Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 29, 2013

Tak Puas Jadi Penjilat, Melembukan Diri Pula

Shuhaimi Baba bentang maklumat palsu tentang Kelantan
M Faqih 28 Mac 2013
KOTA BHARU: Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Shuhaimi Baba diminta merujuk kepada data sebenar sebelum menghebahkan sesuatu statistik tanpa ada asas tentang Kelantan.

Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof (gambar) berkata, amat malang sekali seorang penerbit filem tersohor melemparkan tuduhan tanpa ada asas terhadap negeri ini.

“Ada setengah pihak mempunyai sikap amat prejudis kepada rakyat, kerajaan dan negeri Kelantan sehingga setiap yang buruk, mundur dan hina itu ada di Kelantan.

“Akibat sikap itu telah mendorong untuk menabur maklumat yang kononnya berasas fakta dengan harapan memberi keyakinan palsu kepada orang ramai,” katanya di sini.

Ketika menyertai forum Sinar Harian di Shah Alam Selasa lalu, Shuhaimi mendakwa Kelantan memiliki statistik tertinggi di Malaysia berkaitan perceraian, pelacuran dan penagihan dadah.

Malah beliau yang juga pengarah filem dikatakan mempertikai amalan Islam di negeri ini.

Dr Abdul Halim berkata, malangnya fakta dibentang Shuhaimi bertentangan dengan statistik yang ada di JAKIM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurutnya setakat ini belum ada badan yang mengeluarkan statistik jumlah pelacuran kerana profesion itu dilarang di Kelantan.

“Sedangkan kesan polisi Membangun Bersama Islam telah berjaya menjadikan negeri ini lebih tinggi nilai moral dan indeks keamanan.

“Timbul persoalan bagaimana dan di mana beliau membuat kajian ini. Apabila mengatakan filem arahannya ‘Tanda Putera’ hasil kajian dan penyelidikan maka sudah tentu orang ramai mempertikai tahap kajiannya.

“Sekiranya fakta yang beliau gunakan untuk membuat penyataan tentang Kelantan itu menjadi kayu ukur, keupayaannya menghasil filem tersebut juga boleh dipertikai,” ujarnya.

Oleh itu Dr Abdul Halim berharap semua pihak supaya lebih bertanggungjawab di atas kenyataan mereka dan hendaklah berpandu kepada neraca yang berimbangan dan bukannya hawa nafsu.

Menurutnya kenyataan yang menyimpang hanya menjadikan mereka menipu diri sendiri dan menjadi alat kepada permainan politik kotor

3 comments:

  1. Suhaimi Baba macam orang hilang akal......manusia ni tidak layak bercakap tentang islam,identiti diri sendiri pun tidak terurus...

    ReplyDelete
  2. Tak hingin aku tengok filem arahan dia ni... produk macam sial, dapat jadi Presiden Pengeluar Filem Malaysia.... Tak de class langsung!!!

    ReplyDelete
  3. Wahai suhaimi baba, berapa surah kau hafaz, berapa banyak solat kau tinggal, ketrampilan diri tak seperti wanita Islam nak pertikai amalan Islan di kelantan...... Nak cakap selidik dan sisat dulu Jakim dan ADDK tak kata macam tu mana kau dapat angka tu....... Dalam kitab hadith karangan najib atau mamak tua tu.....
    Ish ish ish BODOH LEMBAM

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa