Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 17, 2012

Betul Tetapi Salah!

Sebenarnya bukannya PAS kena bercerai dengan PR dan DAP
Tetapi DAP yang sepatutnya pecat Karpal
Begitu juga PAS sepatutnya bertindak ke atas Nasharuddin Mat Isa kerana terangan menjadi agen kepada UMNO

Dan bagaimana pula dengan MCA?
Sepatutnya UMNO pecat MCA dari BN
Atau MCA pecat Chua Soi Lek
Atau UMNO keluar dari BN - Apa macam, ada berani?

Kedua-dua kes adalah sama
Kalau Karpal disifatkan menghina Hudud
Chua Soi Lek bukan hanya setakat menghina Hudud bahkan mencaci Islam itu sendiri

Takkanlah bila tiba bab Karpal terus menjadi celik dan pendengaran elok kembali
Walhal ketika isu Soi Lek semuanya bertelinga tuli dan semuanya bermata buta!
Termasuk Mufti pun punya 'sebelah mata'
Ketua Agama pun menjadi kelu....

Walau pun mungkin kamu semua tak rasa apa-apa
Tetapi hatiku masih berkudis.....

Umno: Tolak hudud bukti DAP tak hormati Pas
KOTA BAHRU - DAP secara terang-terangan tidak mengormati rakan dalam pakatan mereka apabila menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan PAS andai mereka menguasai Putrajaya, kata Setiausaha Politik kepada perdana menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Beliau berkata ia terbukti selepas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menegaskan keputusan PAS mengenai isu Hudud tidak boleh dikait dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.
"Saya tidak terkejut langsung dengan penafian Karpal kerana memang DAP sejak daripada dahulu hingga sekarang memang menentang negara Islam. Dengan sendirinya penafian ini sudah dijangkakan.
"Kalau PAS betul-betul nak perjuangkan Islam, mereka terpaksa kaji balik hubungan dan kerjasama mereka dengan DAP," kata Fatmi kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Ahli Kelab Suara Muda, di sini malam tadi.
Pada majlis itu, Fatmi menyerahkan sumbangan berjumlah RM150,000 daripada kerajaan persekutuan kepada kelab itu untuk menaiktaraf dewan bagi kegunaan anggota kelab. Turut hadir Presiden Kelab Suara Muda Hashim Mohd Ali.
Isu pelaksanaan hukum hudud kembali 'panas' apabila Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Harun Taib selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, dua hari lepas dilaporkan berkata PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara.
Harun berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksana sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.
Bagaimanapun, kenyataan Harun itu disanggah Karpal dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw yang dilapor berkata mereka tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tan berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan PAS mengenai pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa