Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 30, 2013

Angkuh Atau Besar Kepala?

Mungkin kerana ada Jerung besar di belakangnya, Mahkamah pun dia hina
Memang kebal sungguh puak-puak ni
Mana  dia slogan ' No one is above the law'?

MB Selangor arah peguam fail kes ke atas SPRM, bekas ketua pesuruhjaya
OLEH MD IZWAN MARCH 30, 2013

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan peguamnya memfailkan kes ke atas Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana engkar Perintah Mahkamah terhadap keputusan kes rasuah melibatkan menteri besar tersebut pada tahun 2009.

Pemimpin PKR tersebut menuduh bekas ketua pesuruhjaya, Ahmad Said dan
SPRM telah melanggar syarat yang telah dipersetujui semasa menyelesaikan kes di mahkamah dua minggu walaupun telah berjanji sebelumnya di mahkamah.

“Sikap melampau kedua-dua Defendan ini bertujuan mahu terus-terusan menghina saya selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah,” kata Abdul Khalid (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
“Sehubungan itu, saya tidak mempunyai pilihan lain dan tanpa teragak-agak telah mengarahkan peguam saya Encik Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding Penghinaan Mahkamah terhadap Dato’ Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan para defendan,” tambah beliau lagi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa