Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 22, 2012

Mandaliar Moden Cuba Masukkan Jarum Dombanya....

Mantan Presiden Syaitan yang dikenali tak mengaku syaitan dan menuduh orang lain pula sebagai syaitan! 
Taklah hairan bila itu keluar dari mulut keturunan mandaliar yang mengaku nyanyuk....

Tapi tak tahulah kalau memang PAS akan terpancing!
Abdul Hadi Lebih Layak Daripada Anwar - Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebabbeliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
Dalam ucapannya pada muktamar PAS minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah 'parti syaitan.'
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai 'parti syaitan' itu namun beliau enggan menamakannya. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa