Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan artikelMalaysiakini"PM Akan Umum RCI Lahad Datu" pada 23 Mac 2013 adalah berkaitan.

Untuk makluman pihak tuan, laporan artikel berkenaan adalah tidak tepat dengan maksud kenyataan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dalam sidang media berkenaan, YB Menteri Dalam Negeri telah menjawab soalan wartawan mengenai penubuhan ESSCOM yang akan diumumkan YAB Perdana Menteri pada sambutan Hari Polis yang disambut pada 25 Mac 2013. Walau bagaimanapun, Malaysiakini telah memetik laman Facebook harian berbahasa Cina dan melaporkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengumumkan penubuhan RCI Lahad Datu pada hari berkenaan.

Penerbitan laporan berkenaan telah mewujudkan salah faham berkaitan isu keselamatan di Lahad Datu. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk membuat pembetulan atau ralat di dalam portal Malaysiakini.com.

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Nik Ahmad Khusairi Nik Ibrahim adalah ketua komunikasi korporat KDN yang menulis bagi pihak ketua setiausaha KDN