Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 30, 2013

Cerdikkah Komen Azizan Ini?

Masalah sendiri pun tak mampu selesaikan, nak komen masalah orang pulak!
Patutkah beliau komen Kerajaan Selangor secara terbuka begini sedangkan Selangor juga adalah di bawah PR?
Tambahan pula  masa di ambang pilihanraya
‘Selangor janji banyak sangat, sebab tu tak larat nak bayar’, kata MB Kedah
OLEH AMIN ISKANDAR DAN MD IZWAN
MARCH 30, 2013
ALOR SETAR, 30 Mac  — Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan antara kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.
Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.
“Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan … mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar,” kata menteri besar Kedah itu dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.
“Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni,” tambah Azizan merujuk kepada protes yang sering berlaku terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.
Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.
Menurut Azizan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, rakyat pada masa kini bukannya mahu bergantung kepada kerajaan akan tetapi mahukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin kehidupan lebih baik untuk mereka.
“Yang penting dalam konteks masa kini, rakyat bukan nak bergantung kepada duit kerajaan. Dia mahu kerajaan yang baik, kerajaan yang beri jaminan, keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka.
“Sebab itu kita panggil ‘Kedah Sejahtera’. Dia berniaga, dia bertani, dia ada duit dia. Tapi kita jangan rasuah, jangan menyeleweng, jangan ada kroni, jangan semua you bolot untuk kamu semua,” tambah beliau merujuk kepada tema yang digunakan oleh negeri tersebut.
Ketika ditanya apakah janji yang akan diberikan kepada pengundi negeri sekiranya PR berjaya memerintah semula Kedah selepas Pilihan Raya 2013, Azizan berkata: “Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah.” 
Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi, bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.
Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Perak walaubagaimanapun, kembali semula ke tangan BN selepas tiga ADUN PR berpaling tadah.

2 comments:

  1. Ta tau laa btui ke ust azizan ni cakap mcm tuu tpi jika btuilaa dia komen tuu mngecewakn lah...Dia tau ke cite sbnaq kes sman yg dbwk oleh ibu2 tungal slngor tuu...cuz umno slngor memng byk wat onar dislgor dgn alasan yg tidak relevan..lgipun mb kedah ni kt kedah pun byk bgi mnyusahkn organisasi...i.e.simpan orng pro umno dlm pentdbiran kunun na tunjuk gentleman..walhal byk kes bckfire ke pntdbiran PR kedah...ust azizan ni sebnaqnye patut volunteer tyah bertnding dan kesihatan beliau lbih uzuq dri tgna...namun top gun pas d kl ta brani na tegoq dia..ni laa masalah setengh pemimpin ptut tau bila ptut berenti...

    ReplyDelete
  2. Abe,

    Ambo nampak sesuatu yang tidak sedap hati mengenai Ustaz Azizan ni sejak selepas Pakatan berjaya menawan Kedah dalam PRU 2008 dulu.

    Dia begitu tergesa-gesa pergi jumpa Sultan untuk angkat sumpah jadi MB Kedah seolah-olah takut terlepas jawatan MB tu.

    Pun dalam tidak sedap hati ambo bersangka baik juga. Namun, hati ambo masih kata beliau tidak sesuai untuk menjadi orang pemimpin no.1 kerajaan kerana dia agak konservatif dan tidak mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menangani kompleksiti permainan politik hari ini yang akan dilontar oleh UMNO/BN.

    Betul, beliau berkelulusan ijazah masters dari UK di bidang ugama. Tetapi seperti kebanyakan lulusan ugama seperti beliau, bacaan politik semasa agak tidak realistik dan mempunyai kepintaran menghadapi permainan politik semasa agak terhad. Maknanya, buah silat politik sikit, ore boleh baca dengan senang.

    sebenarnya, MB kedah sesuai digalas oleh seorang teknoktar seperti YB Amirudin atau pahrolrazi. Betul mereka ini tidak mempunyai pengetahuan ugama seperti ulamak tetapi mereka mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap Islam. Mereka lebih memahami sepak terajang politik dalam konteks hari ini dan dapat melihat jalan mengatasinya dari segi perspektif Islam. Ulamak seperti Ustaz Aizan sepatutnya menjadi pakar rujuk yang akan memberi arah dari segi perspektif Islami untuk mereka menyelesaikan sebarang masaalah yang timbul.

    Sebenarnya, semangat dan kenyakinan mereka kepada Islam tidak berkurang dari ulamak-ulamak ini. Cuma mereka kurang pengetahuan mendalam dalam Islam sebagaimana ilmu yang dimileki oleh ulamak-ulamak.

    Islam memerlukan pemimpin seperti Erdogan, Pm Turki yang memahami realiti dan cabaran politik hari ini dan menggunakan Islam sebagai penyelesaian.

    Begitu juga negeri kelantan, pasca TGNA. Paad ambo, Husam lebih sesuai untuk jadi MB. Nik Amar sebagai TMB.

    bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa