Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 2, 2009

Luahan

Jam 4.00 petang tadi terima pesanan ringkas dari Along yang menyatakan dia akan bertolak dengan kapal KD Pahang untuk membuat rondaan di sempadan Indon-Filipina selama seminggu. Saya membalas dengan ucapan selamat dan doa. Maknanya selama seminggulah saya dan isteri tidak dapat berhubung dengan Along. Bagaimana pun kami redo' Along pergi laksanakan tugas dan tanggung jawabnya kepada negara.

Saya terkenangkan kisah arwah Ayah dari keturunan yang lari dari Siam selepas kalah perang dan Arwah Tok Janggut yang juga ada kaitan jauh di sebelah Arwah Ibu saya. Akan sia-siakah perjuangan dan kematian mereka akhirnya? Persoalan ini timbul bila saya tengok politik negara kita cukup bercelaru. Bangsa kita Melayu sudah tidak boleh bersatu. Apakah kita juga akan hilang Petuanan? Apakah akan hilang sebuah kuasa di negara ini? Dan apakah kebebasan kita akan berkubur?

Sebelum terima SMS dari Along, pada jam 3.30 petang saya juga terima pesanan ringkas dari Adik menyatakan yang dia sudah selamat sampai ke rumah sewanya di Permatang Pauh dan kelas akan bermula esok. Saya bersyukur adik selamat sampai. Saya bimbang kerana Adik balik ke Penang drive bersendirian tanpa teman. Bimbang juga kalau-kalau berlaku apa-apa yang tidak baik diperjalanan. Apa pun alhamdulillah semuanya selamat. Sebenarnya saya sudah tanamkan keberanian di jiwa kedua-duanya dari Along dan Adik kecil lagi. Itulah sebabnya mereka berani tetapi sekrang saya pula yang bimbang. Takut mereka berani tanpa pertimbangan.

Kalau sebelum ini Along balik dan Adik juga balik, kekosongan dan kesunyian kami terisi. Sekarang Along sudah terbang ke Sabah. Tadi 2 February jam 11.40 pagi Adik bertolak balik ke Penang. Kesunyian menerpa kembali. Sebenarnya kami terpisah dengan anak-anak sejak tahun 2002 lagi. Dari saat itu kami menghabiskan masa untuk mengisi kekosongan dan kesunyian hanya dengan TV dan Komputer. Bila saya rasa terlalu boring saya keluar main domino dengan kawan-kawan dan isteri dengan program TV kegemaranya.

Sunyinya memang terasa. Kekadang saya terfikir kalau boleh mahukan kembali semasa zaman kanak-kanaknya menjadi teman bergurau dan berhibur. Keletah mereka semasa kecil selalu menjadi nostalgia. Begitu jugalah perasaan Ibu Bapa lain agaknya. Kesudahan dan pengakhiran hanyalah ke kubur jua.

38 comments:

  1. salam...

    tima kasih kerana berkunjung ke blog saya :)

    ReplyDelete
  2. salam tuan Mount....

    Semoga Along selamat menjalankan tugas negara dengan sebaik mungkin. Rasanya tuan seorang yg prihatin akan keluarga. syabas siapa lagi yg nak menjaga adik beradik kalau bukan kita sendiri. Syabas tuan. Mungkin minggu depan saya akan berangkat ke KK. Rasanya Kinabalu melambai kami untuk ke puncak. Tidakah tuan kembali merasa pengalaman itu??

    ReplyDelete
  3. Lagu gitulah Abe Din,ado anak masa kecik selalu ditimang-timang,bila mereka dah besar dan dah ada perjalanan hidup sendiri..hanya doa saja yang dapat dibekalkan utk keselamatan mereka..
    Saya pon dah ado anak kecil baru Tahun 2,tapi saya selalu bagi kebebasan utk dia bergaul dgn segenap lapisan umur,ini utk didik dia dari segi personel skill,komunikasi skill dan banyak lagi.
    Jiran-jiran suka bercakap dengan anak saya..baguslah supaya esok bila dah dewasa kelak,dia akan dapat menyesuaikan diri dgn keadaan,dan bukan keadaan yang akan menyesuaikan diri dgn kita..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Saudara,

    Saya terharu baca tulisan Saudara kali ini atas pertamanya Allahyarham Tok Janggut yang ada susur galur kekeluargaan Saudara dan Isteri.

    Memang, seperti yang saya juga fikirkan tentang pengorbanan dan jasa orang dulu dulu seperti Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela dan ramai lagi, jelas jauh terpesong benar pemimpin Melayu sekarang dari landasan Perjuangan dan Kepimpinan mereka.

    Terhakis kasih sayang pada Bangsa mereka sendiri.
    Semoga Bangsa kita terjaga dari buaian leka masing masing dan balik ke pangkal jalan, buang yang keruh ambil yang jernih.

    Orang Melayu bukan jumlah mereka di dunia ini beratus juta, kita kita cuma tak sampai pun 30 juta dan inilah Tanah air kita, kita tidak ada 'mother land".

    Saya juga turut dapat merasa bagaimana sunyinya Saudara berdua sekarang dengan Along dan Adiknya masing masing dengan tugas atau pembelajaran yang perlu dilaksanakan.

    Tapi bersyukurlah kerana berjauhannya antara ahli keluarga saudara atas perkara yang amat baik. Menjalankan tugas dan mencari Ilmu sebahagian dari Ibadah. Kita kena berkorban demi kebaikan anak anak kita. Sebagai ibubapa kita doakan tiap waktu yang terbaik buat mereka.

    Dari apa yang saya amati, InsyaAllah mereka berdua telah serba 'lengkap' saudara berdua asoh dan didik dengan sebaiknya dan dengan 'bekalan' doa, InsyaAllah mereka akan sentiasa Selamat.

    Satu dua hal yang mungkin tidak menyenangkan tu biasalah, biarlah mereka belajar. Erti kehidupan sebenarnya adalah mengenai apa yang kita lalui dan hadapi yang tidak diajar dalam buku buku teks atau ilmiah.

    Isilah kekosongan waktu sekarang dengan hobi hobi yang Saudara berdua minati dan mungkin boleh lebih melancung cuti cuti Malaysia!! Ha ha..enjoylah sebab nanti bila mereka dah balik dah 'settled' InsyaAllah bila tiba waktunya, berumahtangga sibuk pulak kena jaga cucu cucu. Terikat tak dapat pergi mana mana...

    ReplyDelete
  5. Salam Uncle,

    Itu yang dikatakan roda kehidupan, Keseronokan bermula dari zaman kanak ke zaman remaja, dewasa masuk alam perkahwinan hingga membesarkan anak2.

    Kemudian anak2 meningkat dewasa dan memulakan zaman berumahtangga, kalau tinggal bersama keluarga kira OK lagi, kalau ikut suami... apo nak di kato.

    Saya pun macam tulah agaknya 2 lelaki 3 perempuan, keletah masa kecil masih terbayang, pejam celik dah sekolah, lepas ni pelbagai lagi, tak terasa masa berlalu begitu pantas. Nanti tiba masanya akan rasa seperti yang uncle alami kini...

    ReplyDelete
  6. mountdweller,
    Biasalah tu.... Bila mereka dekat, kadang-kadang kita rasa bising tetapi bila mereka jauh kita rasa sunyi.

    ReplyDelete
  7. mountdweller,

    Saya dapat memahami erti kesunyian itu. Tahun ini anak tunggal saya duduk di asrama. Dia baru tingkatan satu.

    Kerana sekolahnya di Johor Bahru, saya dan isteri buat keputusan pindah ke Johor Bahru sementara dia habis sekolah.

    Pagi petang emaknya akan pusing kat sekolah itu. Kadang-kadang bukan dapat jumpa pun. Tapi emaknya kata dapat tengok bumbung sekolah pun jadilah, lepas rasa rindu.

    Ikutkan hati memang tidak mahu dia duduk di asrama tapi kerana memikirkan masa depannya terpaksa jugalah kami berkorban.

    ReplyDelete
  8. uncle...tabahnya uncle dan isteri...erisya tak sekuat itu rasanya...semoga Allah lindungi along sentiasa.

    sekarangpun, erisya dah rasa anak semakin membesar...lebih masa ngan kengkawan dsbnya. selalu teringatkan zaman baby mereka seolah baru semalam mereka dilahirkan! rindu nak dukung2 mereka :)

    ReplyDelete
  9. Tuan Mountdweller..

    Agaknya saya nanti pun rasa macam yang tuan rasa sekarang bila anak-anak dah keluar dari rumah. Sekarang ni pagi-pagi riuh rendah dengan anak yang nak ke sekolah..pagi-pagi lagi saya dah rasa penat.. Nanti bila anak-anak dah besar..tentu rindu pada situasi sekarang..

    ReplyDelete
  10. W'salam 13may.

    Sama-sama. Saya hulurkan tangan persahabatan.

    ReplyDelete
  11. W'salam kulatlapok.

    Semuga negara kita selamat dari segala ancaman. Yang agak terkilan sebuah pulau kita diserahkan kepada negara lain seolah-olah secara percuma.

    Selamat mendaki saudara kulat dan teman-teman semua. Hati-hatilah batu licin dalam keadaan berkabus sekarang.

    ReplyDelete
  12. Salam IndukYati.

    Memang itulah sebaiknya. Biarkan mereka bergaul dan berkomunikasi semoga dia akan cepat dewasa dan berkembang dari segi pemikiranya.

    Itulah bila di imbau kembali rasanya mereka terlalu cepat dewasa.

    ReplyDelete
  13. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Alangkah kuat dan kukuhnya kita seandainya bangsa kita boleh bersatu berpaksikan Islam dan sama-sama berpegang pada Tali Allah. Kekadang saya terfikir adakah kerana politik kepartian menyebabkan kita berpecah atau kerana fahaman terhadap agama yang berbeza?

    Dalam bab anak-anak, rasanya tidak ada apa boleh dibuat. Mereka akan mengikut cara kehidupan dan hala tuju masing-masing nanti. Cuma satu doa saya semuga mereka tetap teguh dengan iman dan berjasa untuk negara.

    ReplyDelete
  14. w'salam Isa,

    Uncle sedar hakikat itu. Dilahirkan, zaman kanak-kanak, membesar, dewasa dan memilih jalan kehidupan masing-masing. Putaran roda kehidupan.

    Amanah bertukar tangan. Allah amanahkan Ibu Bapa kita untuk menjaga kita dan kita pula diamanahkan untuk menjaga anak kita dan anak kita pula diamanahkan menjaga anaknya pula.

    ReplyDelete
  15. Salam TOTANG.
    "Bila mereka dekat, kadang-kadang kita rasa bising tetapi bila mereka jauh kita rasa sunyi" Kata-kata saudara memang hakikat yang tidak boleh ditolak.

    ReplyDelete
  16. Salam sdr. abdrahim kassim.

    Hingga begitu sekali pengorbanan saudara dan isteri untuk anak. Tahniah saudara.

    Tapi kekadang terfikir juga apakah perasaan mereka juga begitu.

    ReplyDelete
  17. Salam erisya.

    Percayalah, Allah menduga sepadan dengan yang menerima dugaan. Oleh itu rasanya esrisya tidak perlu risau sangat. Uncle pun macam tu juga. Pada mulanya memang tidak terasa sangat, tapi lama kelamaan terasa semakin kosong.

    Apa pun uncle rela menerimanya dengan redho'

    ReplyDelete
  18. Salam uncle,
    Saya dapat rasakan kesunyian ibu di kampung..

    ReplyDelete
  19. Puan Tirana,

    Memang itulah nanti keadaan yang puan akan tempuhi. Tapi jangan risau kita akan boleh menyesuaikan diri walau sekali sekala terkenangkan masa lalu.

    ReplyDelete
  20. W'salam Galuh.

    Memang begitulah perasaan ayah dan bonda tika berjauhan dengan anak-anak. Doa mereka tetap diiringi untuk kita.

    ReplyDelete
  21. salam uncle, saya doakan uncle dan famili sentiasa dilindungi Allah.. insya Allah, along dan adik akan sentiasa dalam lindungan Allah jua.. doa dari ayah dan ibu amat penting untuk anak2.. kalaulah kita ni berjiran, boleh saya pinjamkan anak saya pada uncle.. hehe..

    ReplyDelete
  22. mmg sedih.
    tapi nak buat camne
    perjalanan hidup mmg bergitu

    ReplyDelete
  23. W'salam nurdaniella.

    Terima kasih. Memang kalau kita berjiran ok juga. Kalau boring boleh juga main dengan budak-budak

    ReplyDelete
  24. Salam hanis.

    Ya begitulah hanis. Cuma harap-harap anak-anak pandai bawa diri.

    ReplyDelete
  25. saya selalu terfikir, akan ada suatu masa kelak, saya akan keseorangan, sebagaimana ketika saya dilahirkan, "sebermula bermula"... sedih jugak bila difikir2 ni, saya ada puisikan ini, sila lihat kat sini...
    http://jamilahyangayu.blogspot.com/2008/11/semua-coretan-adalah-hakmilik-mak-su.html

    nak sambung cerita lembaga, saya tak pandai menceritakan pengalaman, tapi bila dilihat sendiri dengan mata kasar, luahan saya terhasil di sini,
    http://jamilahyangayu.blogspot.com/2009/02/posting-lama.html

    sila lah melawat :)

    ReplyDelete
  26. Mak Su.

    Terima kasih. Saya akan ke sana.

    ReplyDelete
  27. Macam ni la jugak mungkin mami n abah Qaseh rasa bila Qaseh n kakak terpaksa pulang ke tempat masing2 lepas bercuti kat kg..Sabar je la uncle..

    ReplyDelete
  28. salam uncle,
    Kesunyian pasti membawa kepada perasaan rindu.

    Apa-apapun saya doakan uncle sentiasa beroleh ketenangan dan kekuatan.. dan auranya sebenarnya dah terserlah pada anak-anak uncle tu. Mereka tu nampak kuat dan kental semangatnya..

    ReplyDelete
  29. Qaseh,

    Ya, semestinya perasaan begitu yang mengiringi anak-anaknya pergi. Kami tetap sabar dengan keadaan.

    ReplyDelete
  30. W'salam Rashid.

    Ya Rashid, sayang dan rindu sentiasa bermain di hati. Kekadang tu macam-macam perkara terlintas di perasaan.

    Terima kasih Rashid, di atas doa rashid.

    ReplyDelete
  31. Salam,

    Insya Allah mountdweller, anak tuan akan selamat kita sama-sama do'akan mereka ,dan insya Allag saya juga tolong do'akan

    ReplyDelete
  32. singamaraja,

    Terima kasih di atas kunjungan dan doa tuan. Semuga Allah merahmati tuan.

    ReplyDelete
  33. Tuan kesunyian... memberi waktu pada kita untuk merenungi saat-saat indah...

    ReplyDelete
  34. Dulu masa bujang, sunyi kalau bini tak der.

    Sekarang dah kawin, sunyi kalau anak tak der.

    Alamak ... kita senasib nampaknya.

    Kerana tu saya selalu cakap dengan si bongsu. "Adik tak payah besar la. Biar la adik kecik macam sekarang."

    Anak yang bongsu ketawa, mungkin dalam kepalanya .. "bapak aku ni waras ke?"

    Ishk serba salah ... Isteri saya dah train bela kucing. Kekadang tu kelakar tengok dia cakap dengan kucing.

    Kalau bini dah cakap dengan kucing, suami nak cakap dengan sapa? Dalam kepala ada pikir nak cari orang gaji. Bini kata "Abang jangan ngada ngada !!!" ...

    Pulak !!!
    Ishk ... memang pening.

    ReplyDelete
  35. sakurasa 2,

    Ya itulah yang berlaku dan dihadapi sekarang. Terasa biar budak-budak kecil kembali!

    ReplyDelete
  36. Salam raden.

    Begitulah nampaknya hidup kita. Tidak pernah puas dengan apa yang ada.

    Nasib baik juga bini tak suka kucing, kalau tidak rumah ni hidung ni akan disumbat dengan bau kucing. Saya memang tidak suka kucing.

    Dulu ada juga cucu saudara datang dan tidur di sini tapi sekarang semuanya sudah bersekolah. Hari minggu pula sebuk dengan kerja sekolah. Jadi tak adalah budak-budak lagi di rumah ini.

    Nampak kita sama-sama macamlah Pak raden, Pak Raden masih ada lagi yang bungsu. Ok lagilah.

    Dalam hal-hal begini saya teringat kata-kata TKP saya semasa bersembang di kantin. Dia kata kalau anak ramai, biar ada sorang yang kurang berjaya, bolehlah duduk ngan kita semasa semua orang sudah tak ada di sisi keluarga. Betul juga kan?

    ReplyDelete
  37. Semoga Allah selamatkan anak tuan. seperti yang tuan risaukan saya juga sering bertanya kepada diri saya esok masih adakah lagi tempat bagi orang Melayu.Bagaimana nasib anak cucu cicit kita masih dapatkah mereka merasai keamanan dan kemewahan seperti yng kita kecapi baru 3 dekad ini. Apakah esok anak cucu cicit kita kan menjadai seperti pelarian Kemboja. Gugurnya satu kerajaan Melayu Champa maka tak mustahil gugurnya kerajaan Melayu yang ada pada hari ini. Adakalanya saya menitiskan airmata melihatkan kemurukan dan kepincangan orang kita. Apakah esok kita akan diusir seperti nasib saudara kita di Palestin.Hati menangis siapa tahu. ,

    ReplyDelete
  38. Salam sdr. fital.

    Terima kasih di atas doa tuan.

    Sebenarnya saya juga hampir menangis dan berdiri bulu roma bila terkenangkan nasib orang kita, nasib negara kita dan gelagat pemimpin kita. Adakah di suatu hari nanti kita juga akan bertempur sebagaiman palestin dan Filipina?

    Mohon belas kesihan Allah, janganlah terjadi kepada kita.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa