Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 16, 2012

Sibiol Dan Sibangang: Setuju Benar Dengan Pandangan Ini

Kebodohan yang tak habis-habis!
Sibiol & bangang dah mula bagi peluru...
Isu Hudud. Inilah adalah antara topik yang sangat digemari oleh Umno/BN untuk melaga-lagakan pakatan pembangkang. Belum pun reda kepanasan isu 'bebas beragama' yang ditimbulkan Nurul Izzah, pakatan nampaknya dah keluarkan  peluru tambahan yang akan digunakan oleh Umno/BN untuk menimbulkan suasana 'kurang mesra' di kalangan anggota pakatan pembangkang.
Tidak bolehkah para pemimpin berusaha menyimpan ulasan-ulasan yang boleh menimbulkan masalah kepada pakatan? Susah sangatkah nak keluarkan jawapan "saya tangguhkan dulu komen sehingga selepas pilihan raya" atau "I reserved my comments on that matter...."  Susah sangat kemangkuk-mangkuk tu nak tepis wartawan dengan kata-kata itu?
Kita berasa lega bila Ketua Dewan Ulama PAS 'berjaya' menepis soalan-soalan berbentuk provokatif bertujuan mengumpan parti dalam pakatan pembangkang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah sesama pakatan.
Hari ini pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sudah mula menari mengikut rentak yang dimainkan oleh anasir-anasir provokatif pro-Umno/BN.
Bukankah pernah kita ingatkan, Awas PR: Jangan mudah jadi bodo..  
Perwakilan: Pemimpin ghairah buat 'kenyataan bercanggah'
Seorang perwakilan di Muktamar PAS hari ini menegur pemimpin parti yang menurutnya ghairah membuat kenyataan kepada media sehingga menimbulkan percanggahan di antara satu sama lain.

Tanpa menyebut individu yang dimaksudkan, wakil Perlis, Yaakob Abu Seman berkata tindakan pemimpin PAS itu "memeningkan kepala" jentera di bawah untuk menjawab perkara yang dibangkitkan.

"Jangan terlalu ghairah dengan mikrofon dan tape recorder wartawan. Contohnya isu kenyataan Nurul Izzah, PAS pusat kata tunggu untuk mendapatkan maklumat lengkap.

"Ini adalah sikap yang terbaik. Bermaklumat dahulu baru buat kenyataan... (Tetapi) Ada pemimpin ghairah buat kenyataan, (sepatutnya) elak terlebih dahulu," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden.

Beliau mengulas laporan yang memetik kenyataan pemimpin parti itu berhubung isu kontroversi mengenai kebebasan beragama – rentetan daripada kenyataan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu forum.

Antara pemimpin PAS yang mengulas perkara itu termasuk bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, ahli jawatankuasa pusatnya Khalid Samad, serta ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib.

'Jangan terperangkap'

Di samping itu, Yaakob turut mengingatkan para pemimpin parti itu, dan juga dalam Pakatan Rakyat, supaya tidak terperangkap dalam permainan media arus perdana".

Beliau mendakwa, media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia dan TV3 itu bertindak demikian untuk memecahbelahkan kesepakatan dalam Pakatan.

"Laporan polis, saman malu belakang kira, tapi imej (pemimpin) dicalarkan dahulu (melalui laporan media) untuk memberi kesan kepada rakyat dan pengundi," katanya.

Di kesempatan itu, Yaakob turut membidas Dewan Pemuda PAS Pusat yang didakwanya "kurang menunjukkan apa yang diperjuangkan" sayap parti itu.

Beliau membandingkan perkara itu dengan usaha yang ditunjukkan PAS Pusat, yang menurutnya lebih fokus terhadap sesuatu isu seperti melibatkan Felda, saman trafik dan juga perhimpunan Gelombang Hijau.

"Kalau ingin berjuang (menarik) artis, golongan karyawan, beri kesungguhan... (Pemuda) perlu mempunyai agenda tertentu. Ada langkah-langkah dia," katanya.

Yaakob juga menggesa jentera penerangan parti supaya menggiatkan usaha untuk memberi penjelasan mengenai tawaran negara berkebajikan yang dipilih sebagai tema muktamar parti sejak tahun lalu.
Lihatlah mangkuk-mangkuk dah mula melatah tak tentu hala....
DAP hanya terima kedudukan agama Islam, bukan hukum hudud, kata Seng Giaw
November 16, 2012

KOTA BAHARU, 16 Nov — Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang.

Tan menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan PAS berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

“Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan... saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah
Semalam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata isu hukum hudud hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Menurut ucapan presiden (Abdul Hadi ketika merasmikan muktamar) ia tidak menyatakan begitu (apa-apa yang berkenaan dengan isu hudud),” katanya. “Ia hanya menyebut mengenai negara berkebajikan dan perpaduan.”

Berkata berkata “negara berkebajikan” tidak boleh dialih bahasa kepada “welfare state” kerana menurutnya ianya jauh berbeza daripada segi maksudnya.

“Negara berkebajikan Islam ini merangkumi lebih daripada apa yang dikatakan ‘welfare state’ yang menjurus kepada negara komunis atau negara sosialis,” katanya.

“Ianya (negara berkebajikan) lebih berpandukan perpaduan bersama, untuk bawa generasi muda sekarang dan akan datang ke arah yang memberikan kita lebih kemajuan.” — Bernama
Karpal: Kenyataan Harun Taib menyimpang, berniat jahat 5:36PM Nov 16 2012  
Pengerusi nasional DAP Karpal Singh hari ini dengan keras menafikan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung kesediaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud.

MP Bukit Gelugor itu malah menyifatkan Harun "menyimpang jauh daripada kebenaran dan berniat jahat" apabila turut menyatakan bahawa beliau hanya kelihatan tidak bersetuju dengan hudud.

"DAP sejak sekian lama berulang kali menegaskan pendirian kami terhadap pengenalan hudud di negara ini.

"Hudud tidak boleh wujud dalam Malaysia yang merupakan negara sekular," tegas Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, DAP tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana ia penting kepada asas kewujudan parti itu.

Beliau merujuk keputusan Mahkamah Agung (kini dikenali sebagai Mahkamah Persekutan) pada 29 Februari 1988 yang menetapkan Malaysia ditadbir undang-undang sekular.

"Sudah pasti, saya sentiasa tidak bersetuju dan secara terbuka menyatakan alasan kepada pendirian itu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tafsirannya seperti ditetapkan mahkamah tertinggi negara ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Harun bahawa Pakatan bersetuju "secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".

Harun juga semalam mendakwa, Kapral selama ini menolak ini menolak hudud kerana "tidak sempat mengikut dialog dan penjelasan" yang dilakukan PAS.

Harun juga berpendapat, ahli politik DAP itu hanya kelihatan seperti tidak bersetuju kerana DAP dan PAS sudah kerap berdialog tentang undang-undang itu.

Harun berkata demikian ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS di Kota Bharu semalam.

Hanya beberapa bulan saja lagi.. jadilah cerdik sedikit woiiihhh!! Jangan sampai penyokong jadi meluat!!!  - sumber


No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa