Patutlah blog dia penuh dengan lucah dan fitnah
Setakat otak macam dia, apa yang dia mampu tulis dan mampu fikir?
Jangan salahkan dia kerana hanya itulah kemampuan dia
Yang percaya pun hanyalah yang ada fikiran setaraf dengannya juga....
Sekufu kata orang lama!
Published: Jumaat Mac 22, 2013 MYT 11:22:00 PM
Updated: Khamis Mac 21, 2013 MYT 11:37:41 PM
Updated: Khamis Mac 21, 2013 MYT 11:37:41 PM
Papa Gomo Muat Naik Klip Video 'Perbualan Intim'
PETALING JAYA: Penulis blog Papa Gomo telah memuat naik rakaman video klip yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan intim dengan seorang lelaki.
Ia merupakan respon blogger berkenaan selepas Ketua Pembangkang itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadapnya.
Papa Gomo berkata rakaman videko klip berdurasi 2.37 minit telah dimuat naik di laman blognya kerana Anwar telah memfailkan saman fitnah mendakwa beliau terlibat memuat naik gambar lucahnya.
"Saksikan video ini dan anda boleh nilaikannya sendiri adakah lelaki dalam video tersebut Anwar Ibrahim atau tidak,” tulis Papa Gomo dalam blognya.
Video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar, duduk di atas sofa bercakap dalam nada suara 'gatal' dengan seorang lelaki lain.
Bagaimanapun tidak ada sebarang kata-kata atau perlakuan lucah dalam video berkenaan dan lokasi di mana pertemuaan itu berlangsung serta tujuan pertemuaan diadakan tidak didedahkan.
Penulis blog itu berkata beliau akan memuat naik lebih banyak rakaman video selepas ini.
Papa Gomo turut mendakwa dia telah berjumpa dengan lelaki yang tidak dapat dilihat dalam rakaman video berkenaan dan ketika ini dia bersama rakan-rakan lain sedang melindungi lelaki berkenaan.
Beliau mendakwa lelaki berkenaan merupakan seorang siswazah.
Papa Gomo berkata saman RM 100 juta yang difailkan Anwar memberikan satu peluang besar kepada untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan tidak bermoral pemimpin berkenaan dengan membawa saksi-saksi penting seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat Ng Lum Yum, Datuk S.Nallakaruppan, Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishan dan seorang pemimpin kanan PAS. - mStar
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa