Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 11, 2012

Kesian... Izzah Dibelit Lidah Biawak!

Tak apalah Izzah, nanti akhirnya lidah biawak itu akan terpotong dengan sendirinya!

PAS pertahan Nurul Izzah dalam isu kontroversi kebebasan beragama

Nurul Izzah mendapat sokongan pemimpin pembangkang, 
Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam kontroversi berhubung kenyataannya.

KUALA LUMPUR, 10 Nov —Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil mempertahankan Nurul Izzah  Anwar berikutan kenyataannya yang mencetuskan kontroversi dikalangan golongan konservatif Islam dan penyokong Umno tegar mendakwa beliau telah menghina Islam dan menggalakkan murtad.

Pemimpin utama parti Islam itu memberi sokongan kepada naib presiden PKR tersebut dengan mengatakan kenyataannya telah diputar- belit memandangkan beliau adalah ahli politik pembangkang.



"Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya  boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi ‘gege gegok’ (diperbesarkan),” katanya yang dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini.



“Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia,” kata Nik Aziz lagi.



Nik Aziz berkata penjelasan sudah diberikan kepadanya daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di  Subang Jaya minggu lalu dengan mengatakan ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah.



Beliau adalah antara pemimpin utama pembangkang terbaru tampil untuk membela ahli parlimen (MP) Lembah  Pantai tersebut yang baru-baru ini menerima serangan daripada golongan konservatif Islam dan Umno secara berterusan menjelang  pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang semakin hampir.



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dzulkefly Ahmad juga menawarkan diri untuk mengadap Sultan Selangor dan menjelaskan kenyataan  ahli parlimen PKR tersebut yang didakwanya telah diputarbelitkan oleh media. 



"Saya yakin Sultan tidak mendapat kenyataan sebenar Nurul ... jika tidak, saya sendiri boleh mengadap dan memberitahu baginda.

"Saya agak rapat dengan Sultan ... Saya boleh terangkan keadaan sebenar kepada Sultan," kata MP Kuala Selangor itu di Parlimen awal minggu ini.



Selain Dzulkefly, rakan pemimpin PAS lain juga turut sama memberi sokongan kepada Nurul Izzah ekoran serangan ke atasnya ketika ini.



"Isu ini telah dipolitikkan dan telah sengaja diperbesarkan," kata MP Kota Raja MP, Dr Siti Mariah Mahmud.

Dalam laporan media hari ini, setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor turut sama menyertai kritikan ke atas Nurul  Izzah dengan menyifatkan kebebasan memilih agama adalah sama dengan menukar kepercayaan agama.

"Baru-baru ini juga kita nak tanya Nurul Izzah Anwar, apa bezanya pilih agama dan tukar agama?



"Pada saya sama saja tapi ini yang dia terapkan dan saya berkeyakinan akhirnya rakyat Malaysia akan sedar," kata setiausaha  agung Umno tersebut dalam satu wawancara di dalam Utusan Malaysia hari ini.



Komen ahli politik veteran itu jelas mencerminkan sokongannya kepada golongan konservatif Islam serta akan mencetuskan perdebatan agama dan kekeliruan dalam masyarakat Melayu Islam yang merupakan penduduk terbanyak dengan 60 peratus daripada  jumlah keseluruhan 28 juta penduduk, serta merupakan penentu bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.



Umno merupakan parti utama dalam Barisan Nasional (BN) mempunyai hampir tiga juta ahli namun undi kaum Melayu terpecah tiga kepada parti Pakatan Rakyat (PR) menerusi Pas, PKR dan Dap.

Isu melibatkan kaum dan agama tidak dapat dipisahkan di Malaysia terutamanya orang Melayu yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk ditakrif sebagai orang Islam dalam perlembagaan.

Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama persekutuan tetapi juga membenarkan agama-agama lain diamalkan secara bebas.



Nurul Izzah telah menafikan menyokong murtad dan menuduh dua akhbar pro-BN iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian telah  memutar-belit kenyataannya itu.



Timbalan menteri Umno juga mendakwa ahli parlimen Lembah Pantai tersebut sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut bertujuan  untuk menghina Islam.



"Tiada peruntukan untuk perkara tersebut ketika ini, tetapi ia boleh dimasukkan di bawah peruntukan dalam menghina Islam atau menyebabkan Islam akan dihina.



"Sesiapa yang lisan atau mengejek dalam bentuk bertulis atau menyebabkan Islam dihina, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun, atau kedua-duanya," kata Datuk Dr Mashitah Ibrahim, timbalan menteri  yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Parlimen minggu lepas.



Walaubagaimanapun, Nurul Izzah telah mendapat sokongan daripada ulama Islam popular Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang  menyokong kenyataan beliau bahawa tidak ada paksaan dalam Islam.

Pensyarah Univesiti Sains Malaysia (USM) tersebut berkata beliau telah menulis satu artikel dua tahun lalu bertajuk "Iman  Tidak Boleh Dipaksa" dan menambah bahawa kandungannya "sama" seperti apa yang Nurul Izzah telah nyatakan.



"Melayu tidak boleh dipaksa dan (mereka) percaya secara sukarela. Tetapi, melalui dakwah, seseorang boleh dibawa kepada  kepercayaan asalnya," kata Asri kepada akhbar Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa