Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 23, 2013

Cis! Buat Malu Orang Kelantan....

Ini mesti mabuk tuak nih
Tapi tak tahulah kalau dia beli secara sembunyi di kedai cina 
Dahla mabuk, ugut nak bunuh orang pulak
Binawe punya manusia!
Ugut bunuh, berdepan penjara 2 tahun
ADILA SHARINNI WAHID
22 Mac 2013

Tertuduh (dua kanan) dibawa keluar anggota polis selepas mengaku 
bersalah atas tuduhan ugut bunuh, semalam.

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah mengugut bunuh seorang lelaki yang didakwanya berjalan sambil membawa bendera Pas dan DAP, 18 Mac lalu.

Hukuman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu bagaimanapun ditangguhkan Mahkamah Majistret di sini, semalam berikutan fakta yang belum lengkap.

Noor Rozi Harun, 40, mengaku mengugut Mohamad Zahari Ibrahim, 53, dengan berkata ‘kalu mu tok buang aku bunuh mu dan tikam mu’ di tepi jalan Bandar Madrasah Pasir Puteh, jam 6.10 petang.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku mabuk ketika melakukan kesalahan itu.

Dia dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Kes bersambung 20 Mei depan sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

2 comments:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa