Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 5, 2017

Lari pun akhirnya dicekup juga!

Lelaki maki, siku anggota polis sebelum larikan diri
Thursday June 1, 2017
12:12 PM GMT+8
Seorang lelaki ditahan selepas memaki dan menyiku anggota polis, kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Muhamad Roy Suhaimi Sarif. ― Paparan skrin Google

KUALA LUMPUR, 1 Jun ― Seorang lelaki ditahan selepas memaki dan bertindak agresif menyiku muka seorang anggota polis ketika pemeriksaan rondaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju di sini, ketika anggotanya melakukan rondaan cegah jenayah, lelaki itu dilihat sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Bagaimanapun ketika pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu dilakukan, tiba-tiba suspek mengeluarkan kata-kata kesat,” kata Supt Muhamad Roy Suhaimi Sarif seperti dilapor Harian Metro.

“Dia berterusan memaki hamun anggota polis sehingga menarik perhatian orang awam yang berada di sekitar kawasan itu.”

Katanya suspek yang didapati tidak memiliki lesen memandu turut melakukan provokasi dengan merakam video menggunakan telefon pintar ketika anggota polis menulis saman.

“Anggota polis cuba menghalang suspek daripada merakam video namun lelaki itu mula bertindak agresif dengan menyerang dan menyiku muka anggota polis sebelum melarikan diri ke Wangsa Walk Mall, di sini.

Suspek kemudian ditahan di hadapan sebuah premis di pusat membeli-belah itu dan dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa