Kalau Mahathir, Najib atau Bintang Porno, ok kot?
Katalah apa pun
Hatta menghina Allah dan Nabi sekali pun....
Nurul Izzah wajib bertaubat, tarik balik kenyataan, kata Harussani
November 14, 2012
IPOH, 14 Nov — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria
menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar
bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik
kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di
Subang Jaya baru-baru ini.
Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.
“Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya pengikut pemimpin pembangkang itu juga bersubahat dalam tindakan atau perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama Islam dan berdosa besar.
“Orang ini (pengikut) ini bersubahat dan berdosa besar, mereka wajib bertaubat...perlu menggunakan akal yang waras. Jangan permain-mainkan agama,” katanya.
Katanya kenyataan seperti yang diungkapkan oleh Nurul Izzah itu akan memudahkan perbuatan atau tindakan yang dilarang oleh agama Islam. Beliau berkata sekiranya Nurul Izzah tahu, sedar dan faham yang diucapkannya maka akidah pemimpin parti pembangkang itu telah rosak dan telah keluar daripada pegangan akidah sebagai seorang Islam.
“Islam terima kewarasan akal, jika dia tahu, sedar, faham serta ada pengetahuan dan keyakinan (tentang apa yang diucapkannya) maka dia wajib bertaubat,” katanya.
Laporan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” kata Nurul Izzah.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana;Tanggungjawab Siapa?” di Subang Jaya, Selangor pada 3 Nov. — Bernama
wakaka.. apabila org mabuk cuba bercakap.si gila pun tak akan percaya..
ReplyDeleteSalam maal hijrah
ReplyDeletesepatutnya harusani dah letak jawatan..terlalu nampak kejahilannya
ReplyDeletenk tanya ustaz ni, klu lps sembahyang nurul biristighfar blh ka.? Atau dia wajib buat dpn umum terutama dpn ustaz mcm org kristian buat d gereja!
ReplyDeleteTulah Mufti cakap ikut skrip tuannya. Tak kanlah orang cerdik macam ni tak faham cakap Yb Izzah. Dia persoalkan kenapa orang Islam tak boleh berdakwah tanpa tauliah. Sedangkan agama lain kerajaan benarkan.
ReplyDeleteAssalam. Janganlah mentaliti SB tu diteruskan walaupun dah jadi Mufti
ReplyDeleteUlamak UMNO ni sepatut nya minta semua pemimpin2 UMNO yang mempersenda hukum Islam dan menghina nabi Muhammad SAW tu bertaubat terlebih dahulu kemedian baru suruh Nurul Izzah bertaubat.
ReplyDelete