Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 6, 2017

Cubaan rogol silap sasaran: 2 perogol patah tengkok dikerjakan mangsa. Tapi......

* Tapi kalau diambil iktibar satu kes di Perak, mangsa yang mempertahankan diri pula yang kena!

SUNDAY, 5 MARCH 2017

KANTOI...Silap cubaan merogol, 2 individu koma setelah lehernya patah diserang mangsa bekas Karate Sabah

Silap cubaan merogol,2 individu PTI koma setelah lehernya patah diserang mangsa bekas Karate Sabah

Kota Kinabalu ; Kejadian yang berlaku jam 11.40pm pada malam 4.march.2017 semalam,Seorang mangsa yang dikenali sebagai Alice Lien Hua(20) tekad berani mati menyerang 2 (lelaki) individu yang bersenjatakan pisau dipercayai hendak meragut dan merogolnya.
Selepas kejadian itu berlaku,mangsa terus menghubungi seorang rakannya yang bertugas sebagai Criminal investigation department dikawasan Inanam sambil menceritakan kepada kami.

Sebelum kejadian itu mangsa mengatakan dia yang hendak pulang ke rumahnya memandu seorang diri dari rumah saudaranya di penampang, setiba sampai di jalan putatan berdekatan sungai petagas mangsa(alice) memberhentikan kenderaannya di tepi jalan itu kerana merasakan dia diekori 2 individu yang menunggang sebuah motor semasa dari bandar putatan.

Setelah dia berhenti sebentar (di tempat kejadian) untuk bertujuan memberi laluan kepada 2 individu yang seolah-olah mengekorinya dari belakaang sebelum meneruskan perjalanan, namun ternyata 2individu itu turut berhenti di hadapan kenderaanya dan terus menyuruh membuka cermin kereta.

Semasa Alice(mangsa) menceritakan pada kami pada masa itu,dia langsung tidak merasah takut bila 2 orang itu memaksa saya membuka cermin,malahan dia terus keluar dari kenderaanya untuk bertanya apa mereka mahu,lalu seorang individu yang mempunya pisau di sebelah tangannya meminta duit namun alice berkata 'tiada' dan lelaki itu terus menarik tangan mangsa(alice) seolah-olah dia dibawah kearah semak gelap,lalu seorang lagi individu itu terus meluluh masuk kedalam kenderaan mangsa(Alice) untuk mengambil beg nya.

Dari itu terjadinya pergelutan sehingga 2 individu itu koma di tempat kejadian,sejurus selepas kejadian ada beberapa orang awam dan kenderaan berhenti, mangsa mengatakan tiada mengalami apa-apa kecedraan cuma terekena 1 tumbukan yang tidak seberapa kuat di bahagian atas keningnya.

Ada seorang mengatakan 2 individu itu adalah penagih dadah di kawasan petagas kota kinabalu.

Setelah 3 anggota c.i.d sampai ke tempat kejadian itu mereka mengesahkan identiti saspek itu adalah pendatang asing dan tidak mempunyayi dokumen identiti yang sah.

2 saspek yang masih dalam keadaan koma pada waktu itu dibawah ke KPJ luyang dalam tahanan penyiasatan manakala mangsa(alice) dibawah ke pejabat polis kota kinabalu bagi membuat laporan penuh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa