Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 8, 2012

Inikah Bakal Penganti Nasrudin Tantawi?

Asalkan ada peluang bercakap tak kiralah media mana, bila dan akibatnya bagaimana

Aku ada dengar yang Pemuda PAS berkira-kira nak lantik dia jadi Ketua
Layak tak layak bukan hak aku nak perkatakan
Itu hak PAS dan Pemudanya

Malangnya PAS, bapak cakap lain sianak ulas lain
Sape yang untung dan sape yang akan mengeksploitasikan kenyatan in?

Tentunya bukan PR kan?

Pemuda Pas tempelak Nurul Izzah
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 6 Nov. - Dewan Pemuda Pas hari ini ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.


Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

“Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

“Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Ahad lalu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Nik Abduh berkata, tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa bukan Islam untuk memeluk agam suci itu.

“Ayat ‘tiada paksaan dalam beragama’ adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih agama masing-masing.

“Tetapi jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak berhak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

“Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim? Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar agama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?," soal beliau.

7 comments:

  1. KASI PELURU SAMA PARTI SEKUTU APCO ! APARAA , ABU !

    ReplyDelete
  2. Bodoh..
    yang gi percaya paper utusan sape suruh..kata boikot tp dlm masa yg sama percaya per yg utusan bg..bodo skali lagi kt hang

    ReplyDelete
  3. Dia ni memang banggang sikit. Dahulu dia sokong sangat "kekanda" beliau Nasaruddin Mat Isa..... Kini kalau orang sendiri hentam betul-betul.. Si Fatul Bari ular mamak tu dia tak mahu hentam pulak? Itulah kelemahan perjuangan PAS, mereka ini masih ditakuk lama dan idea lama. Kalau tiada individu bernama Rafizi, Saifuddin Nasution atau sepertinya, maka UMNO tetap akan berkuasa dan terus menindas serta menipu rakyat. Mereka ini Pemuda PAS amat gemar berbahas benda-benda yang tidak realiti dan tidak berpijak di bumi nyata. Mereka seharusnya ingat, PAS mendapat keuntungan besar dengan kes Anwar dan permaufakatan dengan parti PKR dan DAP.

    Jika ayah seorang ulama dan pemimpin yang pintar dan amat disayangi rakyat, tidak semestinya keturunan beliau ditakdirkan untuk mengikut jejak langkah beliau kelak.

    ReplyDelete
  4. Bos, apa yg dia cakap dalam utusan tu betul la. Tapi mana ada dia hentam Nurul Izzah pun? Utusan spin cerita je.....

    Jangan kerana Utusan, kita kutuk perkara yang betul, kita kutuk rakan sendiri.

    ReplyDelete
  5. Memang BODOH pianglah anak Nik Aziz sekor ni, kalau nak ulas pun janganlah setakat dengar maklumat dari Utusan Meloya dan TV3 je....
    carilah video yg mengandungi ulasan Nurul Izzah tu dan dengar baik2.
    Kalau dia ckp salah setlh didengar dari sumber yg sahih barulah boleh ulas...... hai tak tahulah apa nak jadi peminat Nasaruddin Mat Isa sorg ni...... kesian Nik Aziz dpt ank hantu.....

    ReplyDelete
  6. org belajar agama pun blh terlupa ajaran quran yg dah sebut kena siasat dulu sebelum menghukum kalau berita dr sumber fasik.jgn terburu2 nk berckp nanti menampakkan kebodohan kita dan bagi org peluru utk tembak kit balik

    ReplyDelete
  7. Salam

    Betui ke Nuul Izzah sebut tiada paksaan dalam agama itu merujuk kepada umat Islam?

    Yong selidik dah. Takdepun Nurul Izzah sebut begitu. Ni ulama aper nih?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa