Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, June 27, 2017

Apa masalah agama Zaid ni?

Zaid bidas juruterbang minta penumpang berdoa
mk   -   26 Jun 2017, 4:25 petang
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Mentri, Datuk Zaid Ibrahim membidas tindakan seorang juruterbang AirAsia yang meminta penumpang pesawat penerbangan Perth-Kuala Lumpur yang mengalami masalah teknikal supaya berdoa.

Dalam catatan di Twitter berhubung masalah yang melanda pesawat AirAsia Airbus A330 semalam, Zaib berkata syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya.

"Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth menghadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.
"Juruterbang seharusnya memberi harapan, dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang.

“Sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama; lantik imam dan paderi yang betul," tulisnya.
Pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur, semalam terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal.

Laporan AFP yang memetik seorang penumpang sebagai berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh.

Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata, kerosakan terbabit disedari juruterbang pesawat berkenaan dan memutuskan untuk berpatah balik ke Perth.

Selepas penerbangan 90 minit, pesawat itu mendarat dengan selamat di Perth.

Menurut laporan berita ABC di Australia, seorang penumpang mendakwa juruterbang meminta mereka berdoa ketika dalam perjalanan pulang ke Perth.

Ini adalah kali kedua membabitkan pesawat Airbus A330 di Australia bulan ini, selepas sebuah pesawat milik China Eastern membuat pendaratan cemas di Sydney. Ia susulan penemuan sebuah lubang besar pada penutup enjin pesawat terbabit.

Sementara itu, AirAsia X dalam satu kenyataan berkata syarikat berkenaan sedang menyiasat punca kejadian Ahad lalu.

"Kami sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian itu bersama-sama dengan pengilang enjin kami, Rolls-Royce. Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan.

"Kami ingin menekankan bahawa Kumpulan AirAsia sentiasa mematuhi program penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar enjin kami. Kami juga telah mematuhi semua peraturan dan keperluan seperti yang ditetapkan oleh setiap negara di mana syarikat penerbangan kami beroperasi, termasuk di Australia.

"Keselamatan penumpang dan krew sangat penting bagi kami," kata AirAsia X .

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa