Monday, June 5, 2017

Minta hentikan hidangan alkohol di dalam penerbangan dikatakan mengarut?

Pemuda Pas keliru dengan pendirian MAS
SITI FATIHAH AWANG 4 JUN 2017
Gambar Hiasan. - Foto sumber Internet

KOTA BHARU - Pemuda Pas keliru dengan pertimbangan yang perlu dibuat pihak sistem penerbangan Malaysia (MAS) untuk menghentikan hidangan arak dalam penerbangan syarikat itu.

Naib Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, adakah MAS perlu menunggu berlakunya satu insiden besar sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

“Saya tertanya, berapakah bilangan insiden yang diperlukan untuk MAS boleh membuat pertimbangan untuk menghentikan hidangan arak?

[ARTIKEL BERKAITAN:  Henti sajikan arak atas faktor keselamatan jika...]

“Atau kita mahu menunggu sehingga sebuah kapal terbang jatuh menjunam di hadapan mata akibat penumpang mabuk barulah mahu sedar keperluan menghentikan hidangan arak?," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Hamzah Rahmat yang menganggap permintaan Pemuda Pas untuk menghentikan penyediaan arak sebagai mengarut.

Ahmad Fadhli berkata, Hamzah seharusnya melihat perkara tersebut daripada pelbagai aspek, terutamanya kesan dan akibat kepada mereka yang mabuk itu kepada anak kapal dan penumpang lain.

Presiden Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebelum ini berharap agar insiden yang menimpa insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128 diambil iktibar.

Beliau berkata demikian susulan insiden pesawat itu yang dalam penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik dipercayai akibat tindakan seorang lelaki yang mendakwa memiliki bahan letupan dan mengugut untuk meletupkan pesawat tersebut.

Memetik laporan sebuah portal, penumpang MAS dikatakan tidak dapat lagi menikmati minum beralkohol dalam penerbangan pendek kurang daripada tiga jam selepas akur kepada 'pilihan majoriti penumpang' sejak 1 Januari 2016.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa