Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 28, 2013

Ahli PAS Mana Tu Hasan Oii!

Ahli PAS yang suruh ko tanding tu rasanya dah boleh teka dah!
Haa.... bagus juga kalau ko tanding kat Shah Alam
Tapi atas tiket parti apa tu?
Takkan UMNO tak berikan laluan setelah anjingkan diri untuk mereka sekian lama? 

Carilah tempat untuk bertanding, aku suka tengok ko bertanding
Jangan pulak bila rasa kalah, tak mau bertanding!
Hasan Ali belum buat keputusan bertanding PRU 13
 FMT - March 27, 2013
Beliau mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak sebagai pendekatan dalam memuktamadkan hala tuju politiknya.

KUALA LUMPUR: Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sedang meneliti perkembangan politik semasa di peringkat negeri dan nasional sebelum mengambil pendirian sama ada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Selain itu, beliau turut mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak sebagai pendekatan dalam memuktamadkan hala tuju politiknya.
“Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran Parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR – Islam Melayu dan Raja melalui Jati yang saya diminta menerajuinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasan berkata demikian sebagai respon kepada persoalan yang menghujani beliau sama ada akan bertanding pada PRU-13.
Selain terdapat gesaan untuk menmpertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, katanya beliau turut dicadangkan untuk bertanding kerusi Parlimen seperti yang dilakukan pada PRU 1999.
Tansing di Shah Alam?
“Ada juga di kalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu,” katanya.
Bagaimanapun, jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkang tidak memenangi PRU-13.
“Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini (Selangor) untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja.
“Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang,” katanya.

4 comments:

  1. Siaapa, siapa, siapa,siapa dan siapa pemimpin tertinggi PAS yang menyarankana seperti dakwaan beliau, agaknya raja penfirnah ini hendak merahsiakannya ats sebab maruah, saya dapt teka mesti TGDSHA dan TGNA...... Dia sedang mimpi, sasau, gila atau nazak,
    PAS / PR dah benam kau jauh kepeur bumi.....

    ReplyDelete
  2. hasan - "jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkang tidak memenangi PRU-13."

    Sayang sekali datuk ni. Niat perjuangannya pun sudah lari. Niatnya cuma nak menghalang pembangkang. Kesian, kenapalah niat tu bukan untuk 'kerana Allah Taala"?

    ReplyDelete
  3. Jangan layan si mangkok ayun ni...

    ReplyDelete
  4. Kih kih kih kih.
    Org mcm nie bole laku ker.
    Kat vanuatu pon x laku.
    Silap2 kena wat sup mkn mlm jer.
    Tapi mesti daging bau hancing.
    Bcoz kuat kencing rata2.x reti nk cuci.
    Aku nk tgelak cmana lah pas boley kena kencing
    ngn mamat seko neh.yer larr.kalo kat umno x ley kencing
    bcoz satu keturunan pengencing.jat pas bole lah kao kencing
    org pas neh bnyk bersangka baik.berpolitik dgn sedayaupaya
    ikut yg islam gariskn.bkn macam lu asang oiiii.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa