Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 24, 2012

Isu 40 Juta: Musa, Ada Baiknya Ko Diam!

Kalau tak salah dan bersih, kenapa melenting? 
Biarkanlah Rafizi ke hulu-ke hilir tanpa hasi
Kalau betul ko tak ada apa-apa, apa nak dirisaukan! 

Orang politik bukankah selalu 'bankrap'?

Musa gelar PKR ‘bankrap politik’, tegaskan ICAC bebaskan beliau
November 24, 2012

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Datuk Musa Aman menuduh pembangkang “mengulangi kisah lama yang sama” dan menggelar mereka bankrap politik kerana percubaan mendesak Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah yang menurut beliau sudah dibersihkan.

“Dari awal lagi, saya mempunyai keyakinan tinggi dengan integriti ICAC dan saya akan dilepaskan. Sekarang ICAC sudah membersihkan saya. Ia membawa pengakhiran kepada kesakitan dan penderitaan yang terpaksa keluarga saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini,”katanya dalam satu kenyataan malam tadi, merujuk kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong.

Awal minggu PKR mengemukakan keterangan baru kepada pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong terhadap kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman dan menghantar bukti lanjut terhadap pertuduhan pengubahan wang haram ketua menteri Sabah dengan ahli perniagaan Michael Chia.

Rafizi Ramli, yang mengetuai misi pencarian fakta empat anggota parti disana berkata masih belum jelas apa ICAC akan lakukan dengan bukti-bukti baru tetapi melahirkan keyakinan kes itu mungkin akan dibuka semula.

Dalam laporan PKR kepada badan pencegahan rasuah Hong Kong itu, tiga sebab disenaraikan bagi menggalakkan CAC yang terkenal itu untuk membuka semula kes rasuah RM40 juta Musa dan Chia – tuntutan berasingan daripada dua Ahli Parlimen Sabah bahawa wang bukan satu sumbangan politik kepada Umno seperti didakwa; dan penerimaan kenderaan mewah dari Chia oleh menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mungkin atas sebab-sebab rasuah.

Chia didakwa mempunyai kaitan dengan Musa pada April lalu oleh Sarawak Report, yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.

Pada ketika itu, Chia didakwa memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah untuk Musa.

Isu ini heboh menjadi tajuk utama sekali lagi bulan lepas apabila Nazri memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah tentang perkara itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC mendapati bahawa wang tersebut adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan tidak bermaksud untuk kegunaan peribadi Musa.

Musa mengatakan beliau tidak faham mengapa PKR tidak boleh menerima kebenaran.
“Apa lagi yang mereka mahu? Mereka cuba lagi untuk menggunakan aduan untuk mendapat keuntungan politik.

“Mereka mengulangi kisah lama yang sama. Saya fikir saya berhak untuk menyimpulkan bahawa pihak pembangkang bankrap politik. Kami berhak untuk melayan dakwaan ulangan mereka baru-baru ini dengan penghinaan yang layak mereka terima.

“Saya tetap merendah diri, tetapi sudah tentu terdapat had terhadap kesabaran seseorang.” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nazri, ICAC menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan Musa.

Selepas penafian Nazri, Rafizi mengadakan sidang akhbar di Parlimen mendedahkan apa yang beliau katakana sebagai bukti fotografi bahawa Nazri menerima sogokan daripada Chia untuk membersihkan namanya, dalam bentuk kereta Hummer berharga RM459,000 diberikan kepada anak lelakinya.

PKR memulakan misi pencarian fakta ke Hong Kong minggu ini untuk mendedahkan apakah keputusan ICAC untuk menutup kes disebabkan kekurangan kerjasama dari SPRM.

Pada hari Rabu Nazri berkata dakwaan bahawa badan anti-rasuah Malaysia gagal untuk bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Hong Kong adalah “tidak benar”.

Menjawab soalan daripada pemberita yang menegaskan terdapat dakwaan bahawa siasatan telah ditutup oleh ICAC kerana tidak mendapat kerjasama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menteri itu berkata:
“Tidak benar ... apabila ia melibatkan rasuah, mereka adalah rangkaian antarabangsa dan kita tidak boleh untuk tidak bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah negara lain. Rasuah sekarang adalah jenayah yang tidak mengenal sempadan ... ia tidak benar.

“Jangan dengar cakap orang, orang boleh cakap macam-macam. Mereka bercakap tanpa fakta dan hanya membuat tuduhan, kita tidak harus mengambil serius dakwan-dakwaan seperti itu kecuali badan berkenaan sendiri mengatakannya ... apa yang penting adalah apa yang ICAC kata.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa