Mereka begitu yakin yang mereka akan berjaya kali ini dan dah tentu mereka ada helah tertentu
Yang paling membimbangkan adalah rasa selesa dan yakin di pihak PAS sendiri mungkin akan membawa padah.
Bimbang akan berlaku keadaan seperti mana pada PRU11 dulu di mana Kerajaan PAS hanya bertahan dengan kelebihan satu kerusi sahaja
Tidak mustahil fenomena seperti selepas PRU11 akan berulang jika di pihak PAS mengambil mudah dan memandang enteng semangat dan usaha yang dikerahkan UMNO/BN menawan Kelantan
Published: Ahad November 25, 2012 MYT 10:02:00 PM
Mustafa Yakin Sokongan Anak Kelantan Diterjemah Dalam Bentuk Undi BN
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin anak Kelantan yang berada di luar negeri itu akan menunjukkan sokongan kepada Umno dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata walaupun pelbagai tohmahan dan dakwaan dilemparkan pembangkang, aura Umno masih utuh dalam kalangan anak Kelantan.
"Menerusi strategi mengumpulkan anak-anak jati Kelantan di perantauan dalam program tertentu, kita dapati sokongan mereka yang berada di Lembah Klang begitu kuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Memasak Bubur Asyura di Taman Tasik Titiwangsa di sini, Ahad.
Kira-kira 2,000 anak Kelantan menyertai majlis anjuran Persatuan Anak-anakKelantan di Perantauan.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau yakin pengundi 'atas pagar' yang mahukan keamanan, silaturahim dan perpaduan, bijak membuat penilaian dan menolak tuduhan tidak berasas.
"Kita harap pengundi 'atas pagar' ini menggunakan akal untuk menilai mana yang baik dan tidak. Sudah tentu mereka akan menolak kumpulan ekstremis yang mahu menghancurkan Umno dengan menuduh kita murtad dan tolak Islam kerana tuduhan itu sememangnya tidak berasas," katanya.
Beliau berkata selain perlu bersatu padu, semua anggota Umno harus akur dengan calon-calon yang bertanding atas tiket BN dan memberi sokongan kepada mereka pada pilihan raya umum. mStar
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa