Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 27, 2017

Berita baik: Majlis Presiden setuju nama Pakatan Harapan didaftarkan dan satu logo serta manifesto bersama

Majlis Presiden setuju nama Pakatan Harapan didaftarkan dengan RoS
27 Mac 2017 | MALAYSIA DATELINE
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan bahawa gabungan itu akan didaftarkan dengan RoS dengan nama Pakatan Harapan. Gambar Malaysiakini

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mencapai kata sepakat untuk mendafatarkan Pakatan Harapan secara rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu mengumumkan, nama Pakatan Harapan akan dikekalkan dalam permohonan itu.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat di bangunan Parlimen, petang tadi dengan penyertaan semua pemimpin dari ke empat parti itu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Mohamad sendiri.

Datuk Seri Mohamad Azmin Ali kelihatan mewakili PKR dalam mesyuarat itu di samping pemimpin PKR yang lain. Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail masuk ke hospital hari ini dan tidak boleh menyertai mesyuarat. Datuk Seri Anwar dibenarkan penjara untuk menziarahi isterinya di KBMC, Kampung Baru.

“Keputusan daripada mesyuarat hari ini ialah kami akan mendaftarkan Pakatan Harapan di mana 18 orang pimpinan tertinggi namanya akan dimasukkan.

“Itu keputusan yang kita buat hari ini,” kata Mohamad dalam sidang media di pejabat Ketua Pembangkang Malaysia, di bangunan Parlimen.

Beliau berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju supaya satu logo dan manifesto bersama digunakan pada pilihan raya akan datang.

* Kaitan: Tiada siapa lebih besar dalam Pakatan Harapan - Anthony Loke

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa