka terpulang kepada yang berakal untuk berfikir dan mengambil iktibar daripada semua ini.

    Apa yang saya nampak, institusi Raja telah dijadikan "victim" dalam pergolakan orang-orang politik ini. Tetapi itu hanya pandangan saya.

    ReplyDelete
  12. W'salam anakanda ~0~.

    Pada pandangan ayahanda kita bukan tunduk tetapi hormat sekiranya pemimpin itu patut dihormati. Dan Raja, selagi diiktiraf sebagai ketua atau penaung sesebuah kerajaan, maka Raja juga harus dihormati sehinggalah berlaku sesuatu perubahan. Cuma janganlah rasa hormat dan taat melebihi Ibu Bapa terutama Allah azzawajalla Raja segala semesta alam.

    ReplyDelete
  13. Sdr. jinggo,

    Betul saudara dengan kuasa kita boleh menjadi baik dan juga jahat. Bergantunglah bagaimana kita menggunakan kuasa itu. Di sisi Tuhan, pemimpin baik akan mendapat kemuliaan dan yang jahat akan menerima pembalasan yang lebih pedih.

    ReplyDelete
  14. Salam saudara Garden.

    Pandangan saudara cukup jelas dari kaca mata saudara. Saya juga masih sependapat dengan saudara. Cuma dari segi ketaatan. Memang kita mesti taat kepada mana-mana pemimpin atau Raja selagi kita tidak disuruh membuat mungkar dan dosa.

    Tetapi satu persoalan juga timbul di kepala saya, bagaimana keadaanya sekiranya pemimpin itu sendiri membuat perkara mungkar dan orang lain juga terpaksa patuh pada kemungkaran yang dilakukannya di samping itu pula segala kemungkaran berlaku tidak ditegur atau ditegah olehnya? Memang dia tidak paksa dan suruh.

    Log Book Abdullah ini adalah catatan berkenaan Raja Bendahara dan Tengku Temenggung. Di katakan dia mendarat di Pengkalan Penambang (sekarang di Jalan PCB. Pada masa itu 2 anak Raja sedang berperang merebut kuasa. Raja memang sedang bersemayam di Kota yang ada sekarang Istana Kota Lama.

    Saya tidak kata ianya tepat, cuma bagi saya asas keadaannya begitu. Mungkin tokok tambah itu ada.

    ReplyDelete
  15. Mak Su.

    Aduii... kenapa pula tunggu pada bulan mengambang penuh? Hai.. macam puteri tujuh yang turun mandi dari kayangan jer?

    Memang Mak Su sesuatu perkara yang bersifat peribadi dan sensitif tidak patut di bincangkan di khalayak.

    ReplyDelete
  16. Garden.

    Bagi uncle kekecuhan politik yang berlaku di Perak tidak sepatutnya dilibatkan kepada Raja dan Sultan Negeri lain.

    Cuma Sultan dan Raja negeri sepatutnya mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku di Perak. Kalau zaman dulu rakyat dipancung pun tidak siapa yang akan bantah dan bising, tetapa sekarang zaman dan manusia sudah berubah dan Sultan juga sepatutnya berubah jngan sehingga rakyat yang mengubahnya. Bukankah parah jadinya nanti?

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ayahanda..
    macam nak sama kejamnya jugak raja dulu dan raja sekarang...
    terima kasih sudi mendoakan semoga anak dara t tu cepat sembuh.. tp hari ni si abangnya pulak yg tak sihat.. doakanlah ye... terima kasih...

    ReplyDelete
  18. Big Mamma Bukhari.

    Agaknya sekarang musim demam kot. Uncle sendiri pun selepas demam dan selesema hari tu, belum sihat betul lagi. Auntie pun batuk sampai sekarang tak baik-baik lagi.

    Insya Allah uncle doakan abangnya pula biar cepat baik. Insya Allah.

    ReplyDelete
  19. salam uncle,
    kalo dilihat kepada filem melayu lama.. titah raja @ sultan selalu digambarkan perintah yang tidak boleh di engkari.. sultan digambarkan bersifat sgt berkuasa & harus ditaati walau apa jua keadaan, & tidak juga dinafikan gambaran sultan yang berhati mulia, gagah perkasa, segak.. terutama dalam babak percintaan.. ish.. ntah lah tak tahu apa yg nak tulis sebenornyer...

    ReplyDelete
  20. W'salam Kak Yong.

    Tidak semuanya Sultan dan Raja berperangai begitu. Tapi kalau kita baca balik buku sejarah Raja yang taatkan Allah sebagaimana Khalifah Umar Ab. Aziz hanya beberapa kerat sahaja. Di alam Melayu pun 2x5 juga.

    Tapi apa yang dicatat oleh Abdullah Munsyi adalah realiti di waktu itu bukan fantasi sebagaimana di dalam filem.

    Buku-buku sastera lama juga ada memaparkan keadaan alam Melayu di masa lampau. Tapi penulisnya adalah di kalangan orang-orang yang rapat dengan istana dan tujuan penulisan itu pun adalah untuk memertabat dan mengampu raja. Sebab pada masa itu memang mereka terikat dengan keadaan dan suasana.

    ReplyDelete
  21. Sdr. Garden.

    Photopage tu saya sudah tengok sebelum ini. Tetapi nyata sejarah yang terisi hanya bermula dari awal abad kedua puluh dan akhir abad ke 19.

    Catatan abdullah adalah lebih awal iaitu pada awal abad ke 19 -1837/38.

    ReplyDelete
  22. Saya sedang mencari bahan ceramah tentang Jati Diri. Tak sangka terjumpa blog sahabat saya ini.

    Pada pendapat saya, manusia hidup dalam zaman masing-masing dengan seluruh jiwa raga mereka. Adalah tidak adil membandingkan kehidupan 500 tahun dahulu dengan zaman sekarang.

    Manusia adalah makhluk sosial yang hidup dalam masyarakat. Adalah menjadi fikrah, masyarakat manusia bertakah-takah dan tidak selapis. Asas komuniti adalah keluarga yang terdiri daripada anak-anak dan ibu bapa. Di situ sudah ada sesuatu yang bersifat 'level' atau aras tertentu. Namun tidaklah sampai dipanggil kasta.

    Keluarga-keluarga kecil berkembang dan bergabung membentuk kampung, mukim, daerah, negeri, dan negara. Maka dilantiklah ketua yang dalam sistem tertentu digelar raja. Manakala dalam sistem lain, ada yang dipanggil presiden dan sebagainya.

    Antara sistem-sistem tersebut, masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya. Agak sukar untuk menghakimi yang mana lebih baik.

    Kembali pada sistem Islam. Kita ada rasul yang kemudian disambung oleh khalifah. Sistem ini berjalan dengan baik sehinggalah berlaku pertembungan dengan sistem barat yang dipromosi dengan lebih hebat, termasuk melalui penjajahan.

    Belengu penjajahan ini menjalar dan menyusup dalam diri tanpa kita sedar dan menjadi sebati. Akahirnya ia membentuk satu pendirian yang sukar dirubah.

    Pendirian adalah sesuatu yang dianggap benar sehingga nyawa sendiripun menjadi terlalu murah. Justeru kita tidak mempunyai pilihan lain selain dari kembali pada hukum Allah.

    Berbalik pada isu kezaliman raja, maka kita perlu realistik bahawa yang zaklim itu adalah raja tersebut, bukan sistem itu. Lihat kembali peranan khulafa’rasyidin (4 orang). Begitu juga Dinasti Umaiyah, Abbasiyah, hinggalah ke Andalusia. Jangan dilihat kejatuhan Andalusia akibat persengketaan wilayah-wilayahnya dan kelemahan raja Abdullah. Sebaliknya lihat juga kegemilangannya lebih 700 tahun mendahului Eropah.

    Jangan pula kita lupa dengan kegemilangan kesultanan Melaka selama lebih seratus tahun. Dalam semua sejarah peradaban dunia, belum ada satu sistem pemerintahan yang kekal. Akhirnya runduk apabila sampai ketikanya. Kita boleh sahaja menyalahkan penyebabnya namun kita perlu akur dengan takdir Ilahi. Itulah sebabnya saya selalu menekankan tentang proses yang berlaku dan bukan setakat mencapai matlamat. Proses adalah ibadah, dan ibadah itulah yang dihitung oleh Allah.

    Saya melihat saudara blogger telah memberikan cetusan yang baik untuk kita berfikir. Saya percaya beliau bukan inginka pandangan yang searah sebaliknya mahu kita semua melihat secara holistik dan tidak tergopoh-gapah membuat kesimpulan.

    Kepada rakan-rakan pengunjung blog ini, kalau nak lihat kekejaman raja, bacalah Hikayat Raja-raka Pasai pula. Anda pasti bengang tak sudah. Tapi, jangan lupa membaca kisah khalifah Umar Abdul Aziz atau Sultan Alaudin Riayat Shah, Melaka. Ia akan membuat kita berfikir alangkah bagusnya jika masih ada khalifah.

    Wallahu’alam.

    (maaf, tulis panjang-panjang, dah macam blog sendiri pulak).

    ReplyDelete
  23. Salam Saudara Demang.

    Terima kasih di atas komentar saudara. Saya pun sudah agak lama tidak menjengah blog saudara. Sebenarnya bila krisis Perak beterusan saya pun mula naik malas nak merayap ke blog-blog yang mempunyai bahan yang berat. Saya lebih banyak membaca dan mengomen di blog-blog santai saja.

    Pada hemat saya apa yang demang katakan adalah betul. Di kampung saya ini pun pada asalnya dibuka oleh sekeluarga saja sehingga sekarang rasanya sudah menjadikan kampung yang besar dengan berpuluh ribu penduduk.

    Dan kejatuhan dan kegemilangan sesebuah kerajaan memang asasnya adalah karma alam itu sendiri. Takdir yang menentukan, tidak akan kekal selamanya. Tiba masanya hilanglah ia. Cuma bila belek sejarah, Kerajaan Islam akan lebih cepat jatuh bila melupai Allah. Baik di zaman Khalifah atau di era yang lebih moden seperti kerajaan Melaka dan Othmaniah Turki.

    Sebenarnya pada pandangan saya pemikiran Abdullah telah terlalu jauh melangkaui zamannya. Itulah sebabnya kritikannya menjadi begitu, di tambah pula dengan jiwa Inggerisnya. Cuma apa yang saya katakan asas catatannya ada dan sememangnya begitu pada masa itu.

    Tentang Hikayat Raja Pasai, saya sudah membacanya satu masa dulu dan sudah membentuk persepsi saya ketika itu sehinggalah saya betul-betul dewasa untuk menilainya. Persipsi saya juga turut berubah seiring dengan perubahan masa dan pemikiran.

    Terima kasih sekali lagi buat saudara. Saudara nak tulis sepanjang mana pun saya sudi membacanya, saudara bebas di blog ini.

    ReplyDelete
  24. salam hormat kpd tuan yg kami ingati,

    assalamualaikum warahmatullahi wb tuan,

    bahasa cerita, tulisan,
    yang bernama 'abdullah munsyi',

    ruj.(quote):
    "Demikianlah halnya sahaya semua duduk di dalam negeri Melayu, seperti duduk di dalam neraka".
    -abdullah munsyi (bernama)

    persoalan:
    apa itu neraka?

    persoalan tambahan:
    ruj.(quote):
    "seperti(1) duduk(2) di(3) dalam(4) neraka(5)". -abdullah munsyi (bernama)
    -tanya dahulu kepada yang ke (3) dan yang ke (5) sebelum ditanya yang (1),(2) & (4),
    di mana neraka?


    bermohon kami kepadaMu ampun dan maaf jikalau sudah terlebih bicara,
    (takut), segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  25. Wa alaikumussalam w.bt.
    sdr. taman taman ilmu.

    Terima kasih kerana singgah di blog ini menitipkan bicara kata.

    Sebenarnya kalau dibaca sepenuhnya catatan Abdullah Munsyi ini hanyalah kisah pelayaran dan pengalamannya belayar dan singgah di Pahang, Terengganu dan Kelantan pada tahun 1838. Dan latar belakang catatannya juga berasaskan zaman itu. Langsung tidak melibatkan rohani kerana dikatakan ketika itu, rakyat marhaen khususnya jahil dan tidak disebut pun tentang ibadah dan sebagainya.

    Makna pengkisahannya adalah berkenaan masyarakat dan kehidupan di Kelantan ketika itu khususnya di Kota Bharu, Kg. Laut dan Kg. Penambang.

    Semua persoalan tuan itu memang tidak dikupas dan diulas oleh Abdullah. Tapi mengikut fahaman saya ialah bagaimana sudah, perit/takut dan tidak bebas walau pun dengan harta dan anak pinak sendiri. Keadaan semasa itu ibarat semuanya menjadi hak raja yang mutlak hatta diri sendiri pun.

    Saya cadangkan perbincangan yang tuan ajukan itu, kita boleh sama-sama ke blog Pak Karamu dan blog Wak Jono yang kedua-dua blog tersebut ada di blog list saya.

    Terima kasih dan saya amat menghargai titipan tuan.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Saudara,

    Begitulah zaman dulu dulu. Siapa yang berkuasa dan berharta dialah yang 'kuat' dan 'kaut' segalanya.

    Bukan setakat Kerabat di raja sahaja. Saya sendiri tahu ramai yang teraniya oleh yang berharta walaupun saudara mara sendiri. Macam macam penganiyaan kepada yang tiada.

    Arwah Mak angkat saya sendiri, seorang janda miskin selalu dihina oleh adik beradik yang lain yang kaya raya. Semua kerja teruk teruk dia yang kena buat kalau ada kenduri kendara. Yang sakit dia kena bela, membasuh berbesen besen baju, mengosok pakaian dengan seterika arang pun dia..tak beri apa upah pun. Setakat beri kami makan sama sama mereka. Setahun sekali mereka belikan pakaian atau handsdown baju anak anak mereka pada saya.

    Saya apa lagi, buli bukan bukan perkataan yang sesuai.

    Bila saya fikir-fikirkan dan ingat apa yang mereka lakukan kepada kakak mereka yang miskin dan tak punya apa apa, saya terkata sendiri "Sungguh kejam mereka.."

    ReplyDelete
  27. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Membaca kisah puan di masa lampau membuatkan saya rasa sedih dan simpati. Jiwa cukup tidak suka dengan perkara-perkara begitu. Pada saya hamba Allah adalah sama tarafnya dan nilai kelebihan di sisi Allah adalah taqwanya.

    Sebenarnya di Kelantan pun lebih kurang sama juga. Seolah-olah ada kasta di dalam masyarakat. Jurang masih memisahkan antara miskin dan kaya.

    Tentang Raja-Raja sebenarnya masih tidak ada beza dari segi itu walau pun zaman berubah. Cuma tahap dan corak keangkuhan dan tuntutan taat setia berubah gaya mengikut peredaran zaman. Hakikatnya masih begitu. Kita tidak merasainya hanyalah kerana batasan Perlembagaan dan Undang-Undang. Tetapi mereka yang rapat dengan istana dan pekerja istana merasainya. Say banyak dapat maklumat dari mereka ini.

    ReplyDelete
  28. Sungguh menarik sekali kupasan dan ulasan serta komen di atas ni.. semuanya ada persoalan tentang sejauh manakah kebenarannya.

    Dalam buku Sejarah Melayu, terserlah kekuasaan seseorang raja dan pembesar Melayu satu ketika dulu. Pemilikan hasil mahsul negeri dan gundik hamba sahaya dah menjadi budaya kehidupan malah kemegahan golongan istana dan pembesar.

    Sebab itulah lahirnya istilah raja berkuasa mutlak..

    Hierarkipun dah terserlah di manakah kedudukan raja dan rakyat..

    p/s - seronok tengok ada golongan istana sekarang ni yang selalu turun padang bersama rakyat..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum tuan empunya blog.

    memang benar zaman dahulu byk sgt PBT nya dan ada Raja sendiri. Namun jika di ambil dari sudut teks berkenaan, memang benar mengagung2kan Sultan dan kerabatnya wajar ditegur. X suka tak bererti derhaka.

    dalam hal sebegini, siapa yg tidak marah kalo dibuat sperti begitu. memang benar kita skrg duduk dlm negera yg "panas" akibat ketaksuban dgn kuasa, wang dan segalanya oleh mereka yg punya kuasa.

    ReplyDelete
  30. Salam Tuan

    Seingat saya zaman dahulu kala siapa yang kuat, jahat dan tak berperikemanusian dialah yang akan menjadi raja...jadi kita fikir-fikirkan lah

    wassalam

    ReplyDelete
  31. Salam Rashid.

    Ya, uncle suka membaca komen-komen yang bernas dan memberikan tambahan pengetahuan.

    Memang begitulah keadaanya Raja-Raja dahulu. Kita sebenarnya sama-sama mengharapkan sekelian Raja/Sultan yang ada hari ini sedar yang mereka hidup di zaman millennium ini tertakluk dengan Perlembagaan Negeri dan Negara.

    Memang kita berbangga kerana ada segelintir kerabat yang turun ke padang bersama rakyat tanpa protokol. Yang tidak senangnya ialah, nak turun ke bawah tetapi penuh dengan protokol nak itu dan nak ini.

    ReplyDelete
  32. Wa alaikumussalam Shitsurei shimashita.

    Terima kasih di atas kunjungan tuan.

    Betul kata tuan itu, ketaksuban kuasa dan harta/wang ringgit merusakkan segala. Kepercayaan rakyat dan nama baik tertolak ketepi disebabkan ketaksuban di atas.

    Maka timbullah tanggapan tidak hiraukan aspirasi rakyat dan bertindak mengikut kata hati.

    ReplyDelete
  33. W'salam manns'gor.

    Memang begitulah keadaan zaman itu dan dari keturunan itulah juga siapa yang ada pada hari ini.

    Saya teringat kata-kata mendiang guru sejarah saya semasa di sekolah menengah rendah dulu "Kamu carilah di dalam buku sejarah yang ada, Raja manakah dari keturunan yang baik-baik"

    ReplyDelete
  34. salam hormat kpd tuan yg kami ingati lagi kami hormati,

    assalamualaikum warahmatullahi wb tuan,
    kami memohon idzin meminta lalu untuk sama-sama dibincang dan disepakati,

    'bahasa cerita', tulisan,
    yang bernama 'abdullah munsyi',

    ruj.(quote):
    "Demikianlah halnya sahaya semua duduk di dalam negeri Melayu, seperti duduk di dalam neraka".
    -abdullah munsyi (bernama)

    persoalan:
    apa itu neraka?

    persoalan tambahan:
    ruj.(quote):
    "seperti(1) duduk(2) di(3) dalam(4) neraka(5)". -abdullah munsyi (bernama)
    -tanya dahulu kepada yang ke (3) dan yang ke (5) sebelum ditanya yang (1),(2) & (4),
    di mana neraka?


    bermohon kami kepadaMu ampun dan maaf jikalau sudah terlebih bicara,
    (takut), segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah.

    insyaAllah

    ReplyDelete
  35. [url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]where to buy photoshop for, [url=http://firgonbares.net/]selling a software product[/url]
    [url=http://firgonbares.net/][/url] shop software trial software eshop
    purchasing oem software [url=http://firgonbares.net/]download adobe acrobat reader 9[/url] become a software reseller
    [url=http://firgonbares.net/]buy dreamweaver 2004[/url] convert quarkxpress to adobe illustrator
    [url=http://firgonbares.net/]sell software to the[/url] adobe photoshop cs3 for mac
    advantage software canada inc [url=http://firgonbares.net/]office 97 software[/b]

    ReplyDelete
  36. [url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]accounting office software, [url=http://sunkomutors.net/]serial number for adobe creative suite 3 master[/url]
    [url=http://sunkomutors.net/][/url] to buy educational software cheap autocad software
    teacher discount software [url=http://sunkomutors.net/]cheap microsoft office student[/url] microsoft surface software
    [url=http://sunkomutors.net/]software similar to adobe photoshop[/url] maths educational software
    [url=http://sunkomutors.net/]adobe photoshop cs4 for photographers[/url] software selling website
    can i buy macromedia flash [url=http://sunkomutors.net/]adobe software students[/b]

    ReplyDelete
  37. [url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]macromedia flash 4 software, [url=http://murudobaros.net/]buy cheap software oem[/url]
    [url=http://murudobaros.net/]discount software discount[/url] office 2007 enterprise hack Pro 10 Advanced Final
    teacher discount on software [url=http://murudobaros.net/]buy original microsoft software[/url] teachers educational software
    [url=http://murudobaros.net/]try before you buy software[/url] software product prices
    [url=http://murudobaros.net/]discounts for software[/url] education software store
    i buy adobe dreamweaver [url=http://murudobaros.net/]free software to sell[/b]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa