Kuncu-kuncu yang sanggup berkorban untuk BN/UMNO memang ramai
Rasanya Ku Li tidak akan bercakap sekiranya tidak mempunyai maklumat
Bagi Anwar pula janganlah terlalu ghairah mengumpul barang antik dari Sabah dan Sawarak
Bimbang pula barang antik ini akan menuntut yang bukan-bukan dan akhirnya membawa rebah
Satu lagi barang-barang antik ini, kalau bertanding semula dan terpilih, adakah yakin yang mereka tidak berpaling tadah....
Ku Li: BN mampu menang PRU13
14 November 2012
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.
"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.
"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Azman Ngadiron dan Pegawai Jabatan pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz.
Ditanya mengenai banyak tanah di kawasan penempatan Orang Asli diambil balik kerajaan negeri untuk pembangunan ladang, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu perlu diadakan rundingan bagi menyelesaikannya.
Beliau berkata, JAKOA bersama Orang Asli perlu berbincang secara telus mengenai masalah yang dihadapi kaum berkenaan kerana jika tidak berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah untuk masa depan mereka.
"Kita (pemimpin) tempatan juga boleh campur tangan bagi menyelesaikan perkara itu, tetapi kita mahu melihat sejauh mana perbincangan jabatan terbabit dengan kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa