Tahniah kerana berani berkata benar!
Datuk Ramli Yusuff dirai IGP dalam majlis persaraan rasmi
Bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff diraikan dalam majlis persaraan rasmi oleh Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.
Ramli, dalam ucapan perpisahannya, mengecam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Menurutnya, ia mengambil masa lima tahun bagi kes-kes terhadapnya diputuskan oleh sistem kehakiman di mana beliau telah disahkan tidak bersalah.
Katanya, bukan sahaja media dan pejabat AG bersedia untuk menggunakan apa jua cara yang perlu untuk mencuba dan mendapatkan keputusan bersalah terhadapnya.Tetapi juga, tambahnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang IGP yang masih berkhidmat memberi keterangan terhadap seorang pengarahnya sendiri apabila memberi keterangan bercanggah dengan beberapa pegawainya yanglain, termasuk mereka yang berpangkat pengarah.
Akhirnya, tegas Ramli, hakim menegur IGP itu kerana keterangannya
yang meragukan.
Ramli, yang berkhidmat dalam pasukan polis selama 38 tahun, merujuk kepada apa yang kini dikenali sebagai Copgate.
Bukan sahaja Ramli didakwa, peguamnya, Rosli Dahlan dan enam pegawai penyiasat Copgate turut didakwa. Rosli dan enam pegawai berkenaan telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Inilah seorang penjawat awam yang patut diberi kepujian kerana berani menegakkan kebenaran walau pun terhadap ketua sendiri yang sepatutnya berasa malu dengan teguran secara terbuka ini, mungkin ini boleh berlaku ketika PM Najib dan tak mungkin akan berlaku semasa atau selagi PM Mahathir yang diktator, sebabnya mudah semua kepala penjawat awam kena pilih dua perkara ikut perentah atau bersara cepat.Tetapi dek sebab yakin dengan kebenaran beliau telah dikurniakan Oleh Allah dengan keyakinan diri bahawa setiap yang benar itu pasti mendapat pertolongan dari Allah .Syabas Dato Ramli semoga Allah melindungi kita semua dengan ketaqwaan diri kita sendiri Amin !!!!
ReplyDelete