Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, March 28, 2017

Lagi berita memalukan.......

Wanita maklumkan Kedutaan Thailand serangan seksual tidak berlaku
Mac 27, 2017 22:42 MYT
Wanita maklumkan Kedutaan Thailand serangan seksual tidak berlaku
Sebelum ini, wanita berusia 32 tahun itu mendakwa seorang pegawai Imigresen di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo merogolnya ketika pegawai tersebut mencatat keterangannya pada 9 Mac lepas. - Gambar hiasan
BANGKOK: Seorang wanita Thailand yang mendakwa dirogol seorang pegawai Imigresen Malaysia di Melaka, memberitahu wakil Kedutaan Diraja Thailand di Malaysia yang menemuinya, insiden itu tidak berlaku.

Menurut Kementerian Luar Thailand, wanita itu menafikan berlakunya serangan seksual seperti yang didakwa serta dakwaan menggunakan bilik berasingan untuk mengambil keterangan.

"Kedutaan Diraja Thailand (di Malaysia) dimaklumkan oleh wanita itu bahawa tidak berlaku serangan seksual serta soal siasat tertutup di bilik berasingan seperti yang dilaporkan," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pegawai daripada kedutaan itu melawat wanita tersebut pada 23 Mac lepas.

Kementerian itu berkata wanita berkenaan dan tiga rakan senegaranya telah dipindahkan ke pusat perlindungan wanita di Johor mengikut perintah yang dikeluarkan mahkamah di bawah undang-undang anti pemerdagangan manusia di Malaysia.

Sebelum ini, wanita berusia 32 tahun itu mendakwa seorang pegawai Imigresen di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo merogolnya ketika pegawai tersebut mencatat keterangannya pada 9 Mac lepas.

Berikutan dakwaan itu yang dilaporkan di media Malaysia, polis Melaka menahan pegawai Imigresen tersebut di pejabatnya Jumaat lepas dan direman tiga hari.

Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ruslan Hassan berkata polis menahan suspek berusia 31 tahun itu di pejabat Imigresen Melaka. -- Bernama

* Kenapa maruah dijadikan bahan fitnah?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa