Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 23, 2017

Syed Hamid macam tak setuju jer?

Syed Hamid terkejut Isa dilantik gantikannya
22 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Syed Hamid Albar

Tan Sri Syed Hamid Albar menganggap pelantikan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengejutkannya.

Beliau yang telah bersara daripada jawatan Pengerusi SPAD bermula 3 Jun lalu, percaya keputusan dibuat kerajaan itu akan mencetuskan satu lagi isu kontroversi terbaru.

"Saya rasa terkejut, sama seperti apa yang dirasai oleh semua rakyat," kata Syed Hamid kepada Sin Chew Daily seperti dilapor Sinar Harian.

Bagaimana pun, kata Syed Hamid, kuasa melantik Mohd Isa adalah terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau percaya perdana menteri telah memikir sedalam-dalamnya sebelum mengumumkan pelantikan tersebut.

"Perdana menteri adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih daripada 40 tahun dan sudah memegang jawatan perdana menteri selama tujuh tahun. Beliau tentu yakin Isa adalah calon yang sesuai," jelas Syed Hamid.

Beliau tidak ingin mengulas lanjut sama ada pelantikan Mohd Isa itu tepat atau tidak namun mendoakan beliau agar dapat menjalankan tugas dengan baik.

Ditanya mengenai harapan terhadap Isa, Syed Hamid berkata, beliau sukar memberikan jawapan tepat kerana Mohd Isa masih belum memulakan tugasnya.

"Bagaimana pun SPAD telah mengeluarkan kenyataan dengan menyambut baik pelantikan beliau. Saya harap Mohd Isa dapat memimpin SPAD dengan lebih baik kerana SPAD telah mempunyai nama yang baik di peringkat antarabangsa," kata Syed Hamid lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa