Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 29, 2013

Sape Pemerintah Tu, Agong Atau Najib?

FLOM dah dapat kat bini Najib
So.......sape yang dimaksudkan oleh JAKIM?

Saya baca article sambil tersengih
Geli ketiak.....!
Umat Islam diwajibkan taat kepada pemerintah, kata JAKIM
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
MARCH 29, 2013
KUALA LUMPUR, 29 Mac — Umat Islam di negara ini diwajibkan untuk taat kepada pemerintah kerana ia merupakan salah satu daripada tuntutan agama, menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.
Khutbah yang dibaca di masjid-masjid di sekitar ibu negara ketika solat Jumaat turut menegaskan, menderhaka kepada pemimpin juga merupakan salah satu dosa besar.
“Semangat patriotisme kepada negara ini menuntut kita agar patuh dan taat kepada pemimpin secara menyeluruh,” kata khutbah tersebut yang boleh diakses melalui laman sesawang JAKIM.
“Berasaskan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu kepada setiap muslim manakala menderhaka merupakan satu dosa besar.”
Gesaan itu dilihat menjurus kepada insiden pencerobohan militan asing di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan 10 perajurit negara, lapan anggota polis dan dua anggota tentera, ekoran pertempuran dengan militan Sulu dari Filipina yang mendakwa mereka adalah “Tentera Kesultanan Sulu”.
Memetik kata-kata ulama tersohor Islam, Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, khutbah Jumaat hari ini menjelaskan maksud menderhaka kepada pemerintah yang mana hukumnya adalah haram.
“Menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.
“Mimbar ingin menegaskan bahawa sikap tidak kasih kepada negara, memporak perandakan negara, memusnahkan perpaduan kaum, dan mementingkan kepentingan diri akan menghancurkan kedaulatan bangsa dan negara,” kata khutbah Jumaat tersebut.
“Mereka ini diibarat kata pepatah seperti 'gunting dalam lipatan' yang membahayakan keselamatan rakyat dan negara.”
Pasukan Polis Diraja Malaysia sebelum ini mengesahkan telah mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah yang bertujuan untuk membiayai kumpulan pengganas di sana.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.
Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.
“Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, baru - baru ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah dana dan mereka yang terlibat dalam tindakan berkenaan yang disifatkannya sebagai “membantu musuh negara”.

1 comment:

  1. mengundi pilih pemimipin yang amanah juga mesti diikuti sepertimana yang Allah perintahkan jadi jangan lupa lakukan perubahan dalam pru13

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa