Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 4, 2017

Eh.....sape yang cakap bohong ni?

Shafie: Saya pernah tolak tawaran jadi KM
Geraldine Tong    Hari ini, 1:34 tengahari
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi ketua menteri Sabah dan beliau pernah menolak tawaran itu dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau akan bertanding di kerusi negeri jika beliau mahu menjadi ketua menteri Sabah, dan bukan di kerusi parlimen.

"Siapa pernah dengar seorang ketua menteri bertanding di kerusi Parlimen?" tanya beliau.

Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah menegaskan demikian di satu majlis parti itu di Sabah hari ini.

Semalam Najib berkata, seorang bekas menteri persekutuan, yang kini mengetuai sebuah parti pembangkang, telah meminta jawatan ketua menteri Sabah.

Najib menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri itu.

Walaupun beliau tidak menyebut nama, tapi Najib dipercayai merujuk kepada Shafie.

2 comments:

  1. Jibby nyanyuk sudah.

    ReplyDelete
  2. Jibby dah tersedak.. sama ada tersedak dedak atau atau tak boleh nafas kerana di hempap badak..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa