Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, March 20, 2017

Mampukah Dr M melepasi saringan Karpal Singh?

  | March 19, 2017
Apakah DAP akan bekerjasama dengan Dr Mahathir sekiranya Karpal masih hidup?
KOMEN
18 Mei 2016:
“Bekerjasama dengan Tun Mahathir akan menghakis keyakinan awam terhadap pembangkang. Pada pendapat saya, beliau ialah orang terakhir yang kita patut mengadakan kerjasama…”
Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, memberi amaran mengenai bahayanya bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
10 Feb 2017:
“Saya mendapati sangat pelik apabila Zaid sebagai ahli DAP memilih untuk membuat pengumuman tersebut tanpa berbincang dengan pemimpin parti. Dia patutnya lebih tahu.”
Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, membidas ahli DAP yang baru Datuk Zaid Ibrahim kerana menamakan Dr Mahathir sebagai ketua pembangkang.
18 Feb 2017:
“Rakyat perlu diyakinkan bahawa pakatan pembangkang bukan hanya untuk mencapai matlamat jangka pendek tetapi dilihat terus kekal dan mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik. Kita harus jelas dalam apa yang kita mahukan dan apa hala tuju yang akan diambil sebelum PRU-14 bermula. Tanpa itu, cadangan mewujudkan satu logo malah pakatan pembangkang itu sendiri akan kehilangan tarikan­nya kerana rakyat mera­gui kemampuan kita da­lam jangka masa panjang.”
Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, membidas cadangan Dr Mahathir agar pembangkang bertanding menggunakan logo yang sama.
Umum mengetahui, Ramkarpal dan Gobind adalah anak kepada bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh.
Susah dinafikan hubungan DAP dengan Dr Mahathir, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedikit sebanyak melahirkan ketegangan di dalam DAP.
Selain komen Ramkarpal dan Gobind yang bernada negatif terhadap Dr Mahathir, DAP juga berdepan dengan letupan yang dilakukan oleh bekas wakil DAP daripada Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind dan juga pemberontakan di DAP Melaka.
Shamster, seorang pensyarah kriminologi dan undang-undang, mendakwa beliau disokong majoriti ahli ketika melancarkan kritikan terhadap DAP di konvesyen parti atas isu kerjasama dengan Dr Mahathir. Shamster mengisytiharkan keluar parti 2 minggu selepas itu atas alasan hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.
Susulan letupan Shamster, DAP bergoyah sekali lagi apabila 4 wakil rakyatnya di Melaka pula keluar parti.
“Alasan mereka keluar parti adalah kerana tidak bersetuju DAP berkerjasama dengan PPBM dan Tun Dr Mahathir (Mohamad), namun itu hanya alasan mereka sahaja,” kata ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP Liew Chin Tong.
Kenyataan Liew itu sedikit sebanyak mengesahkan wujudnya pergolakan dalaman di dalam DAP akibat persahabatan dengan Dr Mahathir.
DAP dulu dan kini
Melihat komen daripada anak Karpal dan juga letupan Shamster dan DAP Melaka, rakyat sudah pasti tertanya-tanya – jika Karpal masih ada – apakah semua ini akan berlaku dan berpeluangkah Dr Mahathir untuk mendekati DAP?
Perlu diingat, pada 2012, Karpal pernah mencabar Dr Mahathir untuk mengisytiharkan harta yang dikumpul keluarganya sebelum beliau bersara di 2003.
“Mereka (anak Dr Mahathir) adalah jutawan dan ketika beliau menjadi PM, beliau memastikan mereka diletakkan di tempat yang betul, di konteks yang betul. Beliau sendiri ialah jutawan,” Karpal dilaporkan mencabar Dr Mahathir yang mendakwa budaya nepotism di dalam pembangkang semakin menjadi-jadi.
Dengan ketegasan Karpal yang dikenali umum, rakyat tertanya-tanya apakah Dr Mahathir akan dibiarkan bekerjasama dengan DAP tanpa perlu membuat deklarasi harta terhadap keluarganya sekiranya beliau masih ada?
Tuntuan itu sekurang-kurangnya dapat membuktikan kejujuran Dr Mahathir dalam membendung masalah rasuah di dalam negara dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Pendek kata, mampukah Dr Mahathir melepasi saringan DAP jika Karpal masih ada?
Apakah ada perbezaan ketara di antara DAP di bawah pimpinan Karpal berbanding DAP yang ada pada hari ini selepas ketiadaan beliau terutama daripada sudut mengadakan kerjasama dengan Dr Mahathir?
Semua ini akan terjawab apabila pendirian DAP terhadap cadangan Dr Mahathir agar Pakatan Harapan diubah nama dan juga menggunakan satu logo bersama untuk bertanding di pilihan raya umum ke 14 nanti diketahui umum.

1 comment:

  1. Kah Kah Kah...... yang pastinya Dr M dah lulus saringan pejuang2 reforbasi spt admin,PKR dan khadam2 DAP...... Kah Kah Kah... Melayu mudah lupa no!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa