Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 30, 2017

Putus hubungan dengan PKR: PAS Selangor yang demam nanti.......

Pas tak berani putus hubungan dengan PKR
ATIRAH HASLI - 30 MAC 2017
SHAH ALAM - Pas tidak mungkin berani membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR pada Muktamar Pas April depan.

Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat mendakwa, keputusan itu tidak akan dicapai meskipun banyak usul berkenaan diluluskan di Pulau Pinang dan Terengganu.

"Isu utama adalah kuasa di Selangor. Hidup dalam keadaan ada kuasa. Dapat pelbagai kemudahan.

"Gaji puluhan ribu. Tiba-tiba nak putus. Hampir mustahil Pas nak putuskan hubungan dengan PKR," katanya dalam satu kenyataan.


Terbaharu, empat kawasan Pas di Terengganu yang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Pesuruhjaya PasTerengganu, Satiful Bahri Mamat berkata empat kawasan itu termasuk  Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

4 comments:

  1. Exco PAS ada 3 orang? Apa kata pecat seorang? Selain tu pecat beberapa orang PAS dalam Majlis Perbandaran dan lantikan politik. Alasan, inilah kesan jika PAS putus hubungan dengan PKR. Biar exco yang dipecat menyumpah seranah ahli PAS yang cadang putus hubungan. Untuk2 mereka berakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun satu idea yang bagus untuk mencuba keberanian dan ketegasan presiden dan pemimpin tertinggi PAS yang sentiasa beradu domba dengan kerjasama PKR dengan DAP,Amanah dan Bersatu dan kemungkinan juga parti pembangkang yang berada disabah serawak

      Delete
  2. Itu menunjukkan dalaman PAS sendiri telah menguji ketegasan dan cakap presiden dan pemimpin tertinggi mereka yang sentiasa tidak ada harga diri untuk membuat keputusan dalam perhimpunan muktamar di Kedah nanti,sudah jelas dan kita berani bersumpah wasatiah pun yang PAS selangor khasnya dan PAS pusat amnya tidak akan berani bawa usul keluar dari pakatan dengan PKR di Selangor atau pun keseluruhan pakatan dengan PKR yang setakat PAS dapat manfaat dari bersama dengan PKR selangor padahal presiden sendiri dan pemimpin atasan mereka sentiasa melaung dan menyalak yang mereka tidak akan berkersama dengan parti yang berkerjasama dengan DAP dan Amanah sekarang kita lihat siapa yang pembohong dan munafik.

    ReplyDelete
  3. PAS parti bangang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa