Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, June 29, 2017

Camne nak masuk akal kalau dah tanak pakai akai?

Thursday, 29 June 2017

TAK MASUK AKAL, TAK MASUK AKAL, TAK MASUK AKAL...
SERUAN SEGERA SIASAT DAKWAAN DOJ TIDAK MASUK AKAL?
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menempelak Majlis Peguam yang meminta kerajaan tidak mengetepikan atau membebaskan individu yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

“Apa dan bagaimana hendak mengulas apabila Majlis Peguam memberi kenyataan tidak masuk akal,” katanya kepada Free Malaysia Today, bertarikh 24 Jun 2017.

Beliau berkata demikian ketika membalas kenyataan Presiden Majlis Peguam, George Varughese yang mensarankan Apandi menghubungi DoJ untuk meminta maklumat berkaitan saman sivil yang difailkan bagi merampas aset yang dikatakan dibeli dengan dana 1MDB.

Kata George Varughese, dakwaan yang terkandung di dalam fail mahkamah DoJ membabitkan pegawai-pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ahli keluarga mereka, dan rakan lain - termasuk seorang individu yang digambarkan sebagai ‘MALAYSIA OFFICIAL 1’, yang sejak itu diakui sebagai Perdana Menteri – telah melakukan salah laku.

Majlis Peguam memandang serius tuntutan ini, dan mendapati cara saman sivil ini diremehkan, diketepikan, malahan dikecam oleh pihak berkuasa Malaysia, tanpa menangani isi dakwaan yang dibuat, amat merisaukan dan tidak boleh diterima.

Menurut George Varughese, walaupun dakwaan belum terbukti sehingga penghakiman diberikan oleh mahkamah Amerika Syarikat, adalah penting mereka yang namakan sebagai MALAYSIAN OFFICIAL 1 dan lain-lain, disiasat oleh Kerajaan Malaysia secara menyeluruh dan objektif, berdasarkan bukti, demi kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

“Tanpa berbuat demikian, terlalu awal bagi Kerajaan untuk tidak mengambil kira dakwaan ini, atau melepaskan mana-mana individu atau syarikat daripada sebarang salah laku.” Katanya.

Pada 28 April 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan denda kompaun pentadbiran terhadap 1MDB.

Sebelum siasatan terhadap 1MDB itu, BNM awal tahun 2015, telah bertindak terhadap Ambank, mengeluarkan denda sebanyak RM53.7 juta kerana melanggar obligasi anti-pengubahan wang haram dan kewangan memerangi keganasan.

Di manakah ‘tidak masuk akalnya’ kenyataan Majlis Peguam yang mahu memulihkan Integriti dan kredibiliti institusi kewangan dan badan pengawalseliaan negara ini, di mata negara serta pemerhati global?

Jom kita siasat apa yang tidak masuk akal:

Portal BN Backbenchers Council (BNBBC) pada 21 Jun 2016 mendakwa bahawa seutas rantai berlian merah jambu 22 karat berharga RM116 juta itu tiada ditulis pada semua 251 halaman kenyataan DoJ pada 14 Jun 2017:↓
Sudah tentu penulis BNBBC itu tidak menemui catatan mengenai berlian tersebut kerana dokumen mengenainya hanya dikeluarkan oleh DoJ pada 15 Jun 2017, bukan 14 Jun 2017.↓
‘Tuntutan Jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap beberapa aset yang ingin disita di negara itu sebagai campur tangan asing’ oleh segerombolan agamawaan yang menggunakan sentimen agama, serupa Utusan Malaysia: ↓
Teruklah Malaysia kalau negara-negara ini semua mencampuri urusan pentadbiran negara:↓
"Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB; dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB, " katanya dalam satu kenyataan. Lapor Bernama.↓
Terlebih mengada-ngada pula Bank Negara Malaysia ni. Tak salah buat apa denda?↓
“Sejak siasatan bermula, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barang kemas itu kepada kerajaan. Beliau akan terus membantu siasatan dengan apa jua cara yang boleh," kata jurucakap Miranda Kerr↓ 
Sepatutnya model Australia Miranda Kerr ni minta nasihat Pengarah Strategik Komunikasi JASA ni sebelum menyerahkan barangan kemas bernilai USD$8.1 juta kepada DOJ. ↓
Dah habis baca? Cer fikir. Apa yang tak masuk akal?

WAKAKA!

Posted by Yong Intan Noor at 11:51 

Penghargaan dan terima kasih Yong

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa