Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 28, 2013

Ops Daulat Terkini : Apa Rakyat Sabah Mahukan....

Berita Ops Daulat Terkini : 7 Pengganas SULU Diburu Dan Dihukum Mati. Mohon Tambah Radar & Drones di Sabah!
OPS DAULAT : Kalau ikut balik sejarah, selepas berakhir era komunis dan konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia pada 1965, ini merupakan kali pertama negara berdepan dengan konfrantasi ketenteraan dengan pihak luar yang menceroboh kedaulatan negara ini. Ops Daulat Sudah masuk minggu ketiga. Sekarang… kalangan pemimpin dan pengganas SULU sedang diburu oleh pihak keselamatan Malaysia.
Senarai Pengganas Sulu Yang Diburu?
  1. Jamalul Kiram – Kononnya Sultan Sulu
  2. Agbimudin Kiram – Bekas Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat, Sabah (KLIK SINI)
  3. Haji Kiram – Tinggal di Sandakan & mempunyai seoarang anak yang berkahwin dnegan kakitangan kerajaan
  4. Haji Kaluang – ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pembiayan pencerobohan siri Lahad Datu
  5. Amirbahar (anak kepada Esmail iaitu adik kepada Jamlul Kiram)
  6. Aidani - Penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna
Dalam pengganas di Lahad Datu Sabah bersungguh-sungguh untuk menawan Sabah, mereka lupa UN sudah pun membuat pungutan suara lebih 50 tahun dahulu. Mereka ingat, mereka boleh menang dengan pungutan suara dengan cara menghantar beratus-ratus ataupun beribu-ribu orang mereka bagi mendapat kad pengenalan dan menetap di Sabah.
  • Malaysia negara yg FORMAL.
  • Sabah dimiliki Malaysia secara perjanjian yg FORMAL.
  • Kesultanan Sulu TIDAK FORMAL..!!
  • Filipina TIADA PERJANJIAN FORMAL ke atas Sabah.
Ibarat tindakan Jamalul Kiram III dengan konco-konconya ini seperti seorang ayah yang cuba merampas anak orang lain pula. Ada masalah pemikirankah?
Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak keselamatan negera yang menjalankan tugas mempertahankan nyawa rakyat Sabah amnya dengan baik sekali.
Cuma harapan kami melihatkan kawasan di sekitar Sabah yang cukup terbentang luas itu, pada hemat dan pendapat kami Malaysia perlu diperbanyakkan radar dan drones terutamanya di Timur Sabah. Tidak perlu meletakkan lebih banyak anggota. Sekarang ini sudah masuk zaman millenium.
Yang peliknya bagi kami, mengapa di “main frontier” yang sangat kritikal dengan Abu Sayyaf serta ancaman lanun, kita cuma letak “Coast Guard” sahaja untuk menjaga tempat “panas” sebegitu rupa? Mengapa? Coast Guard ini biasanya hanya sesuai jika mahu mengawal pelarian/boat people sahaja. Contohnya :
  • Seperti di Itali dan Greece mereka menggunakan “Coast Guard” untuk menjaga bot-bot pelarian dari Afrika
  • US Coast Guard (pengawal pantai) untuk menjaga dan mengawal kemasukan pelarian dari Cuba di Florida
Gambar Polis Lahad Datu Sabah
Seingat kami, Indonesia ada letak RADAR di Pulau Sebatik bahagian Indonesia. Jadi Malaysia mungkin boleh meletakkan radar di daerah Tawau. Jadi Malaysia boleh letakkan radar di daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahat Datu dan Sandakan. Banyak bukan? Belanja pun tinggi. Tetapi adakah rakyat marah?Tidak. Kami tidak rasakan rakyat marah jika tujuannya untuk kebaikan dan keselamatan semua pihak. Tetapi yang rakyat marah apa?

  • Beli senjata, lantik agen. Beli peralatan senjata bagi komisen kepada agen. Harga RM1 bilion jadi RM 4 bilion
  • Yang beli senjata bukannya orang politik tetapi jenaral perang itu sendiri yang menetukan peralatan senjata yang mana mereka mahukan daripada A sampai Z.
Cuba kita lihat betapa paranoidnya Singapore dengan negara disekelllingnya sehinggakan mereka mempunyai 6 buah radar. Ini untuk keselamatan mereka. Dan mereka hanya negara kecil sahaja. Malaysia? Malaysia perlulah lebih banyak daripada itu dengan keluasan yang terdedah kepada ancaman luar ketika ini. Ini keran sebelum ini…
  • Pengganas SULU masuk pun tidak berjaya dikesan
  • Pengganas SULU bawa keluar senjata pun tidak berjaya dikesan
Dan betulkan kami jikalau kami tersilap maklumat. Mungkin kita (Malaysia) satu-satunya negara di dunia yang lantik PTD (civilian) untuk mengetuai National Security Council (Majlis Keselamatan Negara). Sepatutnya jawatan tersebut lebih sesuai diberikan kepada Jenaral bersara
Walauapapun, selagi ada bulan dan bintang..bulan dan bintang bermaksud…selagi ada kesultanan Sulu dan British
  • bulan : kesultanan sulu
  • bintang : british ( british telah serah kepada malaysia)

Sabah tetap milik Sabah. Apa pendapat anda pula melihatkan perkembangan terkini di Lahad Datu Sabah sekarang ini..
 - sumber

1 comment:

  1. betulkan balik segala kesilapan yang lalu itu fitrah manusia suka betulkan kesilapan .fitrah juga mausia suka bertukar maka tukar tetap tukar tunggu bubar ini kalilah tukar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa