# Saya yakin dan pasti rakyat tidak akan melepaskan dia bersenang lenang sekiranya ditaqdirkan dalam PRU13 ni BN tersembam..
Bekas Pengarah SB Sabah akui polis banyak kerja politik
KUALA LUMPUR: Campur tangan politik pemimpin Umno-BN antara punca polis gagal menangani isu keselamatan dan membendung jenayah, kata bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Sabah, Yusuf Barji.
"SB adalah jabatan yang menjalankan tugas secara rahsia demi keselamatan negara meliputiaspek ekonomi, ancaman dalam dan luar.
"Tapi sejak dikawal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terletak dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia menjadi lemah dan ditindas.
"Ia memecah belah dan mengurangkan kuasa polis. MKN menyebabkan tugas polis terarah kepada lawan politik, bukan lagi isu keselamatan negara dan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Forum "Bicara Keselamatan dan Kedaulatan Negara: Lahad Datu" di Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang, malam 22 Mac lalu.
Yusuf berkata, kawalan MKN menyebabkan moral anggota polis tergugat berikutan MKN tidak ada kepakaran tetapi dibiar menguasai Jabatan SB.
Katanya, perbuatan menjadikan SB sebagai medium kepentingan pihak tertentu dalam BN membawa kerosakan kepada reputasi polis.
Secara lantang, Yusuf mahu peranan sebenar polis dikembalikan supaya keyakinan rakyat dapat dipulihkan.
"Kita mahu peranan polis seperti dulu. Dulu polis sangat rapat dengan rakyat. Sampaikan kalau sesiapa jumpa anggota polis, mereka panggil 'datuk'.
"Situasi itu kita kena wujudkan semula dengan polis diberi kuasa penuh menjalankan kerja, bukan ikut arahan pemimpin politik," katanya.
Sambil menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Yusuf yakin institusi kepolisan hanya dapat dipulihkan melalui pertukaran kerajaan.
"Ini kerja Mahathir. Semasa era beliau, banyak kuasa polis diambil dan diberi kepada jabatan lain demi kepentingan peribadinya," kata Yusuf. - sumber
Dah pencen baru nak menyebuk..
ReplyDeleteLebih baik insaf dri jadi pengampu walau dah tahu salah@
ReplyDelete