Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, March 3, 2017

Skandal RM47.6 juta Felda: Bolehkah Isa cuci tangan?

Skandal RM47.6 juta Felda: Isa Samad juga perlu disiasat
02 Mac 2017 | MALAYSIA DATELINE
Isa Samad

Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad perlu disiasat ekoran dakwaan rasuah dua pegawai kanan Felda membabitkan kes pecah amanah RM47.6 juta.
Pengerusi Biro Parlimen Felda DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri berkata, dakwaan salah laku itu berlaku semasa tempoh perkhidmatan Isa sebagai pengerusi Felda.
"Tan Sri Isa Samad perlu pikul tanggungjawab ke atas pertuduhan pecah amanah dua pegawainya.
"Pertuduhan salah laku ini terjadi ketika dibawah jagaan beliau. Malah pegawai-pegawai yang dituduh dilihat sebagai pilihan Tan Sri Isa.
"Maka SPRM mesti siasat adakah salah laku ini berlaku dengan pengetahuan Tan Sri Isa," tegas Ahli Parlimen Raub itu kepada Roketkini.
Siasatan juga, tambah beliau untuk memastikan sama ada Isa lalai berfungsi sebagai pemimpin Felda dan Felda Global Ventures (FGV).
Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan timbalannya Muhammad Sufi Mahbub menghadapi tuduhan pecah amanah dan bersubahat bagi kesalahan yang dilakukan pada tahun 2014 di Bangunan Wisma Felda Kuala Lumpur melibatkan kelulusan projek penternakan ikan Sturgeon.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam dan sebutan semula kes akan dibuat pada 27 April 2017.

2 comments:

  1. .

    .
    Jesus Somado [ isa samad bila berinteraksi di

    Eropah] baru

    Ada oomph. pandu pula Maserati Sports , wah lagi

    lah glemer.

    Nampak bagaikan Doraemon di dalam kereta merah

    lagi gah

    takpe. Ada stail, bah.


    Dolu di Malaysia Airline pun fenomena mat exec

    pandu Porshe panamera-tanda tanda

    kompeni nak bangkrup!


    Nih Jesus Somada mungkin dah kumpul banyak uang.

    kompeni bangkrup lain cerita beb!


    dah macai macai FGV dah kena tangkap. nampaknya

    Jesus selamatlah.


    Saya nih jeles Jesus pandu Maserati Sport. Al

    ustado ada yang guna Audi Q7 .

    Ada ssosok lain pandu Porshe. Ini

    ke gaya Mat mat nak mengejar ke Sorga!


    Johnny Arip Sabronee pandu kereta apa pulak?

    Saja tanya. Jangan Marah.

    .
    .
    .
    KKK
    .
    .
    .

    ReplyDelete
  2. Klu isa samad buat semua ini di China, dah kena firing squad. Tapi oleh krn dia buat taik di malaysia darul risywah maka selamatlah dia....buat sementara

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa