Masalahnya ramai yang tidak faham dengan maksud ayat-ayat Nurul Izzah di dalam forum itu, atau buat-buat tidak faham
Adakah mereka telah dapatkan transkrip asal dan penuh apa yang dikatakan Izzah?
Kenyataan dia ini memang jelas menyokong siNasha.....
'Lakumdiinukumwaliyadiin' itu memanglah hanya terpakai untuk yang masih belum Islam atau pun yang bukan Islam....
Semua orang faham tentang itu!
PAS: Biar masyarakat nilai kenyataan Nurul Izzah
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyerahkan kepada masyarakat umum untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut.
"Kalau dia (Nurul Izzah) rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tak bersalah, itu hak dia kalau dia tak mahu tarik balik," katanya seperti dipetik akhbarUtusan Malaysia hari ini.
"Saya percaya rakyat sudah tahu menilai," kata Harun yang enggan mengulas panjang lebar kerana tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut, menurut akhbar milik Umno itu lagi.
Turut mengulas perkara itu ialah ahli majlis syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata kebebasan beragama tidak tertakluk ke atas orang Islam Melayu dan bukannya seperti yang didakwa dinyatakan Nurul Izzah.
Menurut akhbar New Straits Times, beliau berkata, ayat dalam al-Quran yang menyatakan "tiada paksaan dalam beragama" itu hanya terpakai ke atas orang bukan Islam.
Pandangannya itu selari dengan kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa semalam, bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai tersebut bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".
Nurul Izzah pada 3 November lalu antara lainnya dilaporkan berkata, Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

- sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa