Bila bohong kehabisan modal
Maka terpaksalah merayu dan merintih memohon ampun
Tapi....
Adakah rakyat akan termakan dengan linangan airmata buaya?
Rasanya 'Nasi dah jadi bubur'
'Jenazah dah hampir ke kubur'
Hanya tunggu Imam bacakan talqin!
Kalaulah Allah taqdirkan begini, agaknya apa akan terjadi?
Petik kata-kata Najib:
"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi"
Benar tu, memang tidak akan tinggal apa-apa lagi....
Mungkin hotel free pula menanti
Rakyat tentunya akan menuntut ganti!
Maafkan kesilapan lalu, Najib mahu BN dikekal
WARTAWAN SINAR HARIAN 29 November 2012
KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.
Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."
"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.

Dalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang menabur fitnah.
"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.
"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," kata beliau dalam ucapannya yang mengambil masa hampir 90 minit.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, PRU13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negara.
"Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.
"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau.

Najib menambah, hasil kerja keras setiap generasi telah membentuk Malaysia, yang dikagumi rakan dan dihormati taulan.
"Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara.
"Pilihannya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.
"Di satu sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman," katanya lagi.
Najib berkata, beliau selaku Presiden Umno bersama-sama timbalanya serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama ALLAH dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.
"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan.
"Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya lagi.
Malah kata beliau, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.
"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan.
"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata beliau.

kalau 5 thn buat silap bolih maaf ini 55 tahun kao orang kencin bangsa mlayu lagi mau minta maaf ka!ABU...ABU...ABU!
ReplyDeletekau silap skriplah najib...ini skrip pilihanraya tahun 2018 dimana kau sbg ketua pembangkang.......tapi boleh ker kau terus memimpin UMNO/BN..ataupun kau juga kene reject oleh UMNO/BN....hihihihi
ReplyDelete