Ini baru betul
Kalau nakkan kebenaran saman saja
Ini tidak, cakap jer banyak, dalih sana dalih sini.
Merapu jer lebih!
Mana itu ehem-ehem Shafie bedal?
Kata nak saman, tapi sehingga ini tarak apa pun?
Kalau setakat nak ngugut
Tak payahlah....
Published: Rabu November 21, 2012 MYT 2:29:00 PM
Updated: Rabu November 21, 2012 MYT 2:30:57 PM
Updated: Rabu November 21, 2012 MYT 2:30:57 PM
Rapid: Saya Akan Tetap Saman Mazlan Aliman – Azalina
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman akan meneruskan usaha menyaman Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang mendakwanya terlibat dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Azalina berkata, peguamnya telah cuba menyerahkan notis tuntutan saman kepada Mazlan namun beliau enggan menerimanya.
“Saya tetap akan saman Mazlan. Saya yakin beliau tidak ada bukti tuduh saya terlibat dengan projek Rapid. Saya tidak ada masalah untuk jumpa dia (Mazlan) di mahkamah," katanya ketika ditemui mStar Online di lobi Parlimen pada Rabu.
Azalina berkata demikian sebagai mengulas perkembangan isu samannya selepas Mazlan enggan memohon maaf terhadap dakwaannya mengenai penglibatan bekas Ketua Puteri Umno itu dalam projek Rapid di Pengerang.
Mengulas lanjut, Ketua Umno Bahagian Pengerang itu berkata, beberapa pemimpin pembangkang di Parlimen telah menasihatkan beliau tidak meneruskan usaha menyaman Mazlan kerana dia tidak ada duit.
Namun Azalina menegaskan beliau menyaman Mazlan bukan kerana duit sebaliknya kerana prinsip dan kredibilitinya yang tercemar akibat fitnah yang dilemparkan.
“Saya saman bukan sebab duit, tapi kerana prinsip… Dia (Mazlan) datang tempat saya burukkan saya. Saya tahu orang macam Mazlan ini cakap tak ada bukti,” katanya.
Oktober lalu, Mazlan ketika berucap dalam Himpunan Hijau Lestari di Pengerang mendakwa Azalina adalah individu penting yang memainkan peranan supaya Rapid dilaksanakan di Pengerang.
It is appropriate time to make a few plans for the long run and it is time to
ReplyDeletebe happy. I've read this publish and if I may I wish to suggest you some
interesting issues or advice. Perhaps you can write subsequent articles referring to this article.
I desire to learn more issues approximately it!