Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 27, 2013

'Kesultanan Sulu': Cari Kambing Tu, Jangan Tak Cari!

Ada Kemungkinan 'Kesultanan Sulu' Dapat Bantuan, Sokongan Pihak Tidak Dikenal Pasti - MNLF
JOHOR BARU: Siasatan dalaman oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyimpulkan bahawa terdapat kemungkinan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kesultanan Sulu mendapat 'bantuan dan sokongan' daripada pihak tidak dikenal pasti untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.
Pengerusinya Muslimin Sema berkata kesimpulan itu juga berpunca daripada maklumat bahawa kesultanan itu tidak mempunyai keupayaan dan sumber pendapatan untuk melaksanakan operasi ketenteraan yang begitu nekad.
"Kami menyimpulkan terdapat kemungkinan satu bentuk jaminan atau bantuan yang diberi kepada kesultanan Sulu bagi menjalankan ekspedisi (ketenteraan) ke atas Sabah (Lahad Datu dan Semporna).
"Kesultanan Sulu tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pencerobohan ke atas Sabah tanpa (mendapat) jaminan daripada 'pihak' tertentu," katanya kepada Bernama menerusi telefon dari Cotabato City, Mindanao, di selatan Filipina pada Rabu.
Ditanya mengenai identiti orang yang mungkin membantu kesultanan Sulu itu dalam pencerobohan ke atas Sabah, Muslimin berkata siasatan mereka tidak mendedahkan sebarang 'nama atau wajah'. mStar

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa