Tapi jerat yang sendiri pasang!
Inilah tahap kecerdikan wakil Ulamak...
Takkan tak fikir dulu untung rugi dari sudut politik?
Nak kata bodoh, PAS ni pun dah tua
Hanya lebih muda sikit dari UMNO
Selagi ada tong-tong kosong di dalam PAS selagi itu mata jerat menunggu mangsa!
Bukankah siapa bakal PM kalau PR ke Putra Jaya sudah dipersetujui secara konsensus di antara semua parti dalam PR?
Kenapa isu ini harus diungkit pada saat-saat kritikal di ambang pilihanraya?
Aku rasa ramai penyokong totok PAS akan komen marah kat aku
Apa pun lantaklah....
Cuma pesan aku, pakailah otak, jangan rajakan perasaan!
Walau bagaimana pun aku salute kat jawapan Haji Hadi!
Nik Aziz: Berhati-hati elak dijerat
24 November 2012
KOTA BHARU- Pas lebih berhati-hati dengan pandangan parti lawan berhubung siapa layak menjadi Perdana Menteri ketujuh apabila perkara itu semakin dipertikaikan pelbagai pihak termasuk
antara komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hal ini adalah bertujuan untuk mengelak parti daripada terjerat dengan cadangan yang boleh membawa kepada kemudaratan.
“Tun Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya. Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Nik Aziz berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai jadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan tersebut Tun Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan Ahli Parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan Perdana Menteri itu hanya boleh
diselesaikan di peringkat PR sendiri.
“Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang,” katanya.
Kemelut perebutan kuasa menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara berlaku apabila, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka pada Jumaat lalu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini, mencadangkan Anwar layak menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Bab di bawah ini, lu pikirlah sendiri
Untung rugi di tangan Pengundi!

Isu Hadi jadi PM untungkan BN
24 November 2012
SHAH ALAM – Polemik siapa yang bakal jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dibangkitkan pada Muktamar Pas baru-baru ini boleh menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, pengundi atas pagar melihat isu ini sebagai kelemahan ketara PR.
Ini kerana, ia jelas menunjukkan PR mempunyai dasar amat longgar walaupun sebelum ini ketiga-tiga parti komponen iaitu Pas, PKR dan DAP bersetuju melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
“Dengan meletusnya isu ini, rakyat boleh menilai PR. Jika jawatan Perdana Menteri pun masih belum diputuskan secara mutlak, apatah lagi jawatan-jawatan Kabinet yang lain," katanya.
Mohd Fuad berkata, isu itu dibangkitkan mungkin kerana sesetengah pemimpin Pas mulai tidak percaya dengan kemampuan atau kewibawaan Anwar untuk memimpin negara.
Beliau turut menjangka sokongan bukan Melayu kepada PR akan menurun jika polemik ini tidak diselesaikan sebelum PRU13.
“Banyak kajian sebelum ini menunjukkan bukan Melayu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri kerana beliau dilihat lebih terbuka dan liberal, manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai tegas dalam perjuangan Islam.
“Jadi, jika isu ini tiada kata putus, undi bukan Melayu akan beralih arah walaupun tidak besar,” katanya.

tak perlu pun nak sibuk sapa jadi pm fokus utama tewaskan bn dulu
ReplyDeletemusuh yang dikenali perlu dijauhi
Bhai MountDweller...
ReplyDeleteHahaha.. dulu lagi gua dah cakap.... puak UG nih banyak yang ilmu agama tinggi... tapi ilmu berpolitik hancuss... pasai tue la mudah sangat terikut dengan rentak UMNO/BN ...
Hahaha.... nak buat camana...
Salam Tuan Moutdweller.
ReplyDeleteWa amat bersetuju dengan pandangan C++ mengenai isu siapa layak menjadi PM dan telah pun wa nyatakan perwakilan ulama PAS telah memberi bola tanggung kepada media perdana dan pemimpin UMNO walaupun itu hak perwakilan bercakap dalam muktamar.
Tabek springgg kepada TGNA seorang politikus yang amat tinggi ilmu agama dan matang dalam poiltik.Diharapkan kenyataan TGNA melenyapkan harapan UMNO memecahbelakan perpaduan parti-parti dalam PR.
Hidup dan matiku bersama tok guru.
ReplyDeleteTakbir.