Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 17, 2012

Yang Ni Pastinya Bukan Drama Arahan UMNO

Ini yang buat aku rasa bukan aku saja naik meluat.....
Belum apa-apa dah sibuk dengan jawatan!

    Muktamar PAS : Ulama' PAS Gesa Kempen 'Hadi Awang Bakal PM


KOTA BAHRU 17 Nov. - Seorang perwakilan Pas berkata parti itu tidak perlu berkempen untuk pemimpin lain menjadi perdana menteri selain Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan Dewan Ulama' Pas, Hairun Nizam berkata, Abdul Hadi merupakan calon terbaik memegang jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya merampas tampuk pimpinan negara pada pilihan raya umum ke-13.

"Anggota Pas seharusnya meletakkan keyakinan kepada presiden kerana beliau calon berkaliber menjunjung kepimpinan negara dengan dasar yang dirahmati. Bukan sengaja untuk menaikkan beliau, tetapi inilah calon terbaik memimpin negara mengikut lunas dan landasan Islam.

"Bukan sebaliknya berkempen untuk pemimpin lain yang tidak diyakini akan melaksanakan kepimpinan Islam di Malaysia," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada muktamar tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini hari ini.

Hairun turut mengingatkan pimpinan tertinggi Pas tidak memilih calon yang meminta jawatan atau melobi menjadi calon pada pilihan raya umum kerana perbuatan meminta jawatan tidak terdapat dalam Islam.

Sebaliknya calon dipilih melalui keikhlasan ahli yang meletakkan mereka sebagai calon, katanya. - sumber

11 comments:

  1. Ulamak dlm PAS ni bengong politik ker apa..ker gila kuasa? Nak PM buat apa kalu belum mantap segala segi? Man man la... it'll be coming our way...later. Lain la orang macam TGNA boleh la kita letak PM.. sayang he's too old.

    Tunjuk dulu kita boleh buat kerja, akhlaq paling best. DAP masih miles ahead in transparency, work efficiency, accountability & good governance. Yeah dream on PAS!

    ReplyDelete
  2. Hancurkan UMNO/BN dulu... kemudian baru bincang tentang sapa yang layak mengetuai kerajaan. Anasir-anasir ahli-ahli yang menyebabkan tentera Islam tumpas di medan perang Uhud. Kelapaq Ghimah kot... masih belum cukup pentarbiyahan... Abang Mat Sabu... tolong sekeh sikit ahli-ahli yang tak cukup tarbiyah ni.

    ReplyDelete
  3. Sesiapa pun pemimpin islam dari mana-mana parti dalam pakatan yang mempunyai banyak kerusi parlimen layak menjadi PM malah TGHA pun calon yang sesuai, tetapi perwakilan PAS yang bercakap tu sudah ke mengkaji sejauh mana kemampuan PAS menembusi pengundi-pengundi di Sabah dan Sarawak.
    Sudah-sudahlah bagi bola tanggong kepada media perdana, yang nak jawab bukan kamu, tetapi pemimpin-pemimpin kamu juga.

    ReplyDelete
  4. Abe,

    Pucuk pimpinan PAS kena berhati-hati dengan ular-ular UG dalam rok semasa muktamar berlangsung. Wakil dari Dewan Ulamak PAS diatas ni adalah posman je bagi bapak ular UG dalam Dewan Ulamak ni.

    Dalam sehari dua ni, sejak beberapa hari sebelum Muktamar bermula, bapak ular ni dah mula tabur paku sikit-sikit atas jalan perjuangan PAS yang bersama-sama dalam Pakatan Rakyat untuk menumbang BN dalam PRU 13 ni.

    Mari kita sama-sama perati mainan bapak-bapak ular UG dalam rok PAS ni. Ustaz Nasha dah kena checkmate doh. Jadi bapak ular hok besar ni pulak dok bawa baton UG dalam sehari dua ni.

    Ayah wang weh...dok rok cetong la nok bowok agenda UG..kang Muktamar kat Ipoh dok buat keputusang dok sey UG dengang UMNO. DOk guaner ayoh wang dok bowok lagi citer UG nih...luper kang sedak duduk jadi Exco kerajaang ganung dulu tu....padang-padang la dok berangang nok jadi menteri tuh atah ihsang UMNO...baik isi borang dang masuk UMNO terus je, lagi baik.

    bat8

    ReplyDelete
  5. Ingat kot depa ni (PAS) cerdik2 belaka...rupa-rupanya meleset sangkaan aku selama nih..!!

    ReplyDelete
  6. Hairu Nizam. Tolonglah tutup mulut, jangan cakap melalut yang boleh menggugat peluang ke Putrajaya. Kadang2 kita bercakap dengan tujuan nak tonjol diri, tapi mendedahkan kekurangan dan kelemahan kita.

    ReplyDelete
  7. mangkuk ayun tu patut kene pecat dari dewan ulama suruh dia join umno kata ahli pas tapi perangai setan umno..kasi umngok hancur lebor dulu @ si mangkak ayun ni agent umno

    ReplyDelete
  8. Maaf tuan!
    cuba trace tengok jangan jangan nama dia tak dalam pencalonan kot!

    ReplyDelete
  9. Aku pun setuju Hadi jadi PM dan Mat Sabu jadi Timbalan. Gulps?!!!

    ReplyDelete
  10. Malaun mana tu? Tetiba je bersuara.. sah puak UG.. Di kala negeri2 lain jatuh ketangan PR, negeri Presiden sendiri kalah teruk!!! Bila membaca komen2 di laman web dan blog golongan intelekctual nampaknya mereka x bersetuju TGHA sebagai PM..
    I won't vote for PAS anymore...


    ReplyDelete
  11. Yg Anwar berkempen utk diri sendiri jadi PM tak pula dinyibok kan? Bior la org PAS nak kata apa dlm muktamar, memang kami semua nakkan Ayah Chik jadi PM, ape masalah?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa