Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 25, 2013

Jui Meng Merajuk: Betulkah, Kenapa Begini Jadinya?

Dekat-dekat PRU ni macam-macam hal dan kerenah jadinya
PR nak menang undi atau nak menang ego peribadi?
PRU-13: ‘Serangan’ Pembangkang Di Johor Tergendala
JOHOR BAHRU: Harapan Pembangkang untuk melakukan ‘serangan’ di Johor pada pilihan raya umum akan datang tergendala apabila beberapa individu berpengaruh enggan untuk ‘bertempur’ di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.
Harapan tinggi Pakatan Rakyat itu terjejas berikutan “kehilangan” Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng secara tiba-tiba, yang tidak dinamakan sebagai calon pada kerusi parlimen Gelang Patah yang dilobinya.
Para pegawai PKR yang tidak mengetahui di mana Chua atau apa yang beliau mahu lakukan, dengan antara mereka menyatakan bahawa beliau melakukan “bantahan” bagi menunjukkan kemarahan beliau yang dipinggirkan bagi calon kerusi itu.
Chua tidak hadir pada satu majlis di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah pada Isnin lepas.
Selain rungutan Chua, Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah, Fong Po Kuan telah menyatakan hasrat bahawa beliau tidak akan bertanding di selatan negeri itu.
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran, yang merupakan seorang lagi pemimpin DAP dikatakan dikenal pasti untuk bertanding di Johor, tidak membantah cadangan itu secara terbuka tetapi pihak dalaman parti berkata, beliau telah menyuarakan pilihan untuk tidak mengikut Lim ke Johor.
Sumber berkata, Fong dan Kulasegaran, yang bercanggah dengan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahnya Nga Kor Ming, dikenal pasti akan bertanding, masing-masing di Kluang atau Kulai, dan Segamat.
Ketua bahagian dan ketua biro perundangan PKR Johor Jaya, Jimmy Puah berkata, ramai yang mempersoalkan kehilangan Chua daripada beberapa majlis PKR negeri dengan pilihan raya umum yang semakin hampir.
“Kami mempunyai perasaan yang bercampur-baur seperti kami teruja berkempen untuk pilihan raya umum tetapi ia menjejaskan semangat kami apabila tiada pemimpin,” katanya, sambil menambah bahawa beliau mendengar bahawa Chua sedang “bercuti” di Kuala Lumpur.
Fong, yang mempunyai suami seorang setiausaha DAP Johor iaitu Tan Chen Choon, memberitahu The Star pada Ahad bahawa beliau tidak akan bertanding di Johor.
“Seperti yang telah saya katakan banyak kali sebelum ini, spekulasi bahawa saya akan bertanding di Johor adalah tidak benar dan ia sekadar khabar angin,” katanya.
Kulasegaran, seorang naib pengerusi DAP berkata, beliau akan menyerahkan keputusan parti untuk memutuskan di mana beliau akan bertanding.
“Saya tidak diberitahu mengenai apa-apa keputusan di mana saya akan bertanding,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa