Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 12, 2012

Ahmad Maslan Buka Pekung

Inilah masalahnya bila tinggal dan makan minum di kalangan penyamun
Dia anggap semua orang adalah penyamun
Tak kiralah jerung atau bilis.....

Itulah sebabnya geng-geng dia ni takut istihar harta
Bimbang orang akan tahu harta rompakan atau harta carian halal

Rasuah berlaku tidak kenal siapa, kata ketua penerangan Umno
November 12, 2012
Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berucap di siding media selepas berkempen di Hentian Jalan Duta, Kuala Lumpur, 12 November 2012. — Gambar oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mendakwa tidak adil hanya menuduh Umno sahaja yang terlibat dalam rasuah sebaliknya menegaskan perkara tersebut boleh berlaku-berlaku tidak kenal siapa.

Beliau menjawab soalan daripada wartawan ekoran kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor pada minggu lepas bahawa cabaran parti tersebut ketika ini adalah menangani isu persepsi rasuah.

“Rasuah tidak boleh dibandingkan antara sesebuah parti, tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu jantina serta tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu bangsa.

“Jangan menuduh rasuah hanya berlaku di kalangan orang Umno sahaja. Isu rasuah adalah merentas semua,” kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas berkempen di Hentian Jalan Duta pagi tadi.

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri tersebut juga menegaskan perkara utama ketika ini ialah pihak kerajaan tegas dalam membanteras rasuah.

Di sini pun kenyataannya di sinarharian

1 comment:

  1. sembang lebih mamat ni puak mana yang paling banyak terpalit

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa