Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, March 19, 2017

Lidah siapa yang boleh dipercayai ni?

Rundingan Pas-Bersatu: Hadi, Mohd Amar senada, Tuan Ibrahim berbeza
18 Mac 2017 | MALAYSIA DATELINE
Pas-Bersatu

Rundingan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berakhir sebaik sahaja parti itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan, tegas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pendirian Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Secara rasmi tiada kerjasama, kalau itulah rasminya Bersatu (menyertai Pakatan Harapan)," katanya seperti dipetik portal Sinar Harian pada sidang medianya selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.

Abdul Hadi dalam sidang media selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di Cyberjaya hari ini berkata demikian mengulas mengenai status kerjasama Pas dengan Bersatu selepas parti baharu itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan 14 Mac lalu.

Kenyataan Abdul Hadi ini dilihat senada dengan naib presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 15 Mac lalu.

Mohd Amar seperti dilaporkan media berkata, Pas menganggap mereka tidak lagi mempunyai hubungan dengan Bersatu ekoran keputusan parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan.

Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, Pas juga tidak lagi berminat berada sepentas dengan Bersatu

“Ini kerana Pas sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam kelihatan mempunyai pandangan berbeza apabila beliau mengatakan kenyataan Mohd Amar itu adalah bersifat peribadi, bukan pendirian rasmi parti.

Beliau berkata semalam, Pas belum membuat keputusan rasmi berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu.

"Pas akan mengadakan mesyuarat parti yang bakal diadakan pada April depan sebelum muktamar bermula," katanya.

Sebagaimana Tuan Ibrahim, naib presiden Pas Idris Ahmad juga nampaknya mahu mengekalkan rundingan dengan Bersatu.

Beliau bersama dengan Tuan Ibrahim akan berceramah bersama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Gantang sehari dua ini.

3 comments:

  1. pelacur pon ada maruah. dah x laku tak sape nak dia cari port lain. takkan nak terhegeh juga tunjok muka kerepot? pelacur politik yang menyedehkan.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya ada yg nak kena cai lg!

    ReplyDelete
  3. Sapa lah TITM pada pandangan Abuya Hj Hadi.tak ada langsung karektor nk gugat Kedudukan Abuya Hadi ibarat TITM ni bercakap dengan PATUNG YANG DIHIAS BAJU CANTIK jer

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa