Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 10, 2012

Memang Tenat, Ayam Pencen Pun Dikerah Masuk Gelanggang

Aku nasihatkan kat mereka-mereka ni
Layan dan bermain dengan cucu lagi sempoi
Atau
Temankan saja sejadah di Masjid!
Veteran Umno Digesa Bersedia Bantu Parti Menangi PRU 13
KUALA TERENGGANU: Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu.
"Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN danmerampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini.
"Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiriakan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapandasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sinihari ini.
Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkanbarisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BarisanNasional.
"Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsaMelayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya.
Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.
"Melayu dan bumiputera mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya.
Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan pelbagai gejala negatif termasuktindakan cuba menodai kesucian agama Islam oleh pihak tertentu.
Sebanyak 545 anggota Veteran Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir sabtu. BERNAMA

3 comments:

  1. Baru nak sedo ke UMNO tu dah nak mati?

    Dah nak mampuh baru nak cari hale tuju? Hale tuju ke kubo aje le tu....

    ReplyDelete
  2. oleh keran umno bukan parti melayu maka frasa hala tuju bangsa melayu perlu ditukar kapada bangsa umno iaitu gabungan melayu, mamak, portugis dan siam. Banglad dan myanmar dah termasuk ke belum? wakaka

    ReplyDelete
  3. Memang sesuai pun orang gelar UMNO nih 'Umat Melayu Naif Otak', dah tua-tua udah-udahlah turun padang, penyakit pun dah banyak lebih baik bantu nenek kat rumah ada faedahnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa