Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 28, 2013

Alahai MCA: Berketuakan Bintang Porno Nasib Dirundung Malang

Kesian MCA, dalam tenat pun presidennya masih lagi ego dan celupar!
Lepas PRU nanti bolehlah usung ke Jirat...
MCA akan bertahan selepas PRU13 tetapi dengan kurang kerusi, kata ahli veteran
OLEH DEBRA CHONG
PENOLONG PENGARANG BERITA
MARCH 27, 2013

KUALA LUMPUR, 27 Mac — MCA akan bertahan dalam Pilihan Raya 2013 tetapi kerusi parlimen dimenangi sekarang iaitu 15, akan berkurangan kepada 13 yang paling baik, dan paling teruk sehingga enam, kata veteran parti Datuk Lee Hwa Beng, membayangkan masa depan salah satu parti pengasas Barisan Nasional (BN) mengenai sokongan pengundi bukan Cina.
Dalam analisis hari ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor selama tiga penggal berkata MCA boleh menang lebih banyak kerusi parlimen jika ia menggunakan kad yang betul, meletakkan calon yang betul dan dimana, tetapi menambah masih sukar untuk membaiki kekalahan dialami lima tahun lalu semasa pilihan raya umum ke-12.
"Jangkaan saya MCA hanya mempunyai peluang untuk memenangi satu hingga tiga kerusi daripada 25 kerusi yang mereka tewas.
"Pada masa sama, saya menjangkakan MCA akan tewas sekurang-kurangnya lima hingga 10 kerusi daripada 15 kerusi sekarang," katanya dan menambah, "Oleh sebab itu, jumlah keseluruhannya MCA mungkin menang lebih kurang enam hingga 13 kerusi dari 15 kerusi yang mereka ada sekarang."
Lee (gambar) berkata pada Pilihan Raya 2008, MCA teruk dibelasah oleh calon pembangkang di kawasan majoriti Cina, dan terselamat di kerusi di mana ramai pengundi Melayu dalam sesuatu kawasan itu.
Mereka menang tujuh dari 23 pertarungan menentang DAP, enam dari 15 kerusi menentang PKR dan menang kedua-dua kerusi menentang PAS.
Antara faktor kekalahan MCA ialah kerana 60 peratus dari undi India tidak mengundi BN, katanya lagi.
"Jadi, MCA hanya dapat sokongan dari Melayu dari sokongan undi Cina," kata Lee yang merupakan ahli dewan undangan negeri Subang Jaya dari 1995 hingga 2008.
"Tindakan Najib untuk mendapatkan undi Cina terlalu lambat untuk mendapatkan sokongan Cina," katanya lagi, merujuk kepada Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
"Jadi, kita menjangkakan sokongan Cina terhadap BN akan berkurangan berbanding pilihan raya sebelumnya," katanya lagi.
Bagaimanapun, Lee berkata calon PR tidak seharusnya terpedaya dengan mengatakan mereka mampu menang mudah dalam menentang calon MCA.
Beliau berkata pengundi juga melihat secara teliti prestasi PR dalam Parlimen dalam masa lima tahun dan tidak teragak-agak untuk menyingkirkan jika tidak berprestasi baik.
Beliau menyebut beberapa nama seperti Low Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya), Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng), Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan), John Fernandez (DAP-Seremban), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) dan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang menang tipis tetapi "jarang hadir dalam Parlimen dan tidak aktif dalam kawasan mereka".
"Jika mereka tidak digugurkan dan MCA meletakkan calon yang kuat pada 11 tempat ini, ada peluang untuk menang."
"Satu kerusi ialah di Seremban di mana MCA dijangka meletakkan Dr Yeow Chai Thiam, seorang yang bekerja keras di peringkat akar umbi," kata Lee.
Beliau berkata kelemahan PR di dua kawasan ini sudah dikenalpasti dan diharapkan dapat mengembalikan semula beberapa pemimpin MCA seperti Datuk Donald Lim yang berpengkalan di Petaling Jaya Selatan, dimana 40 peratus pengundi adalah Melayu, begitu juga Selayang dengan 45 peratus majoriti Melayu.
"Begitu juga dengan Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak dimana 50 peratus pengundi adalah dari kaum Melayu dan mampu menang sekiranya MCA meletakkan calon yang baik," kata Lee lagi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa