Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 29, 2013

Malaun Ni Dah Tersampuk Agaknya?

Apa bezanya 'Hilang akal dan tak pakai otak'?
Nak berdakwah kepala hotak apa kalau yang Rasulallah larang pun dia buat!
Tiada tindakan terhadap Zul Noordin ‘kerana dia seorang Muslim’,’ kata presiden Hindu Sangam
OLEH EMILY DING DAN BOO SU-LYN
MARCH 29, 2013
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Badan yang memayungi pertubuhan penganut agama Hindu mengatakan hari ini mereka pernah mengadu tentang penghinaan terhadap agama Hindu dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin (gambar), akan tetapi tiada tindakan diambil “kerana beliau adalah seorang Muslim.”
Hindu Sangam memberitahu hari ini video mengenai kenyataan Zulkifli yang dikatakan pembangkang sebagai satu serangan terhadap agama Hindu, telah mula keluar pada tahun 2001.
“Pada ketika itu kami telah memberitahu kerajaan, tetapi mereka enggan mengambil tindakan kerana beliau adalah Muslim dan naib presiden Perkasa,” kata Presiden Hindu Sangam Datuk R S Mohan kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Beliau sebenarnya mengutuk agama Hindu. Kami mahu kerajaan melihat tentang ini sekali lagi,” katanya.
Zulkifli yang juga ahli parlimen bebas untuk kawasan Kulim Bandar Baru, dilihat di dalam video menyampaikan kuliah agama baru-baru ini dengan mempersoalkan kepada seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak melindungi kedainya dari ditimpa banjir dan kesucian Sungai Ganges.
“Kata-kata yang dikeluarkan Zulkifli Noordin adalah yang paling teruk dalam menyerang agama lain di negara ini,” kata Surendran yang dipetik dari lidah parti PAS, Harakahdaily, hari ini.
“Saya pernah ke Sungai Ganga dahulu. Bagaimana boleh kata ia suci? Terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung,” kata Zulkifli yang direkod dalam video bertajuk “Zulkifli Nordin (PERKASA) menghina agama hindu” yang dimuat naik di laman sosial YouTube semalam.
Mohan mengatakan sebahagian daripada pertubuhan Hindu Sangam, badan bukan kerajaan lain dan kuil Hindu telah membuat laporan polis terhadap Zulkifli pada 2011 berkenaan dengan video tersebut dan mendesak kerajaan agar mengambil tindakan dalam satu kenyataan media, tetapi tidak menerima apa-apa respon.
“Ianya senyap selepas satu ketika,” katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, pertubuhan Hindu tersebut mengulangi pendirian mereka agar tindakan diambil terhadap Zulkifli: Hindu Sangam Malaysia mengutuk Zulkifli Noordin sekeras-kerasnya kerana menjadi seorang pentaksub kaum dan agama dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadapnya di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1969). “
Mohan juga memberitahu The Malaysian Insider Hindu Sangam akan mendesak kerajaan untuk mengeluarkan video yang dikatakan menghina agama Hindu dari laman sosial Youtube.
Naib presiden PKR N Surendran juga mendesak agar tindakan diambil terhadap Zulkifli diatas kenyataannya seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.
“Kita mahu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara menyiasat dan mendakwa Zulkifli Noordin di bawah seksyen 298A,” kata peguam tersebut, merujuk kepada Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang menyebabkan ketidakharmonian, dan mencetus kebencian antara kaum.
Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JPKA) Kabinet mengelak untuk menyekat individu yang mencetuskan ketegangan antara agama secara umum agar tidak memberikan publisiti percuma kepada golongan ini.
Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas dan pengkritik pembangkang selepas beliau dipecat dari PKR pada 6 Mac 2010 oleh kerana laporan polis yang dibuatnya terhadap ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.
Zulkifli bertangkar dengan Khalid berhubung dengan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam.
Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Zulkifli menemui kegagalan

1 comment:

  1. AKU MENYERU KEPADA SEMUA PENGANUT HINDU SELURUH DUNIA.
    TOLAK PERKASA
    TOLAK UMNO
    TUMBANGKAN BN

    KERANA MEREKA TAK PANDAI MENGHORMATI ORANG LAIN.
    KERANA MEREKA MENGGUNAKAN ISU KAUM DAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
    MARI KITA BENTUK MALAYSIA BARU
    SLOGAN 1 MALAYSIA HANYA SLOGAN SAMPAH

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa